1/23/12

nikotin untuk Ramli


Satu
Dua
Tiga
Ok. Ini kali ketiga bilang Ramli dalam hati. Kali ketiga yang sepatutnya menjadi kalau mengikut kira-kira yang Ramli buat selama ini. Tapi kali ketiga ini, Ramli kurang pasti macam mana ianya tak menjadi seperti mana yang Ramli hajati.
Ramli kembali duduk di meja studynya dan mula meneliti segala pelan rancangan yang telah dia hadap dari tiga bulan yang lepas. Pelannya yang ketiga selepas dua kali pelan lamanya gagal. Ini versi terbaru. Versi ketiga yang diubah suai dari versi kedua yang diubah suai dari versi pertama.
Ramli masih belum puas hati dengan apa yang ada di depannya. Dia pasti kekurangan di versi ketiga itu akan dia jumpa. Akan dia perbaiki dan akan dia gantikan dengan kelebihan. Cuma masalahnya kini, kekurangan itu dia belum nampak lagi.
Ramli tak merokok. Bagi dia rokok itu mainan yahudi, dan dia mahu pandai  seperti yahudi. Tapi waktu-waktu kritikal seperti ini, rokok mungkin boleh membantu Ramli memahami. Jadi Ramli berhenti menelek pelan tindakan di tangannya, dia mula bangun dari kerusi dan terus menuju ke pintu lalu menekan interkom yang tersedia di tepi dinding.
“Rosmah, aku nak rokok sekotak. duit masuk bil bulanan macam biasa”
Habis sahaja Ramli berkata-kata di interkom. Loceng berbunyi menandakan ada sesuatu di luar pintu.Bila pintu dibuka, ramli mengambil kotak rokok yang masih berbalut dari atas lantai sambil mengucap terima kasih tanpa ditujukan kepada sesiapa. Ramli tahu perbuatan berterima kasih itu bukan lagi sesuatu yang wajib tapi ajaran dari kecil oleh ibu bapanya membuatkan Ramli masih berterima kasih. Kepada siapa Ramli tidak ambil peduli lagi, asalkan terima kasih diucapkan.
Plastik yang membalut kotak rokok itu Ramli buka, Ramli campakkan ke tepi dan mengeluarkan sebatang rokok lantas diletakkan di bibir. Mata melilau mencari pemetik api yang Ramli pasti ada di atas katil yang penuh dengan segala macam benda itu.
JUMPA!
Dengan sedikit rasa bangga Ramli alihkan buku-buku di atas katil itu sebelum mencapai pemetik api yang sedikit pudar warnanya, mungkin terlalu lama di panah cahaya matahari buatan.  Oh ya, matahari sudah lama mati. Meletup ribuan tahun dahulu. Para saintis telah berjaya mencipta satu lagi matahari untuk mengelakkan bumi dari mati kesejukan. Kiamat berjaya di elakkan.
Sambil menarik nafas dalam-dalam. Ramli menyalakan rokok yang tersepit di bibirnya. Sekali itulah tembakau yang dicucuh rokok itu menyala kemerahan sambil asap nikotin disedut sedalam-dalamnya ke dalam liang pernafasan Ramli. Ramli puas. Perasaan merokok itu umpama orgasm yang hanya di fahami para perokok tegar.
Tiba-tiba, Ramli merasakan ada sesuatu yang tak kena. Kepala Ramli semakin sakit, pandangan Ramli mula berpinar, Jantung Ramli berdegup lebih kencang dari biasa.
SHIT!
Ramli lupa. Dia tidak boleh merokok lagi. Dia terlupa kandungan nikotin dalam badannya hanya perlukan satu lagi sedutan untuk membunuhnya. Dia terlupa apa yang berlaku apa bila pelan kedua dia tidak menjadi. Dia lupa segalanya. Dan akhirnya. Ramli pergi. Sambil memaki diri sendiri kerana tidak berjaya menjayakan segala pelan yang telah Ramli pelankan.
********************************

Beberapa tahun sebelum itu. Ini pelan kedua.
Ramli terbaring di tengah-tengah jalan kotaraya. Orang ramai mula berlari ingin mengetahui apa yang berlaku. Ada yang bising, ada yang menangis ketakutan. Ada juga yang buat tak endah. Tapi ada seorang wanita ini yang senyum sendiri. Mungkin gembira dengan apa yang berlaku. Dia mula berpaling lalu melangkah pergi. Sambil itu tangannya mendail nombor kecemasan, ingin memaklumkan apa yang berlaku.
“helo ambulance? Ada orang pengsan di tengah kotaraya. Pengambilan nikotin yang berlebihan kerana patah hati. Tolong datang secepat mungkin.”
Talian ditamatkan dan wanita itu berlalu pergi.
Ramli? Dia terbaring tak sedarkan diri sambil ada titis-titis air mata yang mengalir di pipi. Dalam hati Ramli berkata.
“tuhan, sampai bila? Aku tak mahu sendiri lagi. Aku mahu ada sang bidadari disisi. Bukan mati seorang diri begini. Tolong. Aku tak mahu sendiri lagi.”

 ps:kepada yang membaca. harap membalasnya. tolong?

1/21/12

tepat jam lima pagi

aku lihat jam di dinding. 5:29.
masih awal lagi untuk tidur, hati aku berkata.
aku tarik earphone dan cucukkannya ke dalam telinga sambil menekan butang play di youtube.
-PINK FLOYD- dark side of the moon mula berkumandang.
aku ambil rokok dari atas meja.
kucucuhkan bila puntungnya bertemu dengan bibirku.
dan aku tarik dalam-dalam karbon monoksida ke dalam saluran aeesophagus terus ke paru-paru.
satu perasaan sejuk-beku-tenteram-tenang menyelinap ke seluruh tubuh badan.
mata yang dari tadi semakin berat kembali cerah.
aku tarik lagi sekali karbon monoksida itu.
dan aku lupa.
lupa semuanya.
mungkin keindahan susunan muzik itu membuatkan kau begini.
dan kalau dengan muzik itu aku mampu ke syurga sendiri.
aku lebih rela bersendiri.
walau kadangkala, hati ini menjerit-jerit minta di isi.
dan setiap kali itu. aku kata, sabar, teruskan menanti.
belum ada yang mahu menjadi penghuni hati. teruskan bersabar ya wahai hati.

1/15/12

hati

rokok di tangan aku biarkan menyala. ingin ditarik, asapnya menyakitkan dada. aku kira-kira mungkin esok lusa baru hati baru aku terima. penantian dari 20 tahun yang lepas akhirnya terhenti apabila ada seorang manusia biasa yang mati di tembak di kepala elok di saat hayat aku di penghujung. Dengan kemajuan di zaman ini, semua organ manusia yang mati boleh diguna pakai asalkan ada duit untuk membuat transfusi.

"Encik Amin, doktor dah nasihatkan jangan hisap rokok lagi. sepatutnya encik duduk berehat di bilik."
"ah, tak mengapa.. sebentar saja, saya muak duduk di bilik. ingin mengambil angin sebentar. tak apakan?"

nurse itu mengangguk teragak-agak. mungkin takut dimarahi doctor andai dia diketahui membenarkan aku tidak mengikut arahannya. ah. tak kisahlah.


************************


langkah kaki Ali semakin laju. Dia merasakan seperti ada yang mengekorinya sejak tadi. lorong kecil ke rumahnya mula kelihat. Ali semakin laju, semakin laju. Tapi belum sempat dia masuk ke rumahnya. BAMMM!!!
satu tembakan tepat membocori kepala Ali. tepat di tengah-tengah dahi dan Ali terjelepuk mati.

"maafkan aku Ali. tapi cuma hati kau sesuai untuk aku. kau tak perlukannya lagi. kau manusia yang tak patut ada hati."

rokok di tangan kembali ditarik sedalam mungkin. pistol disorokkan di dalam baju. Amin melangkah pergi sambil tangan mendail nombor polis dan ambulance. ingin mengkhabarkan berita duka bagi keluarga Ali, tapi berita gembira bagi dirinya sendiri.

pilih satu

"pilih satu. kiri atau kanan?"
diam. aku ragu-ragu. andai kiri yang aku pilih, apa yang akan berlaku. kalau kanan yang aku pilih, apa yang akan terjadi. ini tak boleh jadi. aku keluarkan telefon bimbit dari dalam kocek ku. ku dail nombor si dia. ku dail nombor mereka-mereka semua. mencari pilihan yang tepat. mencari pilihan yang pasti.

"ok. aku ambil kanan"
"kau pasti?"
"ya, sepasti-pastinya"
"kalau begitu, selamat tinggal. kau telah membuat pilihan yang betul, tapi kau akan menyesali perbuatan kau ini. ingat kata-kataku"

Dan dia hilang terbang dalam dingin malam. kemana? aku sendiri pun tak tahu. dan aku mula merasakan penyesalan.

membisu

"amacam bro? syok?"
aku tersenyum dengan pertanyaan sara. diam membisu memang bukan cara aku. tapi untuk kali ini, diam itu perlu. sara kembali bertanya. bertanya. dan bertanya. tanpa henti. aku makin serabut. makin pening dengan pertanyaan sara yang berulang kali itu.

*********************
"kau confirm ke minah tu minat dekat aku? kau memandai je buat cerita kan sara."
Kama meluahkan rasa ragu-ragunya kepada aku. aku diam membisu. kerana kali ini. membisu buat hati aku sendiri tertipu. aku perlu buang rasa sayang ini. biar kembali mati. biar kembali berkawan. ini. langkah pertama aku.

1/8/12

terakhir.

sebenarnya.
aku dah takda hati untuk menulis lagi.
mungkin diri ini sudah benci.
meluahkan segalanya disini.
nantilah.
kalau ada bidadari turun dari syurga.
mungkin aku menulis kembali.
tapi itulah.
bila masanya?
nantilah.

1/3/12

hati mati.

seketul daging aku keluarkan dari dadaku yang terbuka.
"ini hati namanya. aku amanahkan untuk kau jaga, boleh?"
dia ambil hati itu dari tanganku. merenung dalam.lepas
hati jatuh ketanah. dipenuhi batu-batu kecil dan pasir halus.
belum sempat aku ambil kembali dari atas tanah.
dia memijaknya sekuat hati. pecah. hancur berkecai hati itu.
aku?
terdiam, terpaku, kelu, bisu.
tak ku sangka sampai begitu sekali perbuatannya terhadap hati yang aku amanahkan dia untuk menjaganya.
"tak apalah. selamat tinggal"

20112012

ini tahun baru.
mahu buat azam baru.
mahu cari muse baru.
mahu bagi hati baru.
mahu retakkan hati baru.
mahu tampal hati baru.
mahu senyum yang baru.
mahu semuanya baru.

tinggalkan yang lama.
tinggalkan yang duka.
tinggalkan segala cerita.
semuanya.
tinggalkan ditahun lalu.

tahun ini.
aku pasti.
ada muse baru jadi pengganti.
moga-moga, ia bukan mimpi.
dan aku.
mampu tersenyum kembali.