8/27/09

dan anak-anak kecil itu.
duduk di tepi tembok itu.
memandang sayu.
melihat mereka yang lain.
bersorak gempita.

dan anak-anak kecil itu.
sendiri memikirkan.
bagaimana caranya.
agar mereka dapat bersama bergembira.
bergelak ketawa.
riang tanpa perlu memikirkan.
bagaimana caranya untuk terus hidup.
hidup di dunia ini yang penuh dengan hasad dengki
yang penuh dengan cabaran yang amat perit untuk dihadapi.

dan anak-anak kecil itu.
hanya mampu.
berteriak kepada yang dewasa.
mahukan persamaan.
mahukan ghaibnya perbezaan.
agar mereka mampu bersama
mampu bersatu.
dan terus.
bergelak ketawa riang.

dan anak-anak kecil itu.
di perlekehkan.
di hina.
di gelakkan.
kerana meminta.
keadilan.
keadilan yang pada mata si dewasa.
tidak adil.
tidak tepat.
dan hanya angan-angan kosong si kecil.
sampai bila?
yang kecil di ajar untuk menurut?

8/20/09

ya.
aku mengaku.
yang aku sukakan kau.
yang aku meminati kau.
dan aku menyayangi kau.
tapi aku takut.
yang aku hanya bertepuk sebelah tangan.
yang aku tidak punya tempat di hati kau.
yang aku tidak layak mendapat perhatian kau.

namun.
aku tetap berharap.
aku menjadi milik kau..

8/17/09

berkenalan
bersahabat
berubah Sayang
tApi.
tak lama.
sebentar sahaja.
saYang yang tAk diucapkan
SaYanG yAnG tak diluahkan.
diAm seribu bahasa
sepi tiada bicara.
Waktu berlalu tiAda kata.
ingin seKali aku meluahkanya.
tapi tak berjaya.
hanya mampu senyap tak berkata.
sayang.....

8/16/09

tolong.
pungutkan kembali
retak-retak itu.
sambungkan kembali.
rapatkan kembali.
maaf.
hati ini amat rapuh.
tolong.
pungutkan kembali
retak-retak itu.
sambungkan kembali.
rapatkan kembali.
maaf.
hati ini amat rapuh.

8/14/09

cinta itu umpama biskut.
kejap ada,kejap takda.
tapi.
tetap disukai.
mengapa?
Aku punya hati disini.
dan aku punya perasaan disini
dan aku tahu
bahawa hati ini ingin sekali dibahagikan.
Bukan disimpan berseorangan.
bukan diperam menjadi asam
bukan dijerukkan.
bukan.

tapi aku ingin membahagikanya dengan seseorang.
seseorang yang bisa membahagiakan hati ini.
seseorang yang bisa mengembirakan hati ini.
Seseorang yang bisa menghilangkan duka dihati ini.
seseorang yang bisa menenangkan hati ini.

Tapi,
aku rasakan yang hati ini.
tiada lagi pemiliknya.
tiada lagi yang mahukanya.
tiada lagi.
dan aku mungkin akan terus menunggu.
mungkin.

8/13/09

dulu,
berdua,bersama.
sayang.
sampai bila?
menderita?

8/12/09

Ku pegang telefon bimbitku.
ku lihat ke paparanya.
ku dail nombormu.
ku dengar panggilan ku disambungkan.
ku dengar suaramu di corong sana.
helo kau kata.
ku putuskan talian.
dan aku dail kembali nombormu.
dan ku ulangi perbuatan itu kembali.
Berulang-ulang kali.
dan kau masih menjawab panggilanku berulang-ulang kali.
mengapa sayang?
adakah kau sesali perbuatan mu dulu.
adakah kau simpati denganku?

aku.
diam.*
ku tekan butang padam.
Ku letak ditepi.
Senyap*
pejam.
tamat.

8/9/09

aku belum mengerti.
mengapa aku menulis.
mengapa aku mengarang.
mengapa aku mereka.

susunan-susunan perkataan yang tak seindah mana.
ayat-ayat yang belum layak dipanggil karya.
huruf-huruf yang disusun umpama permainan.

namun aku masih tidak fahami.
mengapa aku begini.
inginkan perhatian?
inginkan kasih sayang?
aku tak fahami.

mungkin ini memang aku.
manusia yang hidup dalam dunianya sendiri.
terapung-apung dalam fantasinya sendiri.
terawang-awang dalam pusingannya sendiri.
hilang dalam realiti yang dicipta sendiri.
hanya aku,aku, dan aku.

tidak pernah wujud perkataan kau disini.
tidak pernah wujud perkataan sayang disini.
tidak pernah wujud perkataan kami disini.
tidak pernah.
mengapa?
kerana aku sendiri.
bersendirian.
duduk menyimpuh.
bersandar di tepi.
mendongak langit.
berbahas dengan awan.
tentang dunia.
tentang mereka.
tentang bintang-bintang.
tentang kasih sayang.
tentang perhatian.

tapi mengapa itu yang aku bahaskan
mengapa itu yang aku perdebatkan.
mengapa itu yang aku bualkan.
mengapa?

jawapanya.
aku sendiri belum pasti apa jawapanya.
kerna aku sendiri belum mengetahuinya.
mungkin benar kata mereka.
hanya yang retak mengenali yang retak.

8/8/09

selamat.

Malam itu
aku keseorangan
meniup lilin bersendirian
memotong kek itu berseorangan

aku kehairanan.
kemana perginya mereka yang ku gelar rakan.
Kemana perginya mereka yang mengaku teman.
disaat ini aku termangu.
terduduk
melutut.

aku ingin sekali bergelak ketawa disaat ini.
merasakan kehadiran mereka yang boleh ku gelarkan sahabat.
merasakan kemunculan mereka yang mampu ku pnggl teman.
menikmati keindahan hidup yang bukan seorang.

oh
ak lupa.
aku bukan seperti mereka.
aku memang dicipta untuk berseorangan.
aku memang si malang yang bersendirian.
aku memang senantiasa kesepian.
itu mungkin nasib aku.

haha.
tahniah diriku.
kau berjaya mengharungi satu lagi tahun berseorangan.
kau mampu meredah kesepian itu bersendirian.
kau dapat mendaki puncak untuk merasakan kesunyian.
Kensunyian yang menyenangkan.
Kensunyian yang menghairahkan.
kensunyian yang membuat dirimu seorang yang seorang.
kensunyian yang menjadikanmu manusia.
Tahniah sekali lagi aku ucapkan wahai sipelik. tahniah.

8/7/09

life.

aku dambakan kehidupan.
ya.
kehidupan.

kehidupan yang aku sendiri belum pasti bagaimana jalan ceritanya.
kehidupan yang aku sendiri belum tentu hujungnya di mana.
kehidupan yang aku sendiri belum yakin akan kekukuhanya.
tapi aku tahu.
yang kehidupan yang aku inginkan itu.
belum tentu wujudnya.
kehidupan yang aku impikan itu.
belum pasti realitinya.
kehidupan yang aku dambakan itu.
belum lurus jalannya

hei.
cerita baru bermula.
belum pasti apa hujungnya.
mengapa kau dambakan yang tak pasti?
mengapa kau dambakan yang belum tentu.
mengapa kau dambakan yang belum wujud

realitinya.
aku inginkan kehidupan baru.
kehidupan yang pasti hanya dalam anganku.
kehidupan yang hanya wujud dalam mimpiku.
dan aku realitinya...
hanya menanti apa itu fantasi.
hanya menunggu apa itu angan-angan.
hanya menunggu apa itu dongeng.
dan kau.
belum pasti wujudnya...

8/6/09

broken.

that night
i'm watching movie alone.
watching that romantic movie.
alone.
and i'm alone.

i'm curious.
why am i alone.
i'm trying to complete that missing puzzle.
but it didn't done.


i'm alone.
and there standing a couple.
laughing each other.
laughing together.
smiling together.
and i'm alone.


there it is.
them.
together.
forever.

why can't i be like them.
live happily together.
and why?
and i'm asking that question forever.
and i'm done alone.

8/3/09

dan.
bila kau bersuara.
hati ini tercarik.
mengenangkan yang tiada...