12/24/11

cerita baru, bahagian 1


Suara manusia yang meminta tolong sayup kedengaran di  telingaku. Suara yang selalu aku dengar di kampus. Suara yang selalu aku dengar di dalam rumah. Suara rakan sebilikku. Aku buka mata yang tadinya berat dan masih lagi pening kepala.  Dimana dan bagaimana aku boleh berada disini, aku sendiri pun tak tahu. Yang pasti, di tengah-tengah bilik ada satu meja penuh dengan alatan-alatan yang aku tak tahu apa gunanya. Dibawah mentol bulat yang bercahaya itu dapat ku lihat punca suara yang meminta tolong tadi, terikat di kerusi tak mampu bergerak. Mulut tak henti-henti menjerit meminta tolong. Matanya merah, menangis ketakutan agaknya.
Aku bangun berdiri, cuba menyesuaikan pandangan dengan tahap cahaya yang kurang. Apabila aku rasakan yang pandangan aku dah berjaya sesuaikan dirinya, aku mula bergerak ke arah rakan sebilik aku yang terikat itu. Tersenyum tiba-tiba aku melihat dia dalam keadaan kurang upaya. Ikatan di tangan dan kakinya membataskan pergerakan dirinya. Seperti ada satu kepuasan dalam diri ini melihat dia begitu.
                Aku bergerak mendekati meja yang penuh dengan alat-alatan tajam itu. Aku perhatikan satu-persatu. Apa fungsinya ditinggalkan di situ. Seperti ada satu suara di mindaku menyuruh aku mencuba satu persatu alatan-alatan di atas meja itu. Menyuruhku mencubanya di tubuh badan rakan sebilikku. Aku keliru. Patut ke aku buat begitu? Ah, akal selalu menipu. Aku tak tahu yang mana satu jalan yang patut aku tuju.

12/22/11

kali ini.
aku mahu bercerita.
tentang seorang manusia.
yang keras hatinya.
yang tetap pendiriannya.
yang gagah setiap langkahnya.

tapi bila ada sang jelita
menyebar cinta.
dia terjatuh.
cair.
layu.

tapi rupanya.
sang jelita cuma berdusta.
dia ingin lihat
manusia ini, jatuh.
terduduk, melutut.
mengharap cinta.

kononnya manusia itu.
terlalu angkuh.
terlalu seronok
tanpa cinta.
dia rasa dengki melihat manusia itu.

sekarang ini.
manusia itu.
sudah berasa malu.
tertipu dengan si jelita.
jadi dia janji.
akan terus menjadi dia yang dulu
si keras hati yang tak percayakan cinta.
tamat.

12/18/11

kali ini
aku janji.
dengan diri.
sampai mati.
aku nak bersendiri.
pergi mati.
sama hati.

12/17/11

puisi tak menjadi.

semalam.
ada orang kata.
aku sunyi.
hati aku kosong.
ah.
hati.
hati aku dah lama mati.
hati aku dah lama tiada lagi.
aku dah lama lupa yang aku punya hati.

pembetulan.
aku bukan sunyi.
aku sepi.
hati aku tak kosong.
hati aku penuh.
penuh dengan benci.
penuh dengan perasaan hasad dengki.

betul. tak tipu.
aku benci mereka yang punya hati.
aku dengki mereka yang gembira bersama sang hati.

12/16/11

nota kaki untuk diri sendiri.

hei babi.
tak sedar-sedar diri lagi?
pergi matilah macam ni.
nampak baseball bat tu?
ambil.
dan hentakkan ke kepala kau sendiri.
kalau boleh biar sampai mati.
sebab sakit hati ni.
belum tentu boleh diubati lagi.

sapa buat bahan memang aku maki. serius tak tipu.

hei.
mari.
duduk disini.
bersila didepan ku.
dan ceritakan kepada ku.
kenapa kau buat begitu?
kenapa kau tipu?
kenapa kau pecahkan hatiku?

hei.
mari.
duduk disini.
bersila didepan ku
dan dengar cerita ku.
orang kata kau suka aku.
aku?
aku pun tak tau.
yang aku ada hati pada kau.
aku cuma mengikut.
bila kau mula mengorak langkah.
aku bukan penonton cerita melayu.
aku tonton sebab kau tonton juga.
aku bukan rajin sangat nak keluar malam.
aku kelaur sebab kau yang ajak.
sikit-sikit.
hati ini berbunga.
iyelah.
dah lama dia beku.
takda orang ambil tahu.
mana tak tumbuhnya bunga.
tapi bila kau kata.
kita cuma kawan sahaja.
aku rasa macam ada shotgun dalam mulutku.
dan peluru nya laju menembusi tengkorak ku.
kau tahu macam mana rasanya tu?
aku manusia berego tinggi.
amat tinggi.
tanyalah rakan-rakanku.
mesti mereka tahu.
yang aku tak tipu.
tapi sebab kau.
ego tu aku buang walaupun
aku pasti
tindakan aku itu.
akan buat aku mengaduh.
sakit.
dan bila kau kata.
"aduh, macam mana kau boleh suka aku"
ego tu terbaring gelakkan aku.
aku?
patah seribu hatiku.
macam direntap jantungku.
bukan sebab ditolak.
sebab soalan bodoh yang kau tanya itu.
serius.
aku marah.
aku bengang.
aku tak pernah ada wanita yang baik dengan aku secara realiti.
tak pernah ada wanita yang ajak aku keluar makan.
tak pernah ada wanita yang ajak aku tengok wayang.
kau yang pertama dalam 2 tahun ini.
mana tak cair hati ini.
tapi kau tanya soalan bodoh macam tu.
buat aku nak ambil kapak datang rumah kau.
dan hayun tepat keleher kau tahu.
serius tak tipu.


hei.
mari sini.
jangan lari.
aku dah kembali steady.
tiada perasaan marah lagi.
cuma terkilan.
tak apalah.
aku faham.
selamat tinggal.
oh ya.
dengarnya kau sakit.
moga cepat sembuh,
dan ini yang terakhir untuk kau.
sebab lepas ni.
aku nak terus melangkah kaki.
kehadapan.
tanpa memandang ke belakang lagi.
@ericamicheal follow aku.
bangga sikit di situ.
=)

12/14/11

seketul hati.

dua tahun
aku menyendiri.
lepak bersama teman-teman lelaki
mencemburui mereka yang punya kekasih hati

dua tahun.
aku bersembunyi.
menahan diri.
mengurung hati.
kerna aku tahu aku tak punya apa-apa untuk memiliki.
kekasih hati.

sedih hati ini
sebab tiada yang mengerti.
semuanya mengeji.
bagaikan aku tak punya hati.

berkali-kali
aku jatuh hati.
tapi akal ini kuat lagi.
menahan diri.
dari melakukan perkara yang merosak diri.
jadi aku kembali.
sendiri.
sepi.

mungkin ini
jalan cerita aku sendiri.
munkin patut sahaja aku menerima dengan rasa rendah diri.
biar mati sama hati.
kita hidup sendiri.
bersama akal yang tak pernah menyepi.
terima kasih orang gila.
aku masih mampu berdiri.

12/11/11

bak kata orang tua-tua.
bak kata movie melayu biasa.
loser mana boleh bercinta.
baik duduk berseorang sahaja.
haha
aku lupa.

pikirnya begini. tapi.. 2

Tak mahu?
Owh.
Maaflah.
Silapku
Kurang faham 
Maksudmu.
Takpalah. 
Buat penat saja aku bersihkan kunci ini.
Sebentar ya. 
Mahu pasang sayapku.
Terbang ke atmosfera.
Dan balingkan kunci ini.
Terus ke matahari.
Biar hancur.
Biar hilang.
Dan hati ini.
Selama-lamanya terkunci.
Tanpa boleh dicuci 
Tanpa boleh dilihati.
Lagi.
Selamat tinggal.

pikirnya begini. tapi..

Oh hai.
Aku ada satu cerita.
Semalam sedang aku kemas rumah.
Aku jumpa satu kunci.
Kuncinya kecil, pelik
Ada karat-karat di sana sini.
Aku ambil, aku cuci. 
Kasi cantik. Kasi bersih.
Sambil tu. Otak aku berpusing.
Memikirkan. Apa guna kunci ini.
Setelah puas aku memikir. 
Aku akhirnya teringat.
Apa gunanya kunci ini.
Ianya kunci mangga 
Yang pernah ku buang dulu.
Yang mangganya, kalau dibuka.
Boleh guna buat isi hatiku.
Boleh guna buat curi hatiku.
Jadinya. 
Aku mahu bertanya pada kau.
Mahu kunci ini?
Kerna, jika kau tidak mahukanya,
Ingin kembali aku buangkanya.
Bagaimana? 

*monolog*

Helo. *senyum*

Siapa kau? Kenapa kau disini?

Kau tak kenal aku? Kau lupa siapa aku? *senyum*

Tak. Siapa kau! Apa kau mahu?

Aku adalah kau. Kau yang dulunya kau junjung. Yang sekarang ini kau buang. Dan kau gantikan aku dengan kau yang lemah ini. *senyum*

Huh?

Aku adalah kau. Dan kau adalah aku. Mengerti?  *senyum*

Tapi, bagaimana kita boleh berbicara seperti ini? Dan mengapa kau mencariku?

Ah, bagaimana itu, kau tak perlu tau. Mengapa? Sebab aku semakin benci, semakin muak dengan kau ini. *bengis*

Tapi, kenapa? Seingat aku tiada apa yang berubah.

Itulah masalahnya! Kau tidak pernah berubah. Aku dan kau sama. Bezanya cuma kau sudah tidak sekeras aku lagi! Kenapa!

Aku. Aku bosan. Aku sunyi. Aku mahu rakan. Rakan bergelak tawa, rakan peneman bila aku runsing,

Aku kan ada. Apa lagi kau mahukan? Kau sudah lupa?  Tembok yang kita bina sejak dari kita kecil lagi? Tembok yang menghalang dunia luar dari menjatuhkan kita. 20 tahun kita sendiri dalam tembok itu? Kenapa tiba-tiba sahaja kau mahu runtuhkannya? Kau gila! *bengis*

Bukan, aku bukan mahu runtuhkan. Aku cuma mahu bina satu pintu. Agar ada orang boleh sama-sama menemaniku disebelah sini. Itu sahaja.

Kau gila! Jika kau bina pintu itu! Tembok ini akan runtuh! Dan semua orang akan mengetawakan kau! Kau mahu begitu? Kau mahu jadi bahan tawa orang lagi? Kau mahu orang pandang hina lagi? *bengis*

Tak! Bukan itu maksud ku. Aku cuma.

Cuma apa! Kau semakin lemah. Kau semakin berlembut. Tak sepatutnya begitu! Sedangkan keluarga kau sendiri kau letakkan di sebalik tembok ini. Kenapa tiba-tiba sahaja! *bengis*

Aku tahu itu, tapi. Sudah 20 tahun aku begini. Kau tak rasa sudah tiba masanya kita bukakan untuk semua. Berhenti mengunci rapat segalanya? Aku sudah jelak begini!

Kau gila! Itu saja yang aku mahu katakan. Kalau benar kau mahu lakukan. Silakan. Tapi, jangan kau cari aku jika kau jatuh, jika kau diketawakan. Aku sudah bagi kau amaran dan kau sendiri yang tak mahu menerimanya. Selamat tinggal.


Dan saat itu, aku semakin jatuh.

Jatuh terus ke gaung yang dalam.

Tanpa ada sesiapa cuba membantu.

Kali ini, aku mengerti apa maksud aku yang dulu.

Aku perlukan tembok ini.

Amat memerlukannya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

surat buat kau

Selamat.

Apa khabar ya?

Moga sihat-sihat saja.

Maaf.

Itu saja tujuannya.

Aku menulis.

Kerna aku ingin kau tahu.

Aku biasa-biasa saja disini.

Sejak kau pergi.

Aku ambil masa yang lama

Untuk kembali sediakala.

Tapi.

Aku belum lagi pulih.

Jadi tolong ya?

Jangan dekati lagi.

Aku takut aku kembali terjatuh.

Oh ya.

Cepat sunggu kau jumpa pengantiku.

Apa kau memang tak punya apa-apa lagi perasaan terhadapku?

Atau semua yang berlaku,

Bagimu hanya ceritera klasik semata?

Terpulang bagi kau untuk menjawab soalanku itu.


Sejak kau pergi.

Aku kembali sendiri.

Ya, sendiri.

Mungkin kau tertanya.

Kenapa?

Tidak mencari penganti seperti mana yang kau lakukan?

Jawapannya.

Aku sendiri tidak tahu.

Aku cuba.

Tapi. Tak berjaya.

Kau pun tahu aku bagaimana gayanya.

Bodoh.

Ego.

Dan loner.

Ingat lagi?

Owh maaf.

Mungkin kau sudah lupa segala-galanya.

Tidak mengapa.

Aku faham.

Aku tidak seistimewa mana.

Cuma sampah yang terbang ditiup angin.


Jangan risau.

Aku tidak berdendam.

Aku cuma mahu meluahkan.

Supaya beban yang telah lama aku simpan dihati.

Hilang.

Supaya resah yang ku alami selama ini.

Terbang. Melayang.


Terima kasih ya.

Kerna masih membaca.

Terima kasih ya.

Untuk segala-galanya.

Bagiku.

Kau yang terindah.


Baiklah.

Sampai disini saja surat aku buat kau.

Orang kata, tak semuanya boleh kita katakan.

Adakalanya elok disimpan.

Jadi.

Itu yang aku lakukan kali ini.

Akhir kata.

Moga bergembira disana.


Selamat.


Yang benar,

Aku.


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/10/11

ada apa dengan cinta?
andai cuma dibuang sesukanya.

ada apa dengan cinta?
andai cuma aku saja yang gila?

ada apa dengan cinta?
andai cuma sementara?

ada apa dengan cinta?
andai rakan-rakan kau buang?

ada apa dengan cinta?
andai aku kau anggap sampah?

ada apa dengan cinta?
jika ianya mainan sahaja?

ada apa?
dan ini bukannya cinta sama tuhan.
ini cinta sama manusia.
ada apa dengan cinta?
kalau aku yang terluka?
aku tahu aku bukan sesiapa.
aku cuma manusia yang gila
hidupnya sendiri.
fikirannya sendiri.
jalannya sendiri.
hatinya sendiri.

aku tahu aku tiada apa.
hanya diri ini.
yang penuh lompong.
yang kosong.
tiada isinya.
cuma kelongsong.
tanpa dalamnya.

maafkan aku ya?
aku tak tahu berbicara.
aku tak tahu berkata-kata.
aku cuma mampu bermadah.
aku cuma mampu membuat helah.

maaf sekali lagi ya?
berkali-kali ku cuba.
beranikan diri.
gagahkan kaki.
kuatkan hati.
tapi malang sekali.
semua terhenti sendiri.
seperti ada kuasa yang menghalang.
menghalang aku untuk buat kau mengerti.

kali ini aku bingung.
apa yang sepatutnya aku lakukan
kau seperti semakin benci.
kau seperti semakin menjauhi.
sedangkan aku.
sedikit demi sedikit.
cuba mendekati.
kerna hati ini makin menarik.

apa kau cuma mahu kawan biasa?
atau insan teristimewa?
aku bingung.
dan puisi ini.
buat kamu.
yang sedang buat aku bingung.

12/9/11

Aku fikir.

Apa yang aku rasa

Betul

Tapi.

Gayanya

Macam

Apa yang aku fikir.

Salah.

Makin lama makin aku tak faham.

Aku makin keliru.

Jadi

Aku rasa.

Aku mahu ikut jalan mudah.

Anggap semuanya tipu.

Selesai masalah.

Dan moga-moga.

Aku masih mampu kedepan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/8/11

Seriously.

Aku makin bosan.

Aku makin penat.

Tolong.

Bilang padaku.

Apa mahumu

Apa inginmu.

Agar senang bagiku

Memahaminya.

Katakan saja.

Boleh?

Jangan bermain lagi.

Sabarku ada batasnya.

Tolong ya?


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/7/11

rasa hati ingin menulis. tapi. akal kata jangan. berhenti menulis buat masa ini. kita tenangkan segalanya. tenangkan hati tenangkan fikiran tenangkan akal. tenangkan diri. tenangkan minda. aku tanya kembali. kenapa? dan dia jawab. sebab, hati kau dah kena curi. akal kau dah kena kunci. apa benda kau mahu tulis lagi? duduk diam dan nikmati. aku tersenyum. betul juga. tak apalah. mari bercuti. dan nikmati.

12/3/11

Tak mengapa.

Aku faham.

Aku bodoh.

Aku kasar

Aku kaku

Aku hodoh

Aku busuk

Aku bangang.

Aku celupar.

Nampak.

Tiada baiknya.

Semuanya buruk.

Yang tidak elok.

Aku mengerti.

Aku senang dilupakan.

Aku umpama bayang-bayang.

Yang wujud bila ada matahari.

Jangan risau.

Aku dah biasa begini.

Sendiri.

Tidak diingati.


Oh ya.

Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Aku minat bercerita.

Tapi selalunya.

Ceritaku tiada yang mahu mendengar.

Jadinya

Aku diam..

Mendengar.

Dan memerhati.

Ceritaku?

Simpan dalam hati.

Buat pekasam sampai mati.


Published with Blogger-droid v2.0.1

akhirnya.

tak apa.
aku faham.
kali ini.
aku akan bangun kembali.
kemas barang-barangku.
dan bergerak.
sendiri.
buat kesekian kalinya.
bolehkan?

Kalau boleh.

Aku mahu minta pada tuhan

Biar aku punya sayap.

Biar aku mampu terbang.

Terbang tinggi ke utara

Terbang tinggi ke selatan

Timur dan barat.


Biar mudah aku pergi.

Dari sini ke sana.

Biar senang aku lupa.

Semua sedih semua sakit.


Tolong.

Permudahkan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/2/11

Bukan senang.

Untuk aku terbuka.

Bukan mudah.

Untuk aku tunjukkannya.

Jadi tolong.

Andai kau mahukanya.

Ambil.

Dan simpanlah ia sehabis baik.

Tolong?

Jangan kau ambil.

Dan bermain dengannya.

Sakit.

Boleh?


Ah.

Bukannya kau baca pun.

Ikutlah..


Published with Blogger-droid v2.0.1

dan. ya. aku serius.

Kau tahu?

Rejection itu menyakitkan.

Lagi-lagi bagi aku.

Sebab itu.

Aku takut.

Takut untuk mula.

Takut untuk berkata-kata.

Bukan apa.

Bila kau ada apa yang aku ada.

Rejection itu umpama panah tepat ke dada.

Menyakitkan.

Jadi.

Tolong.

Andai benar kau mahu,

Katakan padaku.

Biarkan ku tahu.


Bak kata orang tua-tua.

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Apa lagi?

Hint sudah dibagi.

Silakan.

Tolonglah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

"selamat tinggal"

*senyum*

"moga ketemu lagi ya?"

*senyum*

*senyum*

Berpusing.

Dan pergi.

"selamat tinggal sayang"


Published with Blogger-droid v2.0.1

12/1/11

Sebenarnya

Aku mahu.

Tapi

Aku tak tahu.

Bagaimana caranya.

Kerna aku masih baru.

Jadi.

Tolong?

Tunjukkan?

Boleh?

Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.1