7/30/09

-dan aku orang gila yang cintakan dunianya.
-dan aku orang gila yang cintakan dunianya.

7/25/09

dulu berteman.
berkawan.
bersama.
tapi malang
tak lama.
sebentar sahaja.

dulu berjanji.
besumpah setia.
tapi sayang.
semua dusta.
mainan mata.

dulu berikrar.
mengaku cinta.
tapi rupanya.
sekelip mata.
hampa..

apa guna?
hampas.

7/20/09

123

1234.
kira-kira tak dapat.
yang dipegang terlepas.
yang dikejar melepas.

1234.
dihati terpikat.
di kaki terikat.
malam-malam teringat.
dua-dua di jerat.

1234.
yang itu melekat.
yang ini melekat.
di hati da rekah.
semua di pecah.

1234.
tembelang meretak.
kaki da berat.
yang itu melepas.
yang ini terlepas..

7/16/09

hari ini.
satu pesanan ringkas masuk.
aku buka.
"saya rindu kamu"
padam pesanan itu.

malam ini.
satu pesanan ringkas masuk.
aku buka.
"saya rindu kamu"
padam pesanan itu.

sebentar tadi.
satu pesanan ringkas masuk
"saya rindu kamu.tapi mengapa"
aku balas.
"pergi dan kembali.mengapa?
masih tersagat hati ini"


sekarang.
dia membalas.
"maaf."
aku?
senyap.
berkaca mataku.


-tamat-
betul ke hidup ni perlukan seseorang?
perlu berteman.
perlu berdua
perlu bertiga.
tak mampu nk berseorang.
betul ke?

betul ke hidup ni macam lalang.
ditiup angin menurut.
dipijak orang menunduk.
dipotong orang mengalah.
betul ke?

betul ke kau benar dan aku salah?
kau benar sentiasa dan aku tak bisa mengaku kesalahan.
yang kau tidak benar tapi ego mu terlalu tinggi dijulang.
mengapa?

betul ke yang dalam dunia ni dah tiada lagi yang lain.
sampaikan kau sanggup makan lebihan itu.
sampai kau sanggup membisu kerana lebihan itu.
apa ertinya lebihan kalau sudah dijamah terlebih dahulu.
mana maruah mu?

betul ke?
mengapa?
jawapan?
tiada.
apa guna!


-tamat-

7/14/09

MotherFuck!

7/10/09

hei..
saya single tapi tidak available..
hei..
im taken
hei..
im single.love me!
hei im taken,tapi masih available..

hei!!!!!!!
sampai bila?
nak hanyut dalam angan-angan gila tu??
sampai bila?
nak terus melayang dalam mimpi tu??
sampai bila??

jalan cerita kita tak pendek.
bukan macam drama melayu 30 minit.
jalan cerita panjang lagi.
masih jauh.
hujungnya belum tentu.
dan kita..
suku jalan pun tak sampai lagi.


apa yang kau perlukan?
kasih sayang?
perhatian?
tipu semua tu..
dusta semata-mata..
hanya nak tutup ego yang konon nya kau berpunya.
kau berteman.
walahal.
temannya hanya sebentar.
bertukar-tukar...

hati ini bukan macam sampah..
boleh dibuang,boleh ditukar,boleh dikitar semula sesuka hati.
tapi hati ini.
macam permata..
dijaga,ditatang,dijulang,disimpan rapi,
sebab hati ini hanya satu.
dan bila ia pecah.
bukan mudah untuk menyatukan ia kembali...


tapi kau!
jalan cerita baru 5 minit.
tapi hati kau da pecah,
dah retak.
berkali-kali.
tak dijaga.
tak disimpan.
apa guna??

susah la ini macam...


-tamat-

7/6/09

maaf, ia sudah pecah di jalanan

sendiri.
merenung.
*pecah*

lihat.
memandang sepi.
berhenti.

melihat kembali.
rasa?
sayu.
berhenti.


melihat kehadapan.
memandang kebelakang.

membongkok..
dipungut kembali yang pecah itu.
di basuh,di cuci.
dikeringkan.

senyap..
mengalir deras bak hujan lebat.
pilu.

ok sayang,
mari kehadapan.
terus kehadapan.

yang di belakang.
biarkan di belakang.
biarkan ia menghilang.

dipujuk hatinya.
dibelai dirinya..
maaf,ia sudah pecah di jalanan..

=)

-tamat-

7/1/09

rakan.
sahabat.
teman.
membe!.
ha9.
maksud yang sama.
pembawaan yang berbeza.
pengertian yang berlawanan..


pendek kata.
semua tiada makna.
hanya perkataan.
untuk membuktikan keegoan.
yang kita bukan bersendirian.


mengharap kawan selamanya?
mimpi dusta la!.
mana pernah ada ungkapan tu.
tipu ja.

sia-sia,
takda guna.


-tamat0-

teman.rakan.

hari ini.
berjumpa.
senyum. =)

esok.
berjumpa lagi.
senyum =)

lusa.
kembali bertemu.
senyum. =)

pertemuan singkat.
perjalanan panjang.
hati?
berpaut.
berkenalan?
sebentar.
bertahan?
sebentar..

mana arah tujuan?
mana puncanya?
mana konklusinya?
tiada.
haha....

berhenti.
berpusing.
senyum. =)
tapi hati menangis..
kenapa??

haluan berbeda rupanya.
berkawan kembali...


-tamat-