12/24/11

cerita baru, bahagian 1


Suara manusia yang meminta tolong sayup kedengaran di  telingaku. Suara yang selalu aku dengar di kampus. Suara yang selalu aku dengar di dalam rumah. Suara rakan sebilikku. Aku buka mata yang tadinya berat dan masih lagi pening kepala.  Dimana dan bagaimana aku boleh berada disini, aku sendiri pun tak tahu. Yang pasti, di tengah-tengah bilik ada satu meja penuh dengan alatan-alatan yang aku tak tahu apa gunanya. Dibawah mentol bulat yang bercahaya itu dapat ku lihat punca suara yang meminta tolong tadi, terikat di kerusi tak mampu bergerak. Mulut tak henti-henti menjerit meminta tolong. Matanya merah, menangis ketakutan agaknya.
Aku bangun berdiri, cuba menyesuaikan pandangan dengan tahap cahaya yang kurang. Apabila aku rasakan yang pandangan aku dah berjaya sesuaikan dirinya, aku mula bergerak ke arah rakan sebilik aku yang terikat itu. Tersenyum tiba-tiba aku melihat dia dalam keadaan kurang upaya. Ikatan di tangan dan kakinya membataskan pergerakan dirinya. Seperti ada satu kepuasan dalam diri ini melihat dia begitu.
                Aku bergerak mendekati meja yang penuh dengan alat-alatan tajam itu. Aku perhatikan satu-persatu. Apa fungsinya ditinggalkan di situ. Seperti ada satu suara di mindaku menyuruh aku mencuba satu persatu alatan-alatan di atas meja itu. Menyuruhku mencubanya di tubuh badan rakan sebilikku. Aku keliru. Patut ke aku buat begitu? Ah, akal selalu menipu. Aku tak tahu yang mana satu jalan yang patut aku tuju.

12/22/11

kali ini.
aku mahu bercerita.
tentang seorang manusia.
yang keras hatinya.
yang tetap pendiriannya.
yang gagah setiap langkahnya.

tapi bila ada sang jelita
menyebar cinta.
dia terjatuh.
cair.
layu.

tapi rupanya.
sang jelita cuma berdusta.
dia ingin lihat
manusia ini, jatuh.
terduduk, melutut.
mengharap cinta.

kononnya manusia itu.
terlalu angkuh.
terlalu seronok
tanpa cinta.
dia rasa dengki melihat manusia itu.

sekarang ini.
manusia itu.
sudah berasa malu.
tertipu dengan si jelita.
jadi dia janji.
akan terus menjadi dia yang dulu
si keras hati yang tak percayakan cinta.
tamat.

12/18/11

kali ini
aku janji.
dengan diri.
sampai mati.
aku nak bersendiri.
pergi mati.
sama hati.

12/17/11

puisi tak menjadi.

semalam.
ada orang kata.
aku sunyi.
hati aku kosong.
ah.
hati.
hati aku dah lama mati.
hati aku dah lama tiada lagi.
aku dah lama lupa yang aku punya hati.

pembetulan.
aku bukan sunyi.
aku sepi.
hati aku tak kosong.
hati aku penuh.
penuh dengan benci.
penuh dengan perasaan hasad dengki.

betul. tak tipu.
aku benci mereka yang punya hati.
aku dengki mereka yang gembira bersama sang hati.

12/16/11

nota kaki untuk diri sendiri.

hei babi.
tak sedar-sedar diri lagi?
pergi matilah macam ni.
nampak baseball bat tu?
ambil.
dan hentakkan ke kepala kau sendiri.
kalau boleh biar sampai mati.
sebab sakit hati ni.
belum tentu boleh diubati lagi.

sapa buat bahan memang aku maki. serius tak tipu.

hei.
mari.
duduk disini.
bersila didepan ku.
dan ceritakan kepada ku.
kenapa kau buat begitu?
kenapa kau tipu?
kenapa kau pecahkan hatiku?

hei.
mari.
duduk disini.
bersila didepan ku
dan dengar cerita ku.
orang kata kau suka aku.
aku?
aku pun tak tau.
yang aku ada hati pada kau.
aku cuma mengikut.
bila kau mula mengorak langkah.
aku bukan penonton cerita melayu.
aku tonton sebab kau tonton juga.
aku bukan rajin sangat nak keluar malam.
aku kelaur sebab kau yang ajak.
sikit-sikit.
hati ini berbunga.
iyelah.
dah lama dia beku.
takda orang ambil tahu.
mana tak tumbuhnya bunga.
tapi bila kau kata.
kita cuma kawan sahaja.
aku rasa macam ada shotgun dalam mulutku.
dan peluru nya laju menembusi tengkorak ku.
kau tahu macam mana rasanya tu?
aku manusia berego tinggi.
amat tinggi.
tanyalah rakan-rakanku.
mesti mereka tahu.
yang aku tak tipu.
tapi sebab kau.
ego tu aku buang walaupun
aku pasti
tindakan aku itu.
akan buat aku mengaduh.
sakit.
dan bila kau kata.
"aduh, macam mana kau boleh suka aku"
ego tu terbaring gelakkan aku.
aku?
patah seribu hatiku.
macam direntap jantungku.
bukan sebab ditolak.
sebab soalan bodoh yang kau tanya itu.
serius.
aku marah.
aku bengang.
aku tak pernah ada wanita yang baik dengan aku secara realiti.
tak pernah ada wanita yang ajak aku keluar makan.
tak pernah ada wanita yang ajak aku tengok wayang.
kau yang pertama dalam 2 tahun ini.
mana tak cair hati ini.
tapi kau tanya soalan bodoh macam tu.
buat aku nak ambil kapak datang rumah kau.
dan hayun tepat keleher kau tahu.
serius tak tipu.


hei.
mari sini.
jangan lari.
aku dah kembali steady.
tiada perasaan marah lagi.
cuma terkilan.
tak apalah.
aku faham.
selamat tinggal.
oh ya.
dengarnya kau sakit.
moga cepat sembuh,
dan ini yang terakhir untuk kau.
sebab lepas ni.
aku nak terus melangkah kaki.
kehadapan.
tanpa memandang ke belakang lagi.
@ericamicheal follow aku.
bangga sikit di situ.
=)

12/14/11

seketul hati.

dua tahun
aku menyendiri.
lepak bersama teman-teman lelaki
mencemburui mereka yang punya kekasih hati

dua tahun.
aku bersembunyi.
menahan diri.
mengurung hati.
kerna aku tahu aku tak punya apa-apa untuk memiliki.
kekasih hati.

sedih hati ini
sebab tiada yang mengerti.
semuanya mengeji.
bagaikan aku tak punya hati.

berkali-kali
aku jatuh hati.
tapi akal ini kuat lagi.
menahan diri.
dari melakukan perkara yang merosak diri.
jadi aku kembali.
sendiri.
sepi.

mungkin ini
jalan cerita aku sendiri.
munkin patut sahaja aku menerima dengan rasa rendah diri.
biar mati sama hati.
kita hidup sendiri.
bersama akal yang tak pernah menyepi.
terima kasih orang gila.
aku masih mampu berdiri.

12/11/11

bak kata orang tua-tua.
bak kata movie melayu biasa.
loser mana boleh bercinta.
baik duduk berseorang sahaja.
haha
aku lupa.

pikirnya begini. tapi.. 2

Tak mahu?
Owh.
Maaflah.
Silapku
Kurang faham 
Maksudmu.
Takpalah. 
Buat penat saja aku bersihkan kunci ini.
Sebentar ya. 
Mahu pasang sayapku.
Terbang ke atmosfera.
Dan balingkan kunci ini.
Terus ke matahari.
Biar hancur.
Biar hilang.
Dan hati ini.
Selama-lamanya terkunci.
Tanpa boleh dicuci 
Tanpa boleh dilihati.
Lagi.
Selamat tinggal.

pikirnya begini. tapi..

Oh hai.
Aku ada satu cerita.
Semalam sedang aku kemas rumah.
Aku jumpa satu kunci.
Kuncinya kecil, pelik
Ada karat-karat di sana sini.
Aku ambil, aku cuci. 
Kasi cantik. Kasi bersih.
Sambil tu. Otak aku berpusing.
Memikirkan. Apa guna kunci ini.
Setelah puas aku memikir. 
Aku akhirnya teringat.
Apa gunanya kunci ini.
Ianya kunci mangga 
Yang pernah ku buang dulu.
Yang mangganya, kalau dibuka.
Boleh guna buat isi hatiku.
Boleh guna buat curi hatiku.
Jadinya. 
Aku mahu bertanya pada kau.
Mahu kunci ini?
Kerna, jika kau tidak mahukanya,
Ingin kembali aku buangkanya.
Bagaimana? 

*monolog*

Helo. *senyum*

Siapa kau? Kenapa kau disini?

Kau tak kenal aku? Kau lupa siapa aku? *senyum*

Tak. Siapa kau! Apa kau mahu?

Aku adalah kau. Kau yang dulunya kau junjung. Yang sekarang ini kau buang. Dan kau gantikan aku dengan kau yang lemah ini. *senyum*

Huh?

Aku adalah kau. Dan kau adalah aku. Mengerti?  *senyum*

Tapi, bagaimana kita boleh berbicara seperti ini? Dan mengapa kau mencariku?

Ah, bagaimana itu, kau tak perlu tau. Mengapa? Sebab aku semakin benci, semakin muak dengan kau ini. *bengis*

Tapi, kenapa? Seingat aku tiada apa yang berubah.

Itulah masalahnya! Kau tidak pernah berubah. Aku dan kau sama. Bezanya cuma kau sudah tidak sekeras aku lagi! Kenapa!

Aku. Aku bosan. Aku sunyi. Aku mahu rakan. Rakan bergelak tawa, rakan peneman bila aku runsing,

Aku kan ada. Apa lagi kau mahukan? Kau sudah lupa?  Tembok yang kita bina sejak dari kita kecil lagi? Tembok yang menghalang dunia luar dari menjatuhkan kita. 20 tahun kita sendiri dalam tembok itu? Kenapa tiba-tiba sahaja kau mahu runtuhkannya? Kau gila! *bengis*

Bukan, aku bukan mahu runtuhkan. Aku cuma mahu bina satu pintu. Agar ada orang boleh sama-sama menemaniku disebelah sini. Itu sahaja.

Kau gila! Jika kau bina pintu itu! Tembok ini akan runtuh! Dan semua orang akan mengetawakan kau! Kau mahu begitu? Kau mahu jadi bahan tawa orang lagi? Kau mahu orang pandang hina lagi? *bengis*

Tak! Bukan itu maksud ku. Aku cuma.

Cuma apa! Kau semakin lemah. Kau semakin berlembut. Tak sepatutnya begitu! Sedangkan keluarga kau sendiri kau letakkan di sebalik tembok ini. Kenapa tiba-tiba sahaja! *bengis*

Aku tahu itu, tapi. Sudah 20 tahun aku begini. Kau tak rasa sudah tiba masanya kita bukakan untuk semua. Berhenti mengunci rapat segalanya? Aku sudah jelak begini!

Kau gila! Itu saja yang aku mahu katakan. Kalau benar kau mahu lakukan. Silakan. Tapi, jangan kau cari aku jika kau jatuh, jika kau diketawakan. Aku sudah bagi kau amaran dan kau sendiri yang tak mahu menerimanya. Selamat tinggal.


Dan saat itu, aku semakin jatuh.

Jatuh terus ke gaung yang dalam.

Tanpa ada sesiapa cuba membantu.

Kali ini, aku mengerti apa maksud aku yang dulu.

Aku perlukan tembok ini.

Amat memerlukannya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

surat buat kau

Selamat.

Apa khabar ya?

Moga sihat-sihat saja.

Maaf.

Itu saja tujuannya.

Aku menulis.

Kerna aku ingin kau tahu.

Aku biasa-biasa saja disini.

Sejak kau pergi.

Aku ambil masa yang lama

Untuk kembali sediakala.

Tapi.

Aku belum lagi pulih.

Jadi tolong ya?

Jangan dekati lagi.

Aku takut aku kembali terjatuh.

Oh ya.

Cepat sunggu kau jumpa pengantiku.

Apa kau memang tak punya apa-apa lagi perasaan terhadapku?

Atau semua yang berlaku,

Bagimu hanya ceritera klasik semata?

Terpulang bagi kau untuk menjawab soalanku itu.


Sejak kau pergi.

Aku kembali sendiri.

Ya, sendiri.

Mungkin kau tertanya.

Kenapa?

Tidak mencari penganti seperti mana yang kau lakukan?

Jawapannya.

Aku sendiri tidak tahu.

Aku cuba.

Tapi. Tak berjaya.

Kau pun tahu aku bagaimana gayanya.

Bodoh.

Ego.

Dan loner.

Ingat lagi?

Owh maaf.

Mungkin kau sudah lupa segala-galanya.

Tidak mengapa.

Aku faham.

Aku tidak seistimewa mana.

Cuma sampah yang terbang ditiup angin.


Jangan risau.

Aku tidak berdendam.

Aku cuma mahu meluahkan.

Supaya beban yang telah lama aku simpan dihati.

Hilang.

Supaya resah yang ku alami selama ini.

Terbang. Melayang.


Terima kasih ya.

Kerna masih membaca.

Terima kasih ya.

Untuk segala-galanya.

Bagiku.

Kau yang terindah.


Baiklah.

Sampai disini saja surat aku buat kau.

Orang kata, tak semuanya boleh kita katakan.

Adakalanya elok disimpan.

Jadi.

Itu yang aku lakukan kali ini.

Akhir kata.

Moga bergembira disana.


Selamat.


Yang benar,

Aku.


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/10/11

ada apa dengan cinta?
andai cuma dibuang sesukanya.

ada apa dengan cinta?
andai cuma aku saja yang gila?

ada apa dengan cinta?
andai cuma sementara?

ada apa dengan cinta?
andai rakan-rakan kau buang?

ada apa dengan cinta?
andai aku kau anggap sampah?

ada apa dengan cinta?
jika ianya mainan sahaja?

ada apa?
dan ini bukannya cinta sama tuhan.
ini cinta sama manusia.
ada apa dengan cinta?
kalau aku yang terluka?
aku tahu aku bukan sesiapa.
aku cuma manusia yang gila
hidupnya sendiri.
fikirannya sendiri.
jalannya sendiri.
hatinya sendiri.

aku tahu aku tiada apa.
hanya diri ini.
yang penuh lompong.
yang kosong.
tiada isinya.
cuma kelongsong.
tanpa dalamnya.

maafkan aku ya?
aku tak tahu berbicara.
aku tak tahu berkata-kata.
aku cuma mampu bermadah.
aku cuma mampu membuat helah.

maaf sekali lagi ya?
berkali-kali ku cuba.
beranikan diri.
gagahkan kaki.
kuatkan hati.
tapi malang sekali.
semua terhenti sendiri.
seperti ada kuasa yang menghalang.
menghalang aku untuk buat kau mengerti.

kali ini aku bingung.
apa yang sepatutnya aku lakukan
kau seperti semakin benci.
kau seperti semakin menjauhi.
sedangkan aku.
sedikit demi sedikit.
cuba mendekati.
kerna hati ini makin menarik.

apa kau cuma mahu kawan biasa?
atau insan teristimewa?
aku bingung.
dan puisi ini.
buat kamu.
yang sedang buat aku bingung.

12/9/11

Aku fikir.

Apa yang aku rasa

Betul

Tapi.

Gayanya

Macam

Apa yang aku fikir.

Salah.

Makin lama makin aku tak faham.

Aku makin keliru.

Jadi

Aku rasa.

Aku mahu ikut jalan mudah.

Anggap semuanya tipu.

Selesai masalah.

Dan moga-moga.

Aku masih mampu kedepan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/8/11

Seriously.

Aku makin bosan.

Aku makin penat.

Tolong.

Bilang padaku.

Apa mahumu

Apa inginmu.

Agar senang bagiku

Memahaminya.

Katakan saja.

Boleh?

Jangan bermain lagi.

Sabarku ada batasnya.

Tolong ya?


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/7/11

rasa hati ingin menulis. tapi. akal kata jangan. berhenti menulis buat masa ini. kita tenangkan segalanya. tenangkan hati tenangkan fikiran tenangkan akal. tenangkan diri. tenangkan minda. aku tanya kembali. kenapa? dan dia jawab. sebab, hati kau dah kena curi. akal kau dah kena kunci. apa benda kau mahu tulis lagi? duduk diam dan nikmati. aku tersenyum. betul juga. tak apalah. mari bercuti. dan nikmati.

12/3/11

Tak mengapa.

Aku faham.

Aku bodoh.

Aku kasar

Aku kaku

Aku hodoh

Aku busuk

Aku bangang.

Aku celupar.

Nampak.

Tiada baiknya.

Semuanya buruk.

Yang tidak elok.

Aku mengerti.

Aku senang dilupakan.

Aku umpama bayang-bayang.

Yang wujud bila ada matahari.

Jangan risau.

Aku dah biasa begini.

Sendiri.

Tidak diingati.


Oh ya.

Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Aku minat bercerita.

Tapi selalunya.

Ceritaku tiada yang mahu mendengar.

Jadinya

Aku diam..

Mendengar.

Dan memerhati.

Ceritaku?

Simpan dalam hati.

Buat pekasam sampai mati.


Published with Blogger-droid v2.0.1

akhirnya.

tak apa.
aku faham.
kali ini.
aku akan bangun kembali.
kemas barang-barangku.
dan bergerak.
sendiri.
buat kesekian kalinya.
bolehkan?

Kalau boleh.

Aku mahu minta pada tuhan

Biar aku punya sayap.

Biar aku mampu terbang.

Terbang tinggi ke utara

Terbang tinggi ke selatan

Timur dan barat.


Biar mudah aku pergi.

Dari sini ke sana.

Biar senang aku lupa.

Semua sedih semua sakit.


Tolong.

Permudahkan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/2/11

Bukan senang.

Untuk aku terbuka.

Bukan mudah.

Untuk aku tunjukkannya.

Jadi tolong.

Andai kau mahukanya.

Ambil.

Dan simpanlah ia sehabis baik.

Tolong?

Jangan kau ambil.

Dan bermain dengannya.

Sakit.

Boleh?


Ah.

Bukannya kau baca pun.

Ikutlah..


Published with Blogger-droid v2.0.1

dan. ya. aku serius.

Kau tahu?

Rejection itu menyakitkan.

Lagi-lagi bagi aku.

Sebab itu.

Aku takut.

Takut untuk mula.

Takut untuk berkata-kata.

Bukan apa.

Bila kau ada apa yang aku ada.

Rejection itu umpama panah tepat ke dada.

Menyakitkan.

Jadi.

Tolong.

Andai benar kau mahu,

Katakan padaku.

Biarkan ku tahu.


Bak kata orang tua-tua.

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Apa lagi?

Hint sudah dibagi.

Silakan.

Tolonglah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

"selamat tinggal"

*senyum*

"moga ketemu lagi ya?"

*senyum*

*senyum*

Berpusing.

Dan pergi.

"selamat tinggal sayang"


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/1/11

Sebenarnya

Aku mahu.

Tapi

Aku tak tahu.

Bagaimana caranya.

Kerna aku masih baru.

Jadi.

Tolong?

Tunjukkan?

Boleh?

Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.1

11/30/11

Tak.

Aku tak tahu berteman,

Aku tak tahu berkawan,

Aku tak tahu berdua.

Tolong.

Ajarkan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

11/29/11

maaf.
aku baru tahu.
yang aku belum bersedia untuk buka buku baru.
aku masih di takuk lama.
masih perlukan buku lama.

nota kaki untuk diri sendiri.

sudah la.
bangun la wei.
bangun.
kau dah jauh tersasar ni.
kau dah jauh tersesat.
kau dah lupa janji-janji kau dulu?
kau dah lupa apa kau kata dulu?
jangan.
janganlah ulang benda yang sama.
aku tahu kau penat.
aku tahu kau lelah.
tapi janganlah macam ni.
bangun.
kembali berdiri.
kembali sendiri.
kau bukan lemah.
kau kuat.
simpan balik hati kau tu.
simpan kedap-kedap.
kunci rapat-rapat.
jangan kau berikan kepada sesiapa.
jangan kau lepaskan.

apa gila kau ni?
tiba-tiba nak tutup buku lama.
tiba-tiba nak buka buku baru.
kau dah hilang akal?
buku lama kau tulah yang kau junjung selama ni.
buku lama tulah yang kau jaga selama ni.
sekarang. sesuka hati kau saja kau nak buang?
jangan. jangan.
ini bukan masanya.
belum sampai masanya.
buku lama kau pun masih banyak cacat celanya.
masih banyak rompongnya.
berhenti berangan.
berhenti menipu diri sendiri.
berhenti.


 Ingat
ini bukan kau.
kau yang dulu.
depressed.
kau yang dulu.
sentiasa bertopeng.
kau yang dulu
sentiasa berahsia.
kembalilah kepada kau yang dulu.
kau belum mampu lagi berubah.
kau belum mampu lagi tersenyum.
belum.
ingat stone.
ingat jepun.
ingat arif.
ingat along.
ingat.
kau yang baru ini tipu.
kembali kepada kau yang lama.
kau yang sendiri.


11/21/11

bukubarubukulama.blogspot.com

11/19/11

selamat tinggal.

11/15/11

yang terakhir.

tepat detik 0000 22.11.2011.
segala sampah sarap dalam blog ini akan diprivatekan.
selamat tinggal.

11/14/11

sejujurnya.
aku tak pandai berkata-kata.
aku cuma pandai menulis.
beza tahu?

01

seriusnya.
aku disini, disana, disitu.
ada bezanya.
lain caranya.
kurang pasti andai ada yang perasan.
tapi aku lebih senang begitu.
bukan bermuka-muka.
cuma meletakkan batasan.
kerana aku tak mahu dilabelkan.
tak mahu diklasifikasikan.

sebagai contohnya.
disini.
aku seperti seorang yang hilang arah.
aku seperti seorang yang hilang punca
aku seperti seorang yang patah hatinya.
tapi disini. hanya disini.
hanya mengambarkan sebahagian sisi aku.
sisi gelapku.
yang aku paling benci.

disana,
aku bagai orang gila.
mencaci. memaki.
itu bukan apa.
hanya satu kepura-puraan.
biar orang sibuk
biar orang jengkel.
biar orang benci.
lalu, lupa memandang sisi yang lemah ini.

penat kau tau.
bila kau terpaksa berpura-pura.
bukan sengaja.
cuma perasaan yang satu ini terlalu tebal.
sehinggakan, andai ada yang perasan.
boleh membuatkan aku jatuh. terduduk.
sebab itu sebolehnya, aku cuba tutup.
aku cuba sorokkan.
biar tiada yang perasan.

realitinya.
aku si dewasa yang terlalu kebudak-budakan.
sering memerlukan perhatian.
sering memerlukan kasih sayang
sering perlu dibanggakan.
macam kanak-kanak kecil.
yang hidupnya perlukan di belai.
yang hidupnya perlukan ditatang.

ah, aku perlu berhenti disini.
sebelum lebih besar dada ini kubukakan.
biar ada lagi rahsianya.
sebab insecurities mengajar aku satu perkara.
tidak semua benda perlu ditunjukkan.

*pegang*
"selamat tinggal kawan"
*cium*
*menolak ke atas*
"terbang! terbang tinggi rakan!"
"biar sampai ke puncak awan!"
"biar kau rasa erti bebas!"

11/12/11

*tarik nafas*
*hembus*
ok. dah boleh dah.
kaki satu di depan.
memijak angin.
terus.
jatuh.
laju.
mati.


11/8/11

hello anonymous dari twitter.
boleh berkenalan.
=)

11/7/11

Maaflah.

Aku bukan perahsia.

Cuma malas nak bercerita.

Nak tahu kenapa?

Sebab ceritaku membosankan.

Aku bukan pencerita yang baik.

Aku lagi pandai mengarang cerita dari bercerita.

Sebab bercerita ini susah.

Kau kena pastikan yang ianya menarik.

Kau kena pastikan yang ianya gembira.

Kau kena pastikan yang ianya menyeronokkan.

Tak apa lah.

Biarkan mereka yang ingin bercerita, menceritakan semuanya.

Aku?

Terus senyap menyimpan cerita

Mendengar cerita.


Published with Blogger-droid v2.0.1

11/3/11

Jangan dekat!
Nanti berjangkit.
Takkan dapat diubati.
Takkan dapat diakhiri.

Jangan dekat!
Nanti kau terjebak!
Dah merebak
Pasti rabak.

Jangan dekat!
Nanti kau jatuh.
Jatuh terus
Boleh mati
Published with Blogger-droid v1.7.4

11/2/11

setiap kali.
aku cuma tersenyum.
selebar mungkin.
biar tersorok segala duka.
biar tersimpan semua cerita.

tak apalah.
aku masih boleh hidup.
masih boleh berdiri.
masih boleh sendiri.

11/1/11

satu.
dua
tiga
empat.
eh. banyaknya.
dah pecahkan.
banyak la jadinya.
kalau tak satu je.
nak buat macam mana.
dah kena baling ke dinding.
senyum ajelah.

10/30/11

Tahniah.

Selamat.

Semoga berjaya.


Published with Blogger-droid v2.0

10/29/11

nampak pistol itu?
ambil.
letak ke dalam mulut ku.
jangan lupa tarik picunya.
jangan ragu-ragu.
biar terbang semua isi kepala ku.
biar lenyap semua masalahku.
boleh?

10/27/11

rasa rendah diri dengan merendah diri lain.

bila kau merendah diri.

kau tak membongkak.

kau diam tapi berisi.

kau tak meninggi.

kau tak berbunyi.

tapi bila kau rasa rendah diri.

boleh hancur kau tahu.

semua benda kau lakukan.

kau akan nampak celanya.

semua perbuatan yang kau mulakan.

semuanya tak menjadi belaka.

selalunya orang yang rasa rendah diri.

akan ada perkara yang dia gunakan untuk sembunyikan rasa itu.

ada yang membongkak.

ada yang memekak.

tapi ada juga yang menunduk. diam.

tak mahu bersuara.

kenapa?

kerana dia takut apa yang dia lakukan salah.

kerana dia takut apa yang dia lakukan. tak patut untuk dia lakukan.

kerana dia paranoid. takut jadi bahan bualan.

takut jadi bahan kutukan.

takut.

takut untuk bertindak.

sakit tahu tak rasa rendah diri.

kalau jumpa.

janganlah marah.

tolong dia.

bangunkan dia.

jangan engkau gelakkan.

kasihan dia.

hari-hari memendam rasa.

hari-hari diam seribu bahasa.

menyimpan semuanya

menyorokkan segalanya.

sakit.

sakit sangat.

tolonglah faham.

boleh?
maaflah.
saya tak faham.
maaflah.
saya kurang jelas.
maaflah.
saya tak pandai
maaflah.
saya bodoh.
maaflah.
saya tak tahu.

berhenti marah.
sumpah saya tak tahu.
terlalu lama ianya sendiri.
kurang pasti bagaimana
Apa lagi?
Tunggu apa lagi?
Jalan lah.
Terbang!
Terbang tinggi-tinggi!
Sampai ke puncak awan.

10/26/11

terima kasih.

you are stubborn. you are tough to deal with. but you got something inside you that actually so fragile and soft where only the special person can handle it. so good luck buddy ;)
kau tahu?
tak?
bagus.
jangan ambil tahu.
nanti mati.
susah nanti.
aku dah penat.
penat berlari.
penat mencari.
sekarang.
aku mahu rehat.
tidur.
selama-lamanya.

10/23/11

bebas.
bebas dari semuanya.
terbang tinggi kawan!
maaflah.
aku dah penat dah.
lain kali sajalah.
selamat malam.
maaf.
saya jahat.

Sudahlah.
Sampai bila kau nak sanjung dia?
Tak dapat apa hasilkan?
Dah.
Cukup.
Ingat rakan-rakan.
Published with Blogger-droid v1.6.6

10/21/11

menulis tak susah.
memahami itu yang susah.
macam aku.
bodoh.
sendiri tulis. sendiri tak faham.
pelikkan?

cerita

Ya aku tahu.ini cerita kau.
Tapi aku?
Bagaimana?
Senyap menyimpan semuanya sendiri?
Penat kau tahu.
Published with Blogger-droid v1.6.6
maaf.

sampah.

kadang-kadang.
bila aku baca kembali isi-isi tulisan ku ini.
aku rasa gila.
kenapa?
kerna aku sendiri tak memahami apa yang aku tuliskan.
mungkin hati ini sudah semakin keras.
tiada apa lagi yang tinggal.
cuma batu yang tidak bergerak.
diam di situ memenuhkan ruangan dalam dadaku.
tak apalah.
kita duduk diam.
kita tarik nafas panjang-panjang.
selesa?
lupakan semuanya.
dan kembali ke sana.
membatu.

10/17/11

nombor dua.

Kau tahu Yang pertama selalunya yang gagal.
Yang pertama selalunya sesi pembelajaran.
Yang pertama selalunya percubaan.
Dan yang pertama ini,
Selalunya gagal.

Kau tahu.
Yang pertama ini jarang sekali bertahan.
Yang pertama ini masanya kau mengerti.
Yang tak semua benda itu mudah. Yang tak semua benda itu indah.
Yang tak semua benda itu cantik.
Faham?
jadi?
tolong.
jadi yang kedua.

10/13/11

Terbang.terbang tinggi.
Jangan mati lagi.
Published with Blogger-droid v1.6.6

10/12/11

hai.

Senyum.
"hai"
"sihat?"
"kurang"
"bagaimana sekarang?"
"sama seperti dulu"
Senyum.
"aku rindu kau"
Senyum.
"maaf"
"tapi. Kenapa?"
"kita tak mungkin seperti dulu"
Senyum.
Berlalu pergi.
Aku?
Senyum.
Melangkah sayu.
Published with Blogger-droid v1.6.6

10/8/11

Penat tulis panjang-panjang.
Lawa-lawa.
Terlupa nak save.
Terus hilang.
Menangis kau tau.
Published with Blogger-droid v1.6.6

10/7/11

i just love the feeling of being alone. but sometimes i also need companions. anyone interested?

maafkan saya ya?

Maaflah.
Saya 'orang kampung'
Yang kononnya penuh tatasusila
Yang kononnya tinggi budi bahasa
Yang kononnya elok cara cakapnya.

Maaflah.
Saya 'orang kampung'
Tidak pandai bergaya.
Tidak pandai bermesra
Tidak pandai menilai
Tidak pandai berbicara.

Maaflah.
Saya 'orang kampung'
Tak sehebat awak.
'orang bandar'

Published with Blogger-droid v1.6.6

10/6/11

malam ini

Malam ini
Aku rasa
Apa yang kau selalu rasa.

Malam ini.
Aku mengerti
Apa yang kau lalui.

Malam ini.
Aku pertahankan.
Apa yang kau perjuangkan.

Dan malam ini juga.
Aku tewas.
Tewas di tangan mereka yang ego.
Yang merasakan mereka yang benar.
Yang merasakan mereka kuat.
Walau hanya mengikut.

Jangan risau kawan.
Satu masa nanti.
Kita bangkit.
Kita bangun.
Kita pasti melawan kembali.
Pasti.
Published with Blogger-droid v1.6.6

10/4/11

diam diam

Diam diam
Hati nak berkata.
Diam diam
Akal nak bersuara.
Diam diam
Published with Blogger-droid v1.6.6

9/27/11

Hei gadis jauh!

Hei gadis jauh!
Selamat tinggal.
masa untuk aku pergi.
moga gembira.

9/26/11

Hei gadis jauh!

Selamat pagi!
bangun!
pagi ini sungguh indah.
nikmatilah!

9/25/11

Hei gadis jauh!

selamat malam gadis jauh.
aku ingin tidur sebentar.
jumpa lagi malam nanti.
jangan lupa singgah dalam mimpi ku.

Hei gadis jauh!

selamat siang gadis jauh.
mari makan.
saya lapar.

Hei gadis jauh!

hai gadis jauh. selamat pagi.
moga hari ini ditempuhi dengan mudah.

9/24/11

Hei gadis jauh!

selamat sore gadis jauh.
moga tidurmu enak selalu.
sejujurnya.
aku telah jatuh hati.
tapi aku malu.
malu untuk membuka langkah.
segan untuk memulakan bicara.
kerna, aku tahu segala kekurangan ku.
membuatkan aku hilang rasa bangga.
jadi.
seeloknya.
sebolehnya.
aku harap biar engkau yang memulakan bicara.
memecahkan kensunyian ini.
sebab aku malu.

9/23/11

Hei gadis jauh!

hei gadis jauh. apa khabar?
sihat sentiasa?
baguslah.

9/17/11

I wonder what happen if I open my heart for rent.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/13/11



pembelajaran adalah satu proses yang memenatkan.
yang menyusahkan.
dan menyakitkan.
tapi kalau kau pandai adaptasi proses ini.
mungkin ia akan jadi lebih elok.
lebih bermakna.
lebih tahan lama.
malangnya.
nama pun remaja.
masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
takda guna.

Kau nampak kertas tisu itu?
Terbang ditiup angin.
Melayang-layang.
Tanpa tujuan.

Kau nak jadi begitu?
Terus-terusan hanyut.
Dibuai
Terbuai.
Terus-menerus melayang.
Tanpa arah tujuan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/12/11

Makin lama.
Makin sikit
Makin lama
Makin kurang
Makin lama
Makin kosong.
Apa nak jadi ni
Susah la macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/8/11

Benda yang kita nak.
Selalunya tak dapat.
Benda yang dapat.
Tak selalunya apa yang kita perlukan.

Apa perlu buat?
Senyum dan terima seadanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4
diam. Diam! DIAM! hati nak berbicara.

9/5/11

malam ini juga.
hati ini mula terbuka.
mata ini kembali bersinar
akal ini kembali berputar.
mengenang segala apa yang berlaku.
belum tentu ada hikmahnya.
tapi hidup ini bukan ada tombol pausenya.
boleh diberhentikan bila suka
jadi satu saja rasa perlu
terus kedepan kebelakang jangan.
kadang kala
putaran hidup ini tidak seperti apa yang kita mahukan
jadi.
seandainya ia berlaku
teruskan hidup tanpa perlu memandang ke belakang.

satu

makin lama rasanya makin hilang
makin lama rasanya makin pudar
makin lama rasanya makin sikit
makin lama rasanya makin padam

mungkin kerana rasa itu sudah hilang
mungkin kerana rasa itu sudah pudar
mungkin kerana rasa itu sudah sikit
mungkin kerana rasa itu sudah padam
Mula saat ini.apa saja yang terlintas yang teringat akan ditulis disini. Tak kira sama ada ianya lengkap terabur atau mengarut.segalanya akan ditulis disini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/4/11

hati di malam hari.

Malam itu
Sedang aku sendiriaku buka dadaku
Ku kepakkan ke kiri
Ku kepakkan ke kanan.
Dan ku keluarkan hatiku.
Kotor. Berhabuk.

Aku capai bekas air di hujung.
Danku ambil kain koyak di belakang.
Bersih sebersihnya aku gosok
Aku sental
Dan aku lapkan.

Aku letakkan ia dibawah sinaran bulan.
Biarkan ia ditiup angin malam
Biar lembut hatiku ini.
Biar segar hatiku ini.

Merahnya kembali pekat.
Pergerakannya kembali tangkas.
Aku terswnyum puas.
Bangga dengan hasil kerjaku ini.

Aku angkat.
Dan ku simpan kembali.
Letakkan ia didalam dada,

Moga-moga.
Ada yang sudi mengambilnya.
Ada yang sudi menjaganya.
Moga-moga.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/3/11

Malam ini kita tersenyum
Malam ini kita ketawa
Malam ini kita gembira

Kerna esok belum pasti adanya lagi
Belum tentu wujudnya lagi
Perasaan itu.
Yang makin menghilang.

8/21/11

sampah.
kalau kau puja.
pun boleh jadi raja
tahi.
kalau kau sanjung.
pun boleh jadi ketua.
kau.
kalau tak ada pegangan.
semua benda pun kau julang.
jijik jadinya tahu?

8/16/11

kali ini aku buka lagi pintu hati ini.
biar senang yang datang.
mampu pulang bawa cebisan.
agar aku tidak keseorangan.
bersedih kesepian.

kalau ditanya mengapa begitu?
aku sendiri pun tak tahu
mungkin sudah bosan aku menyendiri.
kini mencari teman agar tidak lagi kebosanan.
menghadap hidup sendiri. senyap tanpa ada apa-apa peneman.

tapi aku lupa.
bukan semua boleh jadi peneman.
bukan semua boleh jadi rakan
bukan semua boleh jadi sahabat.

ada yang tipu.
ada yang dusta
ada yang gila
semuanya hanya berpura-pura agar senang hidupnya kelak.
aku faham.

8/13/11

hai sang hati.
masih lagi retak?
tidak mengapa.
mungkin patut kita tunggu lagi rasanya
sebelum benar-benar diserahkan hati ini kepada yang meminta.
lagi elok jika dibiarkan saja rasanya.
mungkin.

=)

8/3/11

sudah cukup 20 tahun aku hidup.
hampir 19 tahun setengah aku membazir.
membuang masa mencari dunia.
ya aku tau yang aku bodoh.
sibuk mengejar dunia
tapi aku manusia biasa.
yang lebih senang memikirkan tentang dunia yang di depan mata.
daripada sibuk menjadi si gila yang lupakan dunia terlalu ingatkan tuhan.
aku bukan apa, aku hanya ingin jadi manusia yang berjaya di dunia.
selesa gembira bahagia.
namun semuanya hanya angan-angan sahaja.
sialan. =)

7/31/11

I wanted so badly to lie down next to her on the couch,to wrap my arms around her and sleep. Not fuck, like in those movies. Not even have sex. Just sleep together,in the most innocent sense of the phrase.But I lacked the courage and she had a boyfriend and i was gawky and she was gorgeous and i was hopelessly boring and she was endlessly fascinting. So i walked back to my room and collapsed on the bed. thinking that if people were rain, iwas drizzle and she was a hurricane

7/24/11

dua.

"sialan, rokok aku habis" aku terus-terusan menyumpah sambil membaling kotak dunhill 20 terus ke luar pintu. otak pusing, kepala pening, badan sakit , hati terbakar. aku tak tahu apa yang berlaku. yang aku tahu. aku kehabisan rokok. aku pandang ke dalam bilik. dia masih nyenyak tidur di situ. "ah, kalau ditinggalkan sebentar tiada apa-apa yang mungkin berlaku" lantas aku bangun mencapai tshirt ku yang bersepah merata-rata. aku pusing mencari kunci rumah. habis segalanya aku leraikan mencari kunci rumahku. tidak berjumpa. sialan. sialan sialan. aku memaki hamun mencarut menyalahkan segalanya. kepalaku semakin pening. tak larat lagi kakiku menampung badanku. kandungan nikotin didalam badanku sudah hampir ke paras kosong. aku perlukan nikotin. penyambung nyawa. mata semakin berat. kepala semakin sakit.
"nah" katanya.
aku pusing. terlihat sekotak marlboro dihulur. aku mencapai dan mengambil sebatang terus kemulutku. dia menolong ku menyalakan apinya. dan terus, aku tarik sedalam yang mungkin.
hilang segala sakit kepala, segalanya kembali ringan. "terima kasih" dia tersenyum. aku tersenyum. terus ku tarik dia kedalam pelukan ku. lemas.

7/17/11

"kita berpisah. kau dan aku tidak lagi sehaluan" kata dia sambil bangun dari pembaringan. aku yang sedang kepenatan mengengsot duduk memandang terpinga-pinga. "kenapa?" sambil aku memerhatikan dia mengutip kembali persalinan dia di atas lantai bersepah.Tanpa memandangku dia diam membisu terus menyarung kembali pakaiannya."Selamat tinggal. ini kuncimu aku pulangkan kembali." aku masih terkedu, diam terpaku tak tahu apa yang sedang berlaku.Dia terus menyarung kasutnya dan bergerak ke pintu. aku? aku terus bangun, memakai seluar, bergerak ke balkoni tingkat 24. aku pandang ke bawah. aku pandang ke belakang. aku pandang lagi ke bawah. diam. aku menunggu suara dia memanggilku tapi tiada. tanpa berfikir. aku panjat pagar besi balkoni. bersedia.ku gerakkan kaki ku kehadapan memijak angin. sebelah lagi kaki ku ke depan. dan disaat itu sayup-sayup dia menjerit.

7/3/11

Polaroid 636 instant camera for sale

polaroid 636 land for sale.
condition 9/10 .
siap kotak manual semua siap lengkap.
filem boleh beli di the click shop atau dimana-mana yang ada jual filem die.
rm 350 nego till let go.
if interested can call or sms to this number 017-6588004
thank you.





6/27/11

malam ini juga.
hati ini mula terbuka.
mata ini kembali bersinar
akal ini kembali berputar.
mengenang segala apa yang berlaku.
belum tentu ada hikmahnya.
tapi hidup ini bukan ada tombol pausenya.
boleh diberhentikan bila suka
jadi satu saja rasa perlu
terus kedepan kebelakang jangan.

6/16/11

love is something that us will never understand.

6/13/11

percubaan gagal

hello there!
*senyum*
hello there!
*senyum*
hello there!
*cuba untuk senyum*
hello?
*sedih*
hello??
*berpaling dan terus pergi menyendiri*

5/30/11

ajarkan aku erti cinta
kerana hati ini tidak tahu apa itu cintanya
kerana hati ini tidak tahu apa rasanya cinta
kerana hati ini tidak tahu apa maknanya cinta

ajarkan aku erti cinta
agar aku bisa tersenyum sama seperti kamu
yang sedang bahagia menikmati cinta
agar aku bisa bahagia sama seperti kamu
yang sedang gembira merasakan cinta

ajarkan aku erti cinta
hati ini perlukanya.
untuk terus mekar, untuk terus membesar.
agar hati ini tidak kosong,
agar hati ini merah menyala disinari cinta.

ajarkan aku makna cinta.
kerna aku mahukanya.
kerna aku inginkanya
kerna aku perlukanya
supaya tidak hilang diri ini,
dalam gelap malam seorang diri.
memeluk lutut menangisi.
tanpa cinta.

5/26/11

hai.
awak cantik sangat.

5/25/11

hello.
my name is Arif.
and i'm not the person who homosapiens love to befriended with.
i'm a sociopath and i dont know how to make a conversation with another homosapiens in real life.
nice to meet you.

5/24/11

hello there little girl!
what are you doing in that corner of the room?
here i am wanna know you wanna meet you
and you are hiding there in that corner?

tell me why oh my beautiful girl.
tell me why..

5/12/11

apa boleh buat.
senyum.
pusing.
terus ke hadapan.

=)

4/26/11

si pujangga pernah berkata
yang kuat akan menang
yang lemah akan mati
dan disini, berkumpulnya
mereka yang kuat, yang kental
disanjung, di puji , di puja.

oh bagusnya, ini yang kita mahu.
berlumba menjadi yang terbaik
berlumba menjadi yang teratas
berlumba menjadi yang pertama
berlumba menjadi yang terhebat

apa gunanya?
apa puncanya?
hai anak muda.

apa gunanya kau menjadi yang terbaik
andai rakanmu tengelam lemas

apa gunanya kau menjadi yang pertama
andai kau pijak sahabatmu sendiri?

sudahlah. hentikan ini semua
berhentilah memuja yang diatas
berhentilah mengeji yang dibawah
kerna kadangkala yang diatas ini
tiada pengalaman hidupnya.
tiada warna coraknya
dan kadangkala yang dibawah ini lebih baik, lebih elok.
lebih warna warni.

apa hasilnya?
yang lemah terus lemah
yang kuat terus bongkak
mendabik dada, berlagak, bangga.

jadi, apa kata kita berhenti
memuja yang kuat ini
mari kita duduk, bersama, bersatu yang kuat dan lemah.
sama-sama memacu melakar dunia.
agar nanti anak-anak kita,
tidak mengenal pangkat,
tidak mengenal bangsa
hanya kau, aku.
sama-sama berjaya.

Anak Muda.

Hai anak muda
masih lena tidurmu?
Bangkit dan bangunlah
buka matamu, buka mindamu
usah terus menelan yang batil

Hai Anak muda
dunia ini milik kita
dunia ini anak muda yang punya
hak kita untuk kita lakarkan
hak kita untuk diwarnakan

usah dibiarkan si tua itu
yang mudanya dizaman lepas
yang zamannya tak mampu dicorakkan sendiri
lantas digadai masa kini agar tercapai impian lampau mereka

hai anak muda
usahlah bermimpi lagi
hentikan angan-anganmu
jangan biarkan si tua itu terus memacu
kita si anak muda ini
mundur ke waktu dahulu
kerana mereka yang tidur semasa demokrasi
akan tersedar di dalam cengkaman si kuku besi.

4/21/11

it's been such a long time since my heart is broken into little pieces.
and all the time since that sad day is used for me to mend the little pieces into a complete useful heart.
but although all the time used to fix it. i still can't make it happen.
and that my friend, conclude that i am an useless god's creation.
the end.

3/19/11

kadang kala
putaran hidup ini tidak seperti apa yang kita mahukan
jadi.
seandainya ia berlaku
teruskan hidup tanpa perlu memandang ke belakang.

2/25/11

it's a fact that we need to change

 from our persepective.
the world is an unknown place that we need to explore to live.
and we always dies in the process.
so why bother fight if we know we will lose.

-kids-

2/20/11

gua konpem gagal CITE sem nie. hehehe





tekan gambar untuk lebih jelas

2/17/11

kau tahu
hari-hari macam nie
konpem
pasti
mati.

2/15/11

so can i get a wish
to end this politics.

2/14/11

kepala ni makin lama makin bengap.
ada sesiapa tahu kenapa?

1/30/11

otak kalau dah tepu
susah
hati kalau dah mati
bahaya
haish
rasa hati makin mati
rasa diri makin lari
semua benda asyik tak jadi
macam sial macam babi

tak tahulah apa nak jadi
kelas semua haram tak pergi
belajar keluar telinga kiri
tidur pasti lupa diri
ini macam boleh mati

1/9/11

kadang kadang.
hidup ini takkan ikut macam apa yang kita nak
jadi
apa yang perlu kita buat.
kita ikut apa yang hidup ini nak