9/27/11

Hei gadis jauh!

Hei gadis jauh!
Selamat tinggal.
masa untuk aku pergi.
moga gembira.

9/26/11

Hei gadis jauh!

Selamat pagi!
bangun!
pagi ini sungguh indah.
nikmatilah!

9/25/11

Hei gadis jauh!

selamat malam gadis jauh.
aku ingin tidur sebentar.
jumpa lagi malam nanti.
jangan lupa singgah dalam mimpi ku.

Hei gadis jauh!

selamat siang gadis jauh.
mari makan.
saya lapar.

Hei gadis jauh!

hai gadis jauh. selamat pagi.
moga hari ini ditempuhi dengan mudah.

9/24/11

Hei gadis jauh!

selamat sore gadis jauh.
moga tidurmu enak selalu.
sejujurnya.
aku telah jatuh hati.
tapi aku malu.
malu untuk membuka langkah.
segan untuk memulakan bicara.
kerna, aku tahu segala kekurangan ku.
membuatkan aku hilang rasa bangga.
jadi.
seeloknya.
sebolehnya.
aku harap biar engkau yang memulakan bicara.
memecahkan kensunyian ini.
sebab aku malu.

9/23/11

Hei gadis jauh!

hei gadis jauh. apa khabar?
sihat sentiasa?
baguslah.

9/17/11

I wonder what happen if I open my heart for rent.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/13/11



pembelajaran adalah satu proses yang memenatkan.
yang menyusahkan.
dan menyakitkan.
tapi kalau kau pandai adaptasi proses ini.
mungkin ia akan jadi lebih elok.
lebih bermakna.
lebih tahan lama.
malangnya.
nama pun remaja.
masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
takda guna.

Kau nampak kertas tisu itu?
Terbang ditiup angin.
Melayang-layang.
Tanpa tujuan.

Kau nak jadi begitu?
Terus-terusan hanyut.
Dibuai
Terbuai.
Terus-menerus melayang.
Tanpa arah tujuan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/12/11

Makin lama.
Makin sikit
Makin lama
Makin kurang
Makin lama
Makin kosong.
Apa nak jadi ni
Susah la macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/8/11

Benda yang kita nak.
Selalunya tak dapat.
Benda yang dapat.
Tak selalunya apa yang kita perlukan.

Apa perlu buat?
Senyum dan terima seadanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4
diam. Diam! DIAM! hati nak berbicara.

9/5/11

malam ini juga.
hati ini mula terbuka.
mata ini kembali bersinar
akal ini kembali berputar.
mengenang segala apa yang berlaku.
belum tentu ada hikmahnya.
tapi hidup ini bukan ada tombol pausenya.
boleh diberhentikan bila suka
jadi satu saja rasa perlu
terus kedepan kebelakang jangan.
kadang kala
putaran hidup ini tidak seperti apa yang kita mahukan
jadi.
seandainya ia berlaku
teruskan hidup tanpa perlu memandang ke belakang.

satu

makin lama rasanya makin hilang
makin lama rasanya makin pudar
makin lama rasanya makin sikit
makin lama rasanya makin padam

mungkin kerana rasa itu sudah hilang
mungkin kerana rasa itu sudah pudar
mungkin kerana rasa itu sudah sikit
mungkin kerana rasa itu sudah padam
Mula saat ini.apa saja yang terlintas yang teringat akan ditulis disini. Tak kira sama ada ianya lengkap terabur atau mengarut.segalanya akan ditulis disini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/4/11

hati di malam hari.

Malam itu
Sedang aku sendiriaku buka dadaku
Ku kepakkan ke kiri
Ku kepakkan ke kanan.
Dan ku keluarkan hatiku.
Kotor. Berhabuk.

Aku capai bekas air di hujung.
Danku ambil kain koyak di belakang.
Bersih sebersihnya aku gosok
Aku sental
Dan aku lapkan.

Aku letakkan ia dibawah sinaran bulan.
Biarkan ia ditiup angin malam
Biar lembut hatiku ini.
Biar segar hatiku ini.

Merahnya kembali pekat.
Pergerakannya kembali tangkas.
Aku terswnyum puas.
Bangga dengan hasil kerjaku ini.

Aku angkat.
Dan ku simpan kembali.
Letakkan ia didalam dada,

Moga-moga.
Ada yang sudi mengambilnya.
Ada yang sudi menjaganya.
Moga-moga.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9/3/11

Malam ini kita tersenyum
Malam ini kita ketawa
Malam ini kita gembira

Kerna esok belum pasti adanya lagi
Belum tentu wujudnya lagi
Perasaan itu.
Yang makin menghilang.