11/10/09

kau mungkin berkata
aku gila
tapi kau lupa
dunia kau dan dunia ku
berbeda

kau mungkin berkata
duniaku hanya untuk yang gila
tapi kau lupa.
dunia gila ini lah yang ku idamkan dulu

11/6/09

mak saya kata

mak saya cakap
cintailah dia yang mencintai kamu
bukan cintai dia yang tidak mencintai kamu









tak
mak saya tak cakap macam tu.
mak saya cakap
pergi mati sama cinta
sebab cinta itu dusta.
cinta itu bala
cinta itu dosa
cinta itu bukan bahagia

tapi mak saya tak cakap yang cinta yang satu itu begitu.
kerana mak saya mahu saya tahu apa itu satu cinta
bukan satu malaysia
bukan sua rasa

11/3/09

Dan apabila
terucapnya apa yang kau bukukan di hati kau
kau terlupa
betapa terhirisnya hati ini
kau terlupa
betapa hati ini masih memiliki perasaanya
kau terlupa
sekeras mana pun hati ini, masih lagi ada lembutnya

Dan apabila
kau melabelkan hati ini
kau terlupa
betapa hati ini bukan hanya satu kertas kosong
kau terlupa
bahawa hati ini bukan seperti sungai yang mengalir
kau terlupa
yang hati ini umpama tasik.

dan apabila
kau mencarik ranapkan hati ini
kau terlupa
hati ini takkan mampu di sambung kembali
kau terlupa
hati ini bukannya satu permainan susun suai
kau terlupa
hati ini belum lagi merasakan kasih sayang nya.


dan apabila
kau tersedar dari perbuatan mu
kau tersedar yang apa yang kau lakukan sebelum ini
membuatkan hati ini menangis
menangis umpama anak kecil yang hilang ibu bapanya

dan apabila
kau cuba memujuk kembali hati ini
baru kau fahami
'hatikurang' ini masih punya perasaan


-tamat-