3/30/12

Aku tahu.
Yang aku masih banyak rompongnya.
Masih banyak kosongnya.
Masih banyak salahnya.

Tapi.
Sekurang-kurangnya.
Aku tahu.
Apa yang aku tak tahu.
Bukannya aku terus membongkak dada.
Mencanang cerita yang kononnya.
Aku tahu semua.

Jadi.
Kepada kamu-kamu semua.
Berhentilah membenci.
Mari.
Kita duduk semeja.
Bincang apa sahaja.
Selesaikan segala sengketa
Lupakan yang lama.

3/15/12

bisik


“selamat malam. Nikmati malam terakhir dalam hidup kamu ini” ucap sang gadis kepada jejaka yang terbaring lesu. Kesan pil khayal yang telah dicampur bersama minuman yang diminum sang jejaka sebelum ini. Si gadis tersenyum gembira. Sang jejaka yang diidami kini ada di depan mata, dan tidak lama lagi, akan menjadi miliknya selama-lamanya. Si gadis menyiapkan segala peralatan yang diperlukan untuk ritual seterusnya. ritual yang akan menyatukan mereka berdua selama-lamanya.
Dengan pisau yang baru di asah, si gadis dengan perlahan-lahan menghiris dada sang jejaka, keinginan untuk memiliki hati sang jejaka berkobar-kobar.  Bukaan dada sang jejaka di buka, kelihatan hati sang jejaka bergerak lemah. Kesan daripada kehilangan darah. Si gadis tersenyum.  Dia menunduk ke tepi telinga sang jejaka dan berbisik. „kau akan jadi milikku selama-lamanya sayang. Hati kau dan hatiku akan bersatu. Dan kita akan hidup bahagia. Sampai tua.
Hati sang jejaka di tarik kasar dari badannya. Si gadis dengan mata bersinar kegembiraan mula melapah hati sang jejaka. perlahan-lahan dikunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Darah sang jejaka yang mengalir di hirup buat menghilangkan rasa haus di tekak. Senyum.
Si gadis berbaring di sebelah sang jejaka sambil tangan bergerak melingkari tubuh jejaka yang kini kaku.
"mari sayang. Kita ke syurga“ 

notakaki: ini cerpen aku tulis untuk masuk contest fixi untuk menang buku bisik. malangnya. aku kalah. kahkahkah.

3/12/12

selamat hari raya.

"selamat hari raya ramli. ni, makanlah. ada rendang mercun, mercun masak kicap, mercun daun palas. kau pilih je mana kau nak. aku tolong suapkan"
Siti tersenyum melihat Air muka Ramli berubah ketakutan. pucat.
Ramli cuba bergerak malangnya kaki dan tangannya terikat di kerusi yang sedang dia duduki. Ramli cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini tapi tak berjaya. Siti masih tersenyum di depan Ramli. Duduk memerhati. Ramli dengan berbaju melayu berwarna merah berserta sampin di depan di tenung sedalam-dalamnya. Ramli makin ketakutan.
Walaupun siti lengkap berbaju kurung dan bertudung tetapi pandangan tajam Siti membuatkan Ramli menunduk kaku. tidak berani mengangkat muka melawan.

********

"hei Siti, nak tengok magic tak?"
"magic apa Ramli? nak! nak!"
"ok, meh pinjam kucing kau kejap. aku perlukan dia nak buat magic ni."
"kau nak buat magic apa ni Ramli?" Siti menghulurkan Kucing dalam pegangannya kepada Ramli.
Ramli tersenyum.
"kau rilek je Siti. kau tengok je. Magic ni mesti kau suka punya. ok sekarang tutup mata"

Siti yang masih ragu-ragu menutup mata.
"ok, aku akan buat kucing kau hilang. kau tunggu jap. bila aku kata bukak mata. kau bukak."
"ok"

********************

"kau nak tengok magic Ramli?"
Siti tersenyum.
"Sorry Siti. Sorry.

***************************

Ramli dengan gocoh mengeluarkan mercun bola dari dalam poketnya. dipegang erat kucing Siti. dingangakan mulut kucing itu dan diletakkan mercun bola itu kedalamnya. Lighter dari poket kiri dikeluarkan.
"ok siti. pegang kucing ni,. jangan bukak mata lagi"
"sekarang kau rasakan kucing kau ada kat tangan kau. dalam kiraan 3, aku suruh bukak mata kau bukak. lepas tu. kucing kau akan hilang. macam magic!"
" ok Ramli. ok"

Ramli dengan gopoh, mencucuh sumbu mercun yang berada di dalam mulut kucing itu.
" ok, 1, 2 3, ok siti bukak mata!"

*******************************

"ok Ramli. sekarang kau tutup mata. dan ngangakan mulut kau. aku ada surprise."

Siti tersenyum. dendam kesumat yang bersarang di hati. akan terbalas juga hari ini. hari yang mulia sambil kedengaran takbir berkumandang.

"Selamat hari raya Ramli. Jumpa kau di neraka nanti."

3/11/12

pernah kau buka new entry window.
dan lepas tu kau pandang tab tu hampir sejam
dan masih kosong?
aku sedang mengalaminya.

3/3/12

Sang jejaka yang gila

Mari. Duduk disebelahku.
Di pangkuku.
Dengar ceritaku.
Buat hilang sayu.
Buat hilang gusar
Yang bersarang dihatimu.
Yang bermain di mindamu.

Dulu ada sepasang merpati.
Hidupnya berdua.
Bergerak bersama.
Bernafas seirama.

Sampai satu masa.
Si jejaka mula datang gila.
Dia bosan dengan dunianya.
Dia jelak dengan segalanya.
Dia muak dengan apa yang ada di depan mata.

Lalu.
Dia berhenti menatap yang ada di depan mata.
Dan mula mengejar yang jauh nun di sana.
Mengejar, terlepas.
Mengejar, terlepas.
Mengejar, terlepas.

Tanpa dia sedar,
Dia makin lelah dengan apa yang dia kejari.
Lalu dia berhenti mengejar.
Dan cuba kembali menagih kasih yang di depan mata
Menagih dan menagih. Merayu.
Malangnya tak berjaya.
Yang didepan mata mula pudar rasa kasihnya.
Makin menjauh dari sang jejaka.

Sang jejaka.
Terpana.
Kekasih hati yang disangka akan setia.
Semakin lupa tentang dirinya.
Semakin benci akan dia.
Dia tertunduk.
Kecewa.
Malangnya semua itu
Sia-sia.
Tiada gunanya lagi.
Bila kekasih hati yang dulu dia lupakan.
Kini mengundur diri.
Meninggalkan jejaka itu sendiri.
Sepi.

Kini.
Sang jejaka.
Sendiri.
Kekasih hati hilangkan diri.
Tiada berjumpa pengganti.
Dan kini.
Sang jejaka menyesali segalanya.