10/27/10

aku sayang kau
tapi aku malu nak cakap
sebab aku tahu
yang kau pasti kata tak mahu

aku suka sangat kat kau
tapi aku segan
sebab aku tahu
yang kau lagi suka dekat dia

aku minat sangat kat kau
tapi aku tau
hati kau bukan milik aku

aku jatuh hati kat kau
tapi aku tahu yang kau tak mungkin ada rasa macam aku rasa
ini aku pasti

pasti yang amat
yang aku hanya akan suka dalam diam
dalam senyap
dalam sepi.
sebab aku memang suka kat kau
tapi aku segan nak bagitahu kau.

10/7/10

bila masa yang ada.
dibuang merata
bila harta yang ada
dilupakan semuanya
bila ilmu yang ada
dilekehkan seadanya
yang tinggal nanti hanya dusta yang dibenarkan
yang tinggal nanti hanya hitam tanpa putihnya.
habislah.
semuanya pusnah.
semuanya musnah.
tak guna dah.

10/2/10

sudah
ingin jatuh
lubangnya tiada
ingin terbang
sayapnya tiada
ingin hilang
gelapnya tiada
ingin tengelam
airnya tiada
akhirnya.
kosong.
kosong sekosong kosongnya.