11/30/11

Tak.

Aku tak tahu berteman,

Aku tak tahu berkawan,

Aku tak tahu berdua.

Tolong.

Ajarkan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

11/29/11

maaf.
aku baru tahu.
yang aku belum bersedia untuk buka buku baru.
aku masih di takuk lama.
masih perlukan buku lama.

nota kaki untuk diri sendiri.

sudah la.
bangun la wei.
bangun.
kau dah jauh tersasar ni.
kau dah jauh tersesat.
kau dah lupa janji-janji kau dulu?
kau dah lupa apa kau kata dulu?
jangan.
janganlah ulang benda yang sama.
aku tahu kau penat.
aku tahu kau lelah.
tapi janganlah macam ni.
bangun.
kembali berdiri.
kembali sendiri.
kau bukan lemah.
kau kuat.
simpan balik hati kau tu.
simpan kedap-kedap.
kunci rapat-rapat.
jangan kau berikan kepada sesiapa.
jangan kau lepaskan.

apa gila kau ni?
tiba-tiba nak tutup buku lama.
tiba-tiba nak buka buku baru.
kau dah hilang akal?
buku lama kau tulah yang kau junjung selama ni.
buku lama tulah yang kau jaga selama ni.
sekarang. sesuka hati kau saja kau nak buang?
jangan. jangan.
ini bukan masanya.
belum sampai masanya.
buku lama kau pun masih banyak cacat celanya.
masih banyak rompongnya.
berhenti berangan.
berhenti menipu diri sendiri.
berhenti.


 Ingat
ini bukan kau.
kau yang dulu.
depressed.
kau yang dulu.
sentiasa bertopeng.
kau yang dulu
sentiasa berahsia.
kembalilah kepada kau yang dulu.
kau belum mampu lagi berubah.
kau belum mampu lagi tersenyum.
belum.
ingat stone.
ingat jepun.
ingat arif.
ingat along.
ingat.
kau yang baru ini tipu.
kembali kepada kau yang lama.
kau yang sendiri.


11/21/11

bukubarubukulama.blogspot.com

11/19/11

selamat tinggal.

11/15/11

yang terakhir.

tepat detik 0000 22.11.2011.
segala sampah sarap dalam blog ini akan diprivatekan.
selamat tinggal.

11/14/11

sejujurnya.
aku tak pandai berkata-kata.
aku cuma pandai menulis.
beza tahu?

01

seriusnya.
aku disini, disana, disitu.
ada bezanya.
lain caranya.
kurang pasti andai ada yang perasan.
tapi aku lebih senang begitu.
bukan bermuka-muka.
cuma meletakkan batasan.
kerana aku tak mahu dilabelkan.
tak mahu diklasifikasikan.

sebagai contohnya.
disini.
aku seperti seorang yang hilang arah.
aku seperti seorang yang hilang punca
aku seperti seorang yang patah hatinya.
tapi disini. hanya disini.
hanya mengambarkan sebahagian sisi aku.
sisi gelapku.
yang aku paling benci.

disana,
aku bagai orang gila.
mencaci. memaki.
itu bukan apa.
hanya satu kepura-puraan.
biar orang sibuk
biar orang jengkel.
biar orang benci.
lalu, lupa memandang sisi yang lemah ini.

penat kau tau.
bila kau terpaksa berpura-pura.
bukan sengaja.
cuma perasaan yang satu ini terlalu tebal.
sehinggakan, andai ada yang perasan.
boleh membuatkan aku jatuh. terduduk.
sebab itu sebolehnya, aku cuba tutup.
aku cuba sorokkan.
biar tiada yang perasan.

realitinya.
aku si dewasa yang terlalu kebudak-budakan.
sering memerlukan perhatian.
sering memerlukan kasih sayang
sering perlu dibanggakan.
macam kanak-kanak kecil.
yang hidupnya perlukan di belai.
yang hidupnya perlukan ditatang.

ah, aku perlu berhenti disini.
sebelum lebih besar dada ini kubukakan.
biar ada lagi rahsianya.
sebab insecurities mengajar aku satu perkara.
tidak semua benda perlu ditunjukkan.

*pegang*
"selamat tinggal kawan"
*cium*
*menolak ke atas*
"terbang! terbang tinggi rakan!"
"biar sampai ke puncak awan!"
"biar kau rasa erti bebas!"

11/12/11

*tarik nafas*
*hembus*
ok. dah boleh dah.
kaki satu di depan.
memijak angin.
terus.
jatuh.
laju.
mati.


11/8/11

hello anonymous dari twitter.
boleh berkenalan.
=)

11/7/11

Maaflah.

Aku bukan perahsia.

Cuma malas nak bercerita.

Nak tahu kenapa?

Sebab ceritaku membosankan.

Aku bukan pencerita yang baik.

Aku lagi pandai mengarang cerita dari bercerita.

Sebab bercerita ini susah.

Kau kena pastikan yang ianya menarik.

Kau kena pastikan yang ianya gembira.

Kau kena pastikan yang ianya menyeronokkan.

Tak apa lah.

Biarkan mereka yang ingin bercerita, menceritakan semuanya.

Aku?

Terus senyap menyimpan cerita

Mendengar cerita.


Published with Blogger-droid v2.0.1

11/3/11

Jangan dekat!
Nanti berjangkit.
Takkan dapat diubati.
Takkan dapat diakhiri.

Jangan dekat!
Nanti kau terjebak!
Dah merebak
Pasti rabak.

Jangan dekat!
Nanti kau jatuh.
Jatuh terus
Boleh mati
Published with Blogger-droid v1.7.4

11/2/11

setiap kali.
aku cuma tersenyum.
selebar mungkin.
biar tersorok segala duka.
biar tersimpan semua cerita.

tak apalah.
aku masih boleh hidup.
masih boleh berdiri.
masih boleh sendiri.

11/1/11

satu.
dua
tiga
empat.
eh. banyaknya.
dah pecahkan.
banyak la jadinya.
kalau tak satu je.
nak buat macam mana.
dah kena baling ke dinding.
senyum ajelah.