11/20/12

kehadapan self-conscious.
bila awak nak mati?

kehadapan perasaan rendah diri.
bila lagi awak nak tinggi?

kehadapan diri sendiri.
bila lagi nak dongak meninggi?


11/15/12

kehadapan sang cupid.

terima kasih kerana membaca surat yang ke 4891 ini. dan fuck you kerana melupakan kesemua 4891 surat sebelum ini. seperti surat-surat yang sebelum ini, tujuan surat ini ditulis adalah kerana ingin membuat aduan tentang kecuaian dan ketidak adilan pihak tuan dalam mengagihkan para muse kepada umat manusia. sebagai contoh, seorang rakan yang tidak berapa rapat dan tidak berapa jauh telah mendapat musenya yang ke 10 untuk tahun ini. apa cilakanya pihak tuan dengan sewenang-wenang membazirkan muse yang saya dapati semakin berkurangan kepada rakan yang tidak berapa rapat dan tidak berapa jauh yang celaka itu? jadi untuk kali yang saya sendiri tidak berapa pasti kerana saya sendiri tidak mengira berapa kali sudah saya tanya. mana muse saya? tolonglah. saya bayar seperti umat manusia yang lain. kenapa aduan saya tidak diambil kira. jangan sampai saya buat aduan terus ke pihak atasan.

terima kasih.

yang mengharap.

seorang manusia.
aku sudah penat
menyenangkan hati mereka.
membuatkan mereka gembira

saat aku sendiri.
sendiri mati dalam sepi.
tenggelam dalam mimpi ngeri.
hanyut dalam gelap malam.

hingga akhirnya.
aku cuma seorang manusia berisikan patung.
yang digerakkan secara otomatis oleh mereka.
disekililing.

sebagai satu bahan untuk membuatkan mereka gembira.
melupakan segala sepi dan duka dalam diri sendiri.
jadi.

pergi mati.

11/10/12

Bila hujung minggu dirampas tanpa rela.
Semua kerja rasa macam celaka.

10/4/12

jiwa hati dan akal.

"sekarang macam mana?"

hati pandang sama akal yang sedang menghisap rokok sambil memandang ke arah jiwa yang sedang terbaring pengsan.

"aku tak tau."

kata akal. rokok ditarik lagi. panjang. hati mula bingung. dia semakin gelisah.

"takkan kita nak biar je dia macam ni?"

"aku tak tau."

kata akal lagi.

jiwa perlahan-lahan membuka mata, dengan kepala yang masih berdenyut. hati melihat hati dan akal yang sedang tajam memandang ke arahnya.

"apa salah aku?"
tanya jiwa.

"takda. cuma kau tak membawa peranan penting dalam hidup ini. jadi. lebih elok untuk kau mati."
kata akal sebelum menghayunkan sekali lagi baseball bat ke kepala jiwa.

"selamat malam dan selamat tinggal"


9/11/12

angel di waktu kerja.

sedang aku duduk sendiri di kubikel menanti waktu pulang. datang seorang manusia bersayap tersenyum berjalan ke arahku. manusia bersayap itu yang aku selepas ini akan gelarkan sebagai angel duduk di kubikel sebelah sambil memandangku. aku melihatnya dari atas ke bawah. memerhatikan setiap susuk ceruk tubuhnya yang kelihatan sungguh menawan dan menarik hati.

"hai."

angel memulakan perbualan. aku tersenyum dan mengangguk kecil tanda menyapa kembali. angel masih tersenyum. aku syak dia gila sebenarnya ni. angel terus tersenyum dan memandang aku tanpa henti. aku mengerutkan dahi dan bertanya.

"kau dah kenapa?"

"jom, ikut aku. ada benda ingin aku tunjuk kepada kau." kata angel sambil menghulurkan tangan.

aku mengelengkan kepala. "aku tengah kerja, lagipun mak aku kata jangan ikut orang yang tak dikenali"

angel mengelengkan kepala lalu menepuk kepala ku. "kepala hotak kau la orang tak dikenali. member kubikel sebelah pun dah tak kenal. aku nak ajak pergi minum petang la lahabau. cilaka. itulah. hisap ganja lagi time office."


9/2/12

Perempuan punya insekuriti
Mesti dibantu
Perlu dipuji selalu.

Habis tu.
Macamana dengan lelaki yang punya insekuriti?
Ah biarlah.
Dia lelaki.
Boleh hidup sendiri.
Tak perlu dibantu.

Fuck you.

9/1/12

Saat kau sendiri.
Kala dikelilingi manusia hingar.
Satu perasaan sunyi mengelilingi.
Menjadikan kau punya satu kuasa invisibiliti.
Buat kau mati dalam sepi sendiri.

Aku manusia gila yang sendiri.
Hidupnya tak punya kawan.
tak punya teman.
Yang ada cuma lawan.

Jadinya selalunya.
Aku sendiri.
Menyulusuri hidup sepi.
Tanpa sesiapa meneman.
Mengisi ruang kosong di hati.

Sampai satu masa.
Ada satu dunia.
Aku jatuh cinta dengannya.
Jadi perlahan-lahan.
Aku mula cuba mengadaptasi.

Tapi aku gagal.
Akhirnya aku kembali sendiri.
Kembali menjalani hidup yang sunyi.
Bertemankan sang hati yang sepi.
Sampai kini.
Aku cuma menunggu.
Saatnya aku mati.

8/17/12

syawal datang lagi.
ya. dia kembali.
dan aku masih sendiri.
ah. pergi mati.

selamat hari raya aidilfitri.
duit raya bak sini woi!

8/11/12


Sudah lama.
Perasaan ini pergi.
Tak pernah berkunjung lagi.
Hilang tak berganti.
Sayu ditelan sepi.
Hamper-hampir mati.

Lalu kau datang
Membawa khabar gembira.
Perasaan ini sudah kembali!
Kembali berbunga!
Kembali hidup!
Lari dari mati.
Jauh dari sepi.

Tapi kau datang.
Sebentar Cuma
Membawa perkhabaran.
Lalu pergi.
Belum sempat perasaan ini bercambah.
Ia kembali mati.
Hidup segan.
Mati tak mahu.

Dan aku.
Kembali memaki diri.
Bodoh.
Bebal
Babi.
Pergi mati.

Dan saat waktu terhenti.
Aku kaku disini.
Menanti.
Sesuatu yang aku sendiri
Belum pasti.

Dan saat waktu terhenti.
Aku mati
Kerana terlalu seksa untuk terus menanti.
Saat kau kembali.
Disisi.
Menemani.

7/12/12

Bertopeng agama dan bangsa.

Aku berlindung bawah nama bangsa dan agama
Matilah kau syaitan bertopeng manusia
Menyesatkan anak adam di dunia
Mengajar yang salah di kalangan yang benar.
Menanam benih benci pada semua
Menyemai benih saksama pada manusia

Matilah kau!
Pulang kembali ke tempat asal mu
Dimana kau dan syaitan bersatu.
Dima kau dan konco-konco mu beradu.
Jahannam tempat mu bersemadi.

Walau kau cuma memohon kesamarataan.
Walau kau cuma mengajak menebang pokok rasis.
Walau kau cuma mengajak manusia kebaikan.
Tapi kau lupa bawah nama agama dan bangsa.
Kau pengkhianat negara!
Kau pengkhianat bangsa!
Kau pengkhianat agama!
Kau bangsat!

Dan kami
Berlindung bawah nama agama dan bangsa
Adalah yang benar dan sebenar-benarnya..

7/8/12

mungkin satu hari nanti.
kau akan mengerti.
apa ertinya sendiri.
tanpa teman disisi.
tanpa kasih di hati
tanpa apa-apa menemani.

sendiri.
sepi.
mati.

6/30/12

Sang pencuri membunuh diri

Jangan lari!
Aku menjerit sekuat hati sambil berlari cuba mengajar si pencuri. Bertopeng dan bersarung tangan berjaket kulit hitam, dia berlari pantas dan lincah meloloskan diri dari aku. Hasil menghisap rokok yanng banyak aku lelah sebentar. Si pencuri kini terperangkap disebabkan tersilap langkah. Kini dia berdiri di hujung bangunan tinggi. Melompat mati. Berpatah balik mati. Dia berpusing mengadap ku. Membuka topeng dan tersenyum.

Maaf, saya mencuri hati awak. Ini saya pulangkan kembali. Moga awak bahagia.

Dan dia terus berpusing dan terjun. Aku masih tergamam dengan kecantikan si pencuri terkejut. Masih cuba menghadam yang dia baru sahaja mengesahkan kematiannya. Dan aku kini sendiri. Tanpa sesiapa untuk ku kongsi hati.

6/12/12

pelancung masa.


“bangun! Woi! Bangun! Kau dah kenapa tidur tengah jalan ni?”
Ali bangun berdiri. Memandang sekeliling dengan mimic muka aneh. Dia kurang pasti di mana, dan bagaimana dia boleh tersadai di situ. Ali berterima kasih kepada pengemis yang mengejutkan dia tadi. Dia mula melangkah pergi.
Perlahan-lahan dia berjalan tanpa memikirkan arah tuju. Yang pasti dia pergi jauh dari situ.  Dari masalahnya, dari dunianya, dari keluarganya. Dia bukan sapa-sapa. Dia Cuma manusia biasa yang gagal. Dalam perjalanan tanpa arah tuju, langit mula mendung, rintik-rintik hujan mula turun. Ali tidak menghiraukan semuanya. Dia terus berjalan. Guruh di langit kedengaran. Dia masih berjalan. Dan
BAMMMMM!!


 “bangun! Woi! Bangun! Kau dah kenapa tidur tengah jalan ni?”
Ali bangun berdiri. Memandang sekeliling dengan mimic muka aneh. Dia kurang pasti di mana, dan bagaimana dia boleh tersadai di situ. Ali berterima kasih kepada pengemis yang mengejutkan dia tadi. Dia mula melangkah pergi.
Perlahan-lahan dia berjalan tanpa memikirkan arah tuju. Yang pasti dia pergi jauh dari situ.  Dari masalahnya, dari dunianya, dari keluarganya. Dia bukan sapa-sapa. Dia Cuma manusia biasa yang gagal. Dalam perjalanan tanpa arah tuju, langit mula mendung, rintik-rintik hujan mula turun. Ali tidak menghiraukan semuanya. Dia terus berjalan. Guruh di langit kedengaran. Dia masih berjalan. Dan
BAMMMMM!!


 “bangun! Woi! Bangun! Kau dah kenapa tidur tengah jalan ni?”
Ali bangun berdiri. Memandang sekeliling dengan mimic muka aneh. Dia kurang pasti di mana, dan bagaimana dia boleh tersadai di situ. Ali berterima kasih kepada pengemis yang mengejutkan dia tadi. Dia mula melangkah pergi.

Perlahan-lahan dia berjalan tanpa memikirkan arah tuju. Yang pasti dia pergi jauh dari situ.  Dari masalahnya, dari dunianya, dari keluarganya. Dia bukan sapa-sapa. Dia Cuma manusia biasa yang gagal. Dalam perjalanan tanpa arah tuju, langit mula mendung, rintik-rintik hujan mula turun. Ali tidak menghiraukan semuanya. Dia terus berjalan. Guruh di langit kedengaran. Dia masih berjalan. Dan
BAMMMMM!!


 “bangun! Woi! Bangun! Kau dah kenapa tidur tengah jalan ni?”
Ali bangun berdiri. Memandang sekeliling dengan mimic muka aneh. Dia kurang pasti di mana, dan bagaimana dia boleh tersadai di situ. Ali berterima kasih kepada pengemis yang mengejutkan dia tadi. Dia mula melangkah pergi.

Apa lagi kau tunggu?

Marilah, aku tahu kau mahu.

Sudahlah, berhenti termangu.

Mari kembali kepadaku.


Kita terbang tinggi,

Destinasi?

Bukan sesuatu yang pasti.

Yang aku tahu, kita berdua kembali.

Bercanda, bergembira, bermesra.


Kau dan aku.

Lupakan kisah lama ya?

Kita mula buku baru.

Biar gembira bagai di syurga.


Published with Blogger-droid v2.0.4

6/10/12

Satu hari, ali pergi ke kedai roti. Niatnya mahu membeli nasi. Kenapa bebal sangat, dia sendiri pun tak pasti. Sampainya dia di kedai roti, sang penjual pun memaki. Apa gila kamu ke kedai roti mencari nasi? Ali sedih dan patah hati, lalu membawa diri. Dalam perjalanan menenangkan hati, dia terjumpa seorang gila. Si gila itu memberikan ali sebiji gula-gula. Lalu berkata, usah kau tangisi kebodohan sendiri. Ketawakan ia. Bukan selalu menjadi bodoh. Sudahlah. angkat kembali kepala mu ke depan, dan jangan sibuk memandang ke belakang. Bangkit dan teruskan melangkah. Ali buka pembalut gula-gula dan menyuapkannya ke dalam mulut. Selepas itu, dia lempang si gila dan berkata. Apa kau gila atau buta? Tak nampak aku sedang ke depan? Ada kau nampak aku berpaling ke belakang? Tidakkan? Haish. Gila punya orang gila. Ali lalu berlalu pergi pulang ke rumah. Dan si gila tersenyum dan berbisik, gila.


Published with Blogger-droid v2.0.4

5/31/12

bintang


Semalam, sedang aku duduk di buaian melihat bintang. Kelihatan satu kilauan terang meluncur laju. Terus ke sebelah ku. Aku menutup mata menjangkakan akan berlaku letupan.
“kenapa kamu menutup mata? Bukalah, dan lihatlah aku. Mari. Berbual bersamaku”
Perlahan-lahan kubukakan mata, di depan ku sedang duduk merenung ku kembali. Seorang gadis cantik. Berpakaian serba putih, dengan sayap di belakangnya.
“kalau kamu hantu, jangan makan aku. Tolong”
“ah, kamu manusia dengan mentaliti lapuk kamu, aku bukan hantu, aku Cuma sang bintang. Lelah bergantung di awan, datang melihat bumi sebentar”
Jadi malam itu, aku berbual bersama bintang. Tentang dunia, tentang galaksi, tentang dosa, tentang semua. Sampai satu masa bintang bingkas bangun sambil melihat jam di tangan kanannya.
“ah, sudah pagi, aku mahu pulang ke tempat asal ku. Kamu mahu ikut? Melawat dunia baru”
Aku mengangguk laju. Bintang tersenyum lalu menghulurkan tangannya ke arah ku. aku memandang buat kali terakhir kawasan sekeliling. Aku nekad, mahu meninggalkan bumi dan menjadi bintang di langit. Bersinar. 

**************************************************

“jadi anakku, macam tulah wujudnya bintang paling terang di alam semesta”
Arif mengangguk tanda faham.
“dah, masa untuk tidur. esok papa ceritakan tentang bulan pula ya”

**************************************************

“mama, mama, semalamkan papa cerita kan ke arif tentang macam mana ada bintang paling terang di alam semesta sebelum arif tidur!!!!”
Mamanya tergamam. Dia tersenyum sambil mengusap kepala arif. Dia tahu anak kecil itu masih belum mengerti yang bapanya sudah pergi mengadap ilahi.

5/19/12

kerana nombor yang tidak dikenali.


Pagi ini aku dikejutkan lagi dengan missed call dari nombor yang tak dikenali. Selalunya aku tak ambil kisah pun. Tapi hari ni, hati aku memaksa-maksa aku menelefon kembali nombor yang tak dikenali itu.  Nasib baik akal aku masih waras, aku mengambil keputusan untuk mengosok gigi dulu sebelum mendail nombor yang tak dikenali itu.
Usai memastikan tiada lagi tahi-tahi gigi di celahan. Aku kembali merenung skrin telefon bimbit ku. Masih memikirkan keperluan aku menelefon kembali nombor yang tidak dikenali itu. Sedang akal mengatakan tidak perlu, hati aku pula memaksa aku. Jadi, aku pilih kata hati. Perlahan-lahan aku mendail kembali nombor tidak dikenali itu.

“helo?”

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepala masih lagi berdenyut. Seluruh urat sendi di badan sakit-sakit. Aku masih lagi belum pasti di mana aku sekarang ini, kesemuanya masih samar-samar. Yang pasti aku bukan dalam bilik aku lagi.
“awak ok? Kenapa berbaring di tengah jalan? Nanti dilanggar kereta lembu. Bahaya”
           
    Suara halus lemah gemalai mengamit telingaku. Aku berpaling mencari punca suara.  Di belakangku, kelihatan seorang gadis genit berkulit putih, sedang tersenyum memandang ku yang sedang di dalam kekeliruan. Aku segera bangun dari pembaringan. Cuba memaniskan muka sambil tersenyum memandang ke arah gadis genit.
“kereta lembu? Di mana saya? Dan ini tahun berapa?”
Si gadis genit tergelak kecil. Dia Cuma tersenyum lalu menarik tangan ku menyuruhku mengikuti dia. Kemana? Aku sendiri tak tahu. Rakan-rakanku pernah berkata, ‘andai ada si gadis comel menyuruh kamu mengikutnya, jangan menolak. Itu rezeki namanya’

                Akhirnya si gadis genit berhenti di hadapan sebuah rumah kayu dua tingkat. Kelihatan dua, tiga orang jejaka berpakaian baju melayu dan bertanjak sedang mengawal sekeliling kawasan rumah sambil membawa sebilah tombak.
“awak, tuanku dah lama menunggu awak. Pergilah masuk menghadap.”
“tuanku? Menghadap? Apa awak cakap ni?”
“awak, awak pergi lah masuk ke istana, katakan ke pengawal, yang tuanku ingin berjumpa sama awak”
                Belum sempat aku meminta kepastian dan penjelasan tentang apa yang sedang berlaku, si gadis genit sudah berlari pergi.  Ah sudah, raja mana pulak cari aku ni. Kemain menyusahkan betul kata aku dalam hati.

5/17/12


“nak satu?” 

Ayat pertama yang keluar dari mulut si gadis genit yang comel itu. Aku terpana. Entah mengapa tiba-tiba dia ingin berkongsi gula-gula hacks yang baru dibelinya sebentar tadi kepada ku. Mungkin dia kasihan melihat aku terbatuk-batuk. Aku tersenyum dan mengambil gula-gula hacks itu dari tangannya. Dia senyum kembali seraya menghulurkan tangan ingin bersalaman.

“saya syafinas.”

Sambil membalas salaman yang diberikan. Aku kembali menyapa. Gadis secantik ini yang ingin berkawan denganku umpama bulan jatuh keriba. Tak patut aku lepaskan begitu saja.

Perkenalan dari sebiji gula-gula hacks yang berperisa pudina itu membawa kepada perhubungan yang lebih rapat dalam masa dua bulan sahaja. Aku sendiri keliru bagaimana anak kepada seorang yang mempunyai pangkat dato’ boleh berkawan rapat dengan lelaki gelandangan seperti aku. Mungkin betul kata orang. Cinta tak mengenal darjat.

Syafinas tidak pernah tahu apa pekerjaan ku. Yang dia tahu, pabila dia mencariku, aku sentiasa berada disisinya. Namun dalam kepahitan hidup yang aku lalui. Sebenarnya, aku punya sisi gelap sendiri. Kala malam, aku dikenali sebagai X, sang pembunuh upahan dan dari membunuhlah aku punya wang untuk meneruskan hidup di ibu kota dosa ini. Malangnya, aku perlu bersederhana untuk mengelakkan syak wasangkan dari masyarakat. Normallah, anak muda berumur 21 tahun, mana mungkin punyai wang banyak.
Sudah tiga minggu aku tidak berjumpa sama si dia, misi yang terbaru ini menyulitkan lagi keadaan. Kali ini aku nekad, biar apa pun terjadi. Aku tak peduli lagi. Jadi sebelum apa-apa terjadi. Aku ingin menghabiskan masa bersama si dia sepuas hatiku.

Masuk hari ini, sudah seminggu aku lari dari majikanku, masaku banyak dihabiskan bersama syafinas. Misi yang diberikan sudah tamat tempoh masanya. Kini aku pasrah. Aku tahu masa aku di dunia sudah semakin singkat. Bila-bila masa saja majikanku akan mengambil nyawaku kerana aku ingkar dengan arahannya. Aku tidak mahu lari. Aku tidak mahu hidup dalam buangan. Aku tidak mahu hidup dalam ketakutan. Aku mahu mati di sisi yang aku sayang. Dan kini, aku bersama dia sambil menunggu masa, malaikat maut datang.

4/18/12

Percubaan

Di dalam gelap malam.
Aku duduk bersandar di tepi
Sambil rokok di tangan
Dan secawan kopi di sisi.

Duduk melihat bintang.
Mengenang semalam
Duduk melayan gelap.
Mencari yang sepi.

Ya aku tahu.
Ini kali terakhir kita disini.
Ya aku tahu
Ini kali terakhir bergelak tawa begini.

Tapi ingat.
Memori ini
Akan kita sama-sama bawa sampai mati.
Sambil bercerita kepada anak-anak.
Tentang cinta.
Tentang mimpi.
Tentang sepi.
Tentang semuanya sekali.

Jadi.
Rakamkan didalam memori
Semua kenangan disini.
Yang pahit.
Yang jelek.
Yang manis.
Yang indah.
Semuanya

Agar kita sentiasa terkenang.
Agar kita tak lupa.
Tentang keluarga besar kita ini.
Tentang family.
Tentang semua.

4/14/12

Dalam sebuah sepi.
Aku mencari.
Aku menanti.
Datangnya sesuatu yang pasti.
Yang hakiki.

Dalam sebuah sepi.
Aku mencari.
Cuba mengerti.
Sesuatu yang bernama nurani.

Dalam sebuah sepi.
Aku akhirnya mengerti.
Yang dunia ini.
Akan hancur satu masa nanti.
Dan aku pasti.
Bukan syurga tempat ku nanti.
Kerana aku tahu.
Aku belum menjumpai hakiki.
Aku masih belum mengerti.
Apa itu nurani.

Tuhan.
Dengarkan rintihan ini,
Berikan aku sedikit masa lagi.
Sehingga aku jumpa
Apa itu nurani
Apa itu hakiki.
Makbulkan permintaan ku.

4/7/12

Bicara tentang semua

Diam semua!
Aku mahu bicara.
Tentang manusia.
Tentang surga.
Tentang neraka.
Tentang dunia.
Tentang semua.

Jangan risau
Jangan galau
Bukan paksaan untuk kau terima semuanya
Aku cuma mahu berbicara.
Tentang hati.
Tentang perasaan.
Tentang cinta
Tentang benci
Tentang sayang
Tetang rindu.
Biar terlepas segala bebanan didada.
Biar terbang semua masalah di kepala.
Biar ringan.
Biar senang.

Jadi.
Mengapa?
Perlu kah kau bangkit dan bersuara?
Sedangkan aku sudah bilang dari mula.
Aku mahu bicara.
Dan kau mendengarnya.
Tidak pula aku paksa.

Sekali lagi.
Tolonglah.
Biarkan aku bicara
Tentang semuanya.
Biarkan.
Jangan cuba dihalang.
Aku sudah penat memendam rasa.
Aku sudah penat menelan derita.

Tolonglah.
Berikan aku secubit rasa.
Apa itu bahagia.
Boleh?

4/5/12

bahagian 1


Hei.
Ingat lagi 3 tahun dulu?
Saat pertama kali kita menjejakan kaki disini?
Masing-masing belum mengenali sesame sendiri.
Ada yang pertama kali keluarga tiada di sisi
Ada yang dah lali tanpa keluarga di sisi

Hei.
Ingat lagi 3 tahun dulu?
Saat kita mula berkenalan?
Saat kita mula mengenali satu sama lain?
Saat kita mula belajar hidup bersama?
Saat kita mula bersama menjadi satu keluarga?

Hei.
Di pertengahan semester?
Ada batch kedua.
Yang rata-ratanya. Umurnya lebih tua.
Berbanding kita.
Yang semuanya ramai yang sebaya.

4/4/12

tunggu apa lagi?
pergilah mati?
apa kau masih buta?
engkau tu, tiada siapa yang suka.

3/30/12

Aku tahu.
Yang aku masih banyak rompongnya.
Masih banyak kosongnya.
Masih banyak salahnya.

Tapi.
Sekurang-kurangnya.
Aku tahu.
Apa yang aku tak tahu.
Bukannya aku terus membongkak dada.
Mencanang cerita yang kononnya.
Aku tahu semua.

Jadi.
Kepada kamu-kamu semua.
Berhentilah membenci.
Mari.
Kita duduk semeja.
Bincang apa sahaja.
Selesaikan segala sengketa
Lupakan yang lama.

3/15/12

bisik


“selamat malam. Nikmati malam terakhir dalam hidup kamu ini” ucap sang gadis kepada jejaka yang terbaring lesu. Kesan pil khayal yang telah dicampur bersama minuman yang diminum sang jejaka sebelum ini. Si gadis tersenyum gembira. Sang jejaka yang diidami kini ada di depan mata, dan tidak lama lagi, akan menjadi miliknya selama-lamanya. Si gadis menyiapkan segala peralatan yang diperlukan untuk ritual seterusnya. ritual yang akan menyatukan mereka berdua selama-lamanya.
Dengan pisau yang baru di asah, si gadis dengan perlahan-lahan menghiris dada sang jejaka, keinginan untuk memiliki hati sang jejaka berkobar-kobar.  Bukaan dada sang jejaka di buka, kelihatan hati sang jejaka bergerak lemah. Kesan daripada kehilangan darah. Si gadis tersenyum.  Dia menunduk ke tepi telinga sang jejaka dan berbisik. „kau akan jadi milikku selama-lamanya sayang. Hati kau dan hatiku akan bersatu. Dan kita akan hidup bahagia. Sampai tua.
Hati sang jejaka di tarik kasar dari badannya. Si gadis dengan mata bersinar kegembiraan mula melapah hati sang jejaka. perlahan-lahan dikunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Darah sang jejaka yang mengalir di hirup buat menghilangkan rasa haus di tekak. Senyum.
Si gadis berbaring di sebelah sang jejaka sambil tangan bergerak melingkari tubuh jejaka yang kini kaku.
"mari sayang. Kita ke syurga“ 

notakaki: ini cerpen aku tulis untuk masuk contest fixi untuk menang buku bisik. malangnya. aku kalah. kahkahkah.

3/12/12

selamat hari raya.

"selamat hari raya ramli. ni, makanlah. ada rendang mercun, mercun masak kicap, mercun daun palas. kau pilih je mana kau nak. aku tolong suapkan"
Siti tersenyum melihat Air muka Ramli berubah ketakutan. pucat.
Ramli cuba bergerak malangnya kaki dan tangannya terikat di kerusi yang sedang dia duduki. Ramli cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini tapi tak berjaya. Siti masih tersenyum di depan Ramli. Duduk memerhati. Ramli dengan berbaju melayu berwarna merah berserta sampin di depan di tenung sedalam-dalamnya. Ramli makin ketakutan.
Walaupun siti lengkap berbaju kurung dan bertudung tetapi pandangan tajam Siti membuatkan Ramli menunduk kaku. tidak berani mengangkat muka melawan.

********

"hei Siti, nak tengok magic tak?"
"magic apa Ramli? nak! nak!"
"ok, meh pinjam kucing kau kejap. aku perlukan dia nak buat magic ni."
"kau nak buat magic apa ni Ramli?" Siti menghulurkan Kucing dalam pegangannya kepada Ramli.
Ramli tersenyum.
"kau rilek je Siti. kau tengok je. Magic ni mesti kau suka punya. ok sekarang tutup mata"

Siti yang masih ragu-ragu menutup mata.
"ok, aku akan buat kucing kau hilang. kau tunggu jap. bila aku kata bukak mata. kau bukak."
"ok"

********************

"kau nak tengok magic Ramli?"
Siti tersenyum.
"Sorry Siti. Sorry.

***************************

Ramli dengan gocoh mengeluarkan mercun bola dari dalam poketnya. dipegang erat kucing Siti. dingangakan mulut kucing itu dan diletakkan mercun bola itu kedalamnya. Lighter dari poket kiri dikeluarkan.
"ok siti. pegang kucing ni,. jangan bukak mata lagi"
"sekarang kau rasakan kucing kau ada kat tangan kau. dalam kiraan 3, aku suruh bukak mata kau bukak. lepas tu. kucing kau akan hilang. macam magic!"
" ok Ramli. ok"

Ramli dengan gopoh, mencucuh sumbu mercun yang berada di dalam mulut kucing itu.
" ok, 1, 2 3, ok siti bukak mata!"

*******************************

"ok Ramli. sekarang kau tutup mata. dan ngangakan mulut kau. aku ada surprise."

Siti tersenyum. dendam kesumat yang bersarang di hati. akan terbalas juga hari ini. hari yang mulia sambil kedengaran takbir berkumandang.

"Selamat hari raya Ramli. Jumpa kau di neraka nanti."

3/11/12

pernah kau buka new entry window.
dan lepas tu kau pandang tab tu hampir sejam
dan masih kosong?
aku sedang mengalaminya.

3/3/12

Sang jejaka yang gila

Mari. Duduk disebelahku.
Di pangkuku.
Dengar ceritaku.
Buat hilang sayu.
Buat hilang gusar
Yang bersarang dihatimu.
Yang bermain di mindamu.

Dulu ada sepasang merpati.
Hidupnya berdua.
Bergerak bersama.
Bernafas seirama.

Sampai satu masa.
Si jejaka mula datang gila.
Dia bosan dengan dunianya.
Dia jelak dengan segalanya.
Dia muak dengan apa yang ada di depan mata.

Lalu.
Dia berhenti menatap yang ada di depan mata.
Dan mula mengejar yang jauh nun di sana.
Mengejar, terlepas.
Mengejar, terlepas.
Mengejar, terlepas.

Tanpa dia sedar,
Dia makin lelah dengan apa yang dia kejari.
Lalu dia berhenti mengejar.
Dan cuba kembali menagih kasih yang di depan mata
Menagih dan menagih. Merayu.
Malangnya tak berjaya.
Yang didepan mata mula pudar rasa kasihnya.
Makin menjauh dari sang jejaka.

Sang jejaka.
Terpana.
Kekasih hati yang disangka akan setia.
Semakin lupa tentang dirinya.
Semakin benci akan dia.
Dia tertunduk.
Kecewa.
Malangnya semua itu
Sia-sia.
Tiada gunanya lagi.
Bila kekasih hati yang dulu dia lupakan.
Kini mengundur diri.
Meninggalkan jejaka itu sendiri.
Sepi.

Kini.
Sang jejaka.
Sendiri.
Kekasih hati hilangkan diri.
Tiada berjumpa pengganti.
Dan kini.
Sang jejaka menyesali segalanya.

2/28/12

Kadang-kadang.
Mata kita dibutakan untuk melihat permata depan mata.
Kadang-kadang.
Mata kita buntang lihat kaca jauh nun disana.

Sampai bila?
Bukan selamanya permata tu tergeletak depan mata.
Sampai bila kaca yang jauh tu sentiasa satu tak retak tak pecah.

Mari. Tutupkan mata tu.
Lebarkan tangan.
Rasakan indahnya permata.
Lupakan kiluan kaca palsu.

2/16/12

Tutup mata.
Pekakkan telinga.
Simpankan suara

Senyap.
Cara mudah untuk terus hidup.
Apa kau kata tadi?
Dunia ini indah belaka
Kau gila
Ya
Kau gila
Hidup dalam dunia kau sendiri.
Kau cipta bandar kau sendiri.

Tapi lihatlah
Dimana kau dalam realitii.
Hati kosong yang sunyi.

Kerana apa?
Kerana kau.
Bodoh
Hidup sendiri.
Apa tak reti-reti lagi?
Berhenti jadi puteri.

Kembali ke realiti.
Menjadi sang srikandi?

Tolonglah.
Demi aku.
Kembalilah ke sini.
Dan terima niatku yang suci ini.
Untuk terus menongkah arus.
Menghadapi kejamnya realiti.

Tolong ya?

Headcount

Everybody who reads my blog say aye!

2/11/12

nice. ali. nice.


Ali terjaga dari pengsan. Dia merasakan kesakitan di seluruh badannya kesan daripada ubat pelali yang makin menghilang. Kelihatan Abu sedang duduk di kerusi malas memerhatikan dirinya sambil tersenyum.
“woi, aku kat mana ni. Asal badan aku terikat dengan meja ni?”
Abu tersenyum kembali. Kelihatan asap nikotin keluar dari mulutnya. 
“kita dekat rumah la ni. Kau pengsan tadi. Jap, aku bukak ikatan tu.”
Kata Abu sambil mendekati Ali yang terbaring. Perlahan-lahan ali membukakan ikatan yang menghalang Ali dari bangun dari pembaringan.
“sorilah Ali, tadi aku pinjam kaki dan tangan kau. Lepas tu aku lupa nak letak balik dekat tempat yang betul.  Ini je yang termampu”
“apa kau merepek ni Abu?”
“cuba kau angkat kepala kau dan tengok sendiri” Abu tersenyum lagi.
Ali semakin gelisah. Dia cuba mengerakkan kaki dan tangannya.
Tidak berjaya.
Dia mulai takut. Kepala di angkat dan kelihatan kaki dan tangannya sudah berubah tempat. Kelihatan kesan jahitan di peha dan bahunya.
“Abu, apa kau dah buat dekat aku ni woi! Abu! “
Abu bergerak keluar dari bilik, rokok di tangan di lepaskan ke lantai,
Api mula marak akibat pertemuan bara rokok dan gasolin yang memenuhi segala ruang.
Semakin lama, api semakin marak, Ali yang tidak boleh bergerak mula menjerit ketakutan.  Tidak disangka Abu sanggup membiarkan dirinya sendiri dalam lautan api. 


******
Abu tersenyum sendiri dari dalam kereta sambil melihat bekas rumah sewanya yang sedang marak dimamah api.
“rasakan, inilah balasan yang paling baik mampu aku bagi.”


*********
“kau pergi mana tadi Ali, telefon tak angkat, pinjam kereta aku tak bagitahu pulak tu”
“sorilah Abu, aku pergi keluar kejap dengan awek aku, dia ada problem sikit. Weh, tadi kereta kau kena langgar, ada kemek sikit dekat belah kanan. Sori wei. Aku tak perasan tadi”
“hah? Nice Ali. Nice”

2/1/12

Ada satu orang budak. Nama? Oh. Budak ini tak perlukan nama, budak ini tak bernama. Cukuplah kamu semua kenali dia sebagai seorang budak. Lagipun, apa ada pada nama? Cuma perkataan yang digunakan sebagai penunjuk sahaja. Tingginya tak mencecah awan. Besarnya tak seluas benua. Dia biasa-biasa saja.takda apa-apa keistimewaan. Dia tak dikenali. Dia tak ada rakan. Dia tak punya teman. Dia sendiri. Hidupnya biasa-biasa saja. Ordinary bak kata orang-orang barat. Cuma satu bezanya. Dia tinggal dalam kepompong sendiri. Hidup dalan dunianya sendiri. Menyendiri. Jika ingin dikira berapa lama dia begitu. Rasanya satu buku belum tentu cukup. Jadi satu hari ni, dia mula rasa bosan. Kenapa? Sebab ada suara secara tiba-tiba menyuruh dia menonton cerita korea yang penuh dengan cerita dusta kononya manusia tak boleh hidup dalam duniannya sendiri. Manusia perlu berteman. Berkongsi.

1/23/12

nikotin untuk Ramli


Satu
Dua
Tiga
Ok. Ini kali ketiga bilang Ramli dalam hati. Kali ketiga yang sepatutnya menjadi kalau mengikut kira-kira yang Ramli buat selama ini. Tapi kali ketiga ini, Ramli kurang pasti macam mana ianya tak menjadi seperti mana yang Ramli hajati.
Ramli kembali duduk di meja studynya dan mula meneliti segala pelan rancangan yang telah dia hadap dari tiga bulan yang lepas. Pelannya yang ketiga selepas dua kali pelan lamanya gagal. Ini versi terbaru. Versi ketiga yang diubah suai dari versi kedua yang diubah suai dari versi pertama.
Ramli masih belum puas hati dengan apa yang ada di depannya. Dia pasti kekurangan di versi ketiga itu akan dia jumpa. Akan dia perbaiki dan akan dia gantikan dengan kelebihan. Cuma masalahnya kini, kekurangan itu dia belum nampak lagi.
Ramli tak merokok. Bagi dia rokok itu mainan yahudi, dan dia mahu pandai  seperti yahudi. Tapi waktu-waktu kritikal seperti ini, rokok mungkin boleh membantu Ramli memahami. Jadi Ramli berhenti menelek pelan tindakan di tangannya, dia mula bangun dari kerusi dan terus menuju ke pintu lalu menekan interkom yang tersedia di tepi dinding.
“Rosmah, aku nak rokok sekotak. duit masuk bil bulanan macam biasa”
Habis sahaja Ramli berkata-kata di interkom. Loceng berbunyi menandakan ada sesuatu di luar pintu.Bila pintu dibuka, ramli mengambil kotak rokok yang masih berbalut dari atas lantai sambil mengucap terima kasih tanpa ditujukan kepada sesiapa. Ramli tahu perbuatan berterima kasih itu bukan lagi sesuatu yang wajib tapi ajaran dari kecil oleh ibu bapanya membuatkan Ramli masih berterima kasih. Kepada siapa Ramli tidak ambil peduli lagi, asalkan terima kasih diucapkan.
Plastik yang membalut kotak rokok itu Ramli buka, Ramli campakkan ke tepi dan mengeluarkan sebatang rokok lantas diletakkan di bibir. Mata melilau mencari pemetik api yang Ramli pasti ada di atas katil yang penuh dengan segala macam benda itu.
JUMPA!
Dengan sedikit rasa bangga Ramli alihkan buku-buku di atas katil itu sebelum mencapai pemetik api yang sedikit pudar warnanya, mungkin terlalu lama di panah cahaya matahari buatan.  Oh ya, matahari sudah lama mati. Meletup ribuan tahun dahulu. Para saintis telah berjaya mencipta satu lagi matahari untuk mengelakkan bumi dari mati kesejukan. Kiamat berjaya di elakkan.
Sambil menarik nafas dalam-dalam. Ramli menyalakan rokok yang tersepit di bibirnya. Sekali itulah tembakau yang dicucuh rokok itu menyala kemerahan sambil asap nikotin disedut sedalam-dalamnya ke dalam liang pernafasan Ramli. Ramli puas. Perasaan merokok itu umpama orgasm yang hanya di fahami para perokok tegar.
Tiba-tiba, Ramli merasakan ada sesuatu yang tak kena. Kepala Ramli semakin sakit, pandangan Ramli mula berpinar, Jantung Ramli berdegup lebih kencang dari biasa.
SHIT!
Ramli lupa. Dia tidak boleh merokok lagi. Dia terlupa kandungan nikotin dalam badannya hanya perlukan satu lagi sedutan untuk membunuhnya. Dia terlupa apa yang berlaku apa bila pelan kedua dia tidak menjadi. Dia lupa segalanya. Dan akhirnya. Ramli pergi. Sambil memaki diri sendiri kerana tidak berjaya menjayakan segala pelan yang telah Ramli pelankan.
********************************

Beberapa tahun sebelum itu. Ini pelan kedua.
Ramli terbaring di tengah-tengah jalan kotaraya. Orang ramai mula berlari ingin mengetahui apa yang berlaku. Ada yang bising, ada yang menangis ketakutan. Ada juga yang buat tak endah. Tapi ada seorang wanita ini yang senyum sendiri. Mungkin gembira dengan apa yang berlaku. Dia mula berpaling lalu melangkah pergi. Sambil itu tangannya mendail nombor kecemasan, ingin memaklumkan apa yang berlaku.
“helo ambulance? Ada orang pengsan di tengah kotaraya. Pengambilan nikotin yang berlebihan kerana patah hati. Tolong datang secepat mungkin.”
Talian ditamatkan dan wanita itu berlalu pergi.
Ramli? Dia terbaring tak sedarkan diri sambil ada titis-titis air mata yang mengalir di pipi. Dalam hati Ramli berkata.
“tuhan, sampai bila? Aku tak mahu sendiri lagi. Aku mahu ada sang bidadari disisi. Bukan mati seorang diri begini. Tolong. Aku tak mahu sendiri lagi.”

 ps:kepada yang membaca. harap membalasnya. tolong?