8/21/11

sampah.
kalau kau puja.
pun boleh jadi raja
tahi.
kalau kau sanjung.
pun boleh jadi ketua.
kau.
kalau tak ada pegangan.
semua benda pun kau julang.
jijik jadinya tahu?

8/16/11

kali ini aku buka lagi pintu hati ini.
biar senang yang datang.
mampu pulang bawa cebisan.
agar aku tidak keseorangan.
bersedih kesepian.

kalau ditanya mengapa begitu?
aku sendiri pun tak tahu
mungkin sudah bosan aku menyendiri.
kini mencari teman agar tidak lagi kebosanan.
menghadap hidup sendiri. senyap tanpa ada apa-apa peneman.

tapi aku lupa.
bukan semua boleh jadi peneman.
bukan semua boleh jadi rakan
bukan semua boleh jadi sahabat.

ada yang tipu.
ada yang dusta
ada yang gila
semuanya hanya berpura-pura agar senang hidupnya kelak.
aku faham.

8/13/11

hai sang hati.
masih lagi retak?
tidak mengapa.
mungkin patut kita tunggu lagi rasanya
sebelum benar-benar diserahkan hati ini kepada yang meminta.
lagi elok jika dibiarkan saja rasanya.
mungkin.

=)

8/3/11

sudah cukup 20 tahun aku hidup.
hampir 19 tahun setengah aku membazir.
membuang masa mencari dunia.
ya aku tau yang aku bodoh.
sibuk mengejar dunia
tapi aku manusia biasa.
yang lebih senang memikirkan tentang dunia yang di depan mata.
daripada sibuk menjadi si gila yang lupakan dunia terlalu ingatkan tuhan.
aku bukan apa, aku hanya ingin jadi manusia yang berjaya di dunia.
selesa gembira bahagia.
namun semuanya hanya angan-angan sahaja.
sialan. =)