6/30/12

Sang pencuri membunuh diri

Jangan lari!
Aku menjerit sekuat hati sambil berlari cuba mengajar si pencuri. Bertopeng dan bersarung tangan berjaket kulit hitam, dia berlari pantas dan lincah meloloskan diri dari aku. Hasil menghisap rokok yanng banyak aku lelah sebentar. Si pencuri kini terperangkap disebabkan tersilap langkah. Kini dia berdiri di hujung bangunan tinggi. Melompat mati. Berpatah balik mati. Dia berpusing mengadap ku. Membuka topeng dan tersenyum.

Maaf, saya mencuri hati awak. Ini saya pulangkan kembali. Moga awak bahagia.

Dan dia terus berpusing dan terjun. Aku masih tergamam dengan kecantikan si pencuri terkejut. Masih cuba menghadam yang dia baru sahaja mengesahkan kematiannya. Dan aku kini sendiri. Tanpa sesiapa untuk ku kongsi hati.

6/12/12

pelancung masa.

“bangun! Woi! Bangun! Kau dah kenapa tidur tengah jalan ni?”
Ali bangun berdiri. Memandang sekeliling dengan mimic muka aneh. Dia kurang pasti di mana, dan bagaimana dia boleh tersadai di situ. Ali berterima kasih kepada pengemis yang mengejutkan dia tadi. Dia mula melangkah pergi.
Perlahan-lahan dia berjalan tanpa memikirkan arah tuju. Yang pasti dia pergi jauh dari situ.  Dari masalahnya, dari dunianya, dari keluarganya. Dia bukan sapa-sapa. Dia Cuma manusia biasa yang gagal. Dalam perjalanan tanpa arah tuju, langit mula mendung, rintik-rintik hujan mula turun. Ali tidak menghiraukan semuanya. Dia terus berjalan. Guruh di langit kedengaran. Dia masih berjalan. Dan
BAMMMMM!!

Apa lagi kau tunggu?

Marilah, aku tahu kau mahu.

Sudahlah, berhenti termangu.

Mari kembali kepadaku.

Kita terbang tinggi,

Destinasi?

Bukan sesuatu yang pasti.

Yang aku tahu, kita berdua kembali.

Bercanda, bergembira, bermesra.

Kau dan aku.

Lupakan kisah lama ya?

Kita mula buku baru.

Biar gembira bagai di syurga.

Published with Blogger-droid v2.0.4

6/10/12

Satu hari, ali pergi ke kedai roti. Niatnya mahu membeli nasi. Kenapa bebal sangat, dia sendiri pun tak pasti. Sampainya dia di kedai roti, sang penjual pun memaki. Apa gila kamu ke kedai roti mencari nasi? Ali sedih dan patah hati, lalu membawa diri. Dalam perjalanan menenangkan hati, dia terjumpa seorang gila. Si gila itu memberikan ali sebiji gula-gula. Lalu berkata, usah kau tangisi kebodohan sendiri. Ketawakan ia. Bukan selalu menjadi bodoh. Sudahlah. angkat kembali kepala mu ke depan, dan jangan sibuk memandang ke belakang. Bangkit dan teruskan melangkah. Ali buka pembalut gula-gula dan menyuapkannya ke dalam mulut. Selepas itu, dia lempang si gila dan berkata. Apa kau gila atau buta? Tak nampak aku sedang ke depan? Ada kau nampak aku berpaling ke belakang? Tidakkan? Haish. Gila punya orang gila. Ali lalu berlalu pergi pulang ke rumah. Dan si gila tersenyum dan berbisik, gila.

Published with Blogger-droid v2.0.4