12/22/10

kau tahu
malam malam macam ini
hati ini selalu sunyi

kau tahu
malam malam macam ini
suasananya selalu sepi

kau tahu
malam malam macam ini
semua benda tak pernah jadi

kau tahu
malam malam macam ini
aku jadi benci

bencikan semuanya
bencikan segalanya
bencikan apa adanya
kerna aku rasa
ia tak patut ada

kau tanya kenapa?
jawapanya tidak ada di mana-mana
kerna
ia ada disudut hati kau yang lara

12/17/10

kadangkala kita leka dengan apa yang ada di depan kita
membuatkan kita alpa tentang semuanya.
dan apabila ianya hilang
kita mula menghargainya
kita mula menyesalinya
tapi sudah tiada guna.

12/16/10

parental tips #2

belajar mengungkit.
membantu apabila anak-anak anda mula melawan kata.

parental tips #1

if your children try to go out late at night.
just threaten them to never come back home.

12/15/10

nak balik ipoh sekarang boleh tak?
sudah bosan di sini
dan apabila kau muncul
aku diam terpaku
diam membisu.

sunyi
sepi
hilang segala suara
kelu lidah berbicara
terhenti segala kata

kau
umpama bidadari syurga
turun melawat dunia

namun apakan daya
aku bukan sesiapa
tidak mungkin sepadan dengan bidadari syurga
lantas
aku diam. membisu.
bodohnya aku.
malangnya aku.

12/10/10

i dont see the reason to go faster
after all,
we all know at last, it doesnt matter anymore

12/7/10

andai masa itu sekeping kertat
akan ku padamkan segala kesilapan ku
akan ku putihkan segala yang hitam
akan ku warnakan segala yang kosong
agar nanti yang ku ingati
hanya rasa gembira dan suka tanpa duka
kerna masa ini.
aku tak pasti lagi
andai masa itu masih ada.

12/5/10

you know.
it's sucks for being a slave.

11/7/10

terangkan padaku
bagaimana rasanya
ku curi hati mu
yang kau simpan kemas tiada longgarnya

jelaskan padaku.
bagaimana hendaknya
hatimu itu
kutukar ganti dengan milikku

bisikkan padaku
caranya untukku
mengambil hatimu
agar mampu ku simpan untuk diriku

tolong
tak mampu aku
menanggung lagi
derita di hati
yang tersemat kemas
yang terpahat dalam

tolong
tak mampu aku
berdiam lagi
melihat dirimu
seorang diri'

11/6/10

i tried to write.
but it is so hard

i tried to think
but there is nothing

i tried to imagine.
but it is always empty.

i hate it

10/27/10

aku sayang kau
tapi aku malu nak cakap
sebab aku tahu
yang kau pasti kata tak mahu

aku suka sangat kat kau
tapi aku segan
sebab aku tahu
yang kau lagi suka dekat dia

aku minat sangat kat kau
tapi aku tau
hati kau bukan milik aku

aku jatuh hati kat kau
tapi aku tahu yang kau tak mungkin ada rasa macam aku rasa
ini aku pasti

pasti yang amat
yang aku hanya akan suka dalam diam
dalam senyap
dalam sepi.
sebab aku memang suka kat kau
tapi aku segan nak bagitahu kau.

10/7/10

bila masa yang ada.
dibuang merata
bila harta yang ada
dilupakan semuanya
bila ilmu yang ada
dilekehkan seadanya
yang tinggal nanti hanya dusta yang dibenarkan
yang tinggal nanti hanya hitam tanpa putihnya.
habislah.
semuanya pusnah.
semuanya musnah.
tak guna dah.

10/2/10

sudah
ingin jatuh
lubangnya tiada
ingin terbang
sayapnya tiada
ingin hilang
gelapnya tiada
ingin tengelam
airnya tiada
akhirnya.
kosong.
kosong sekosong kosongnya.

9/10/10

hari raya,apa makna?
Seandainya,bermaafan sekadar mengikut adat sahaja.
Seandainya, lagi ramai di depan tv dari keluar menziarahi.
Seandainya, kelihatan muka si anak anak, hanya ketika duit raya di hulurkan.
Seandainya, baju barumu lebih penting untuk dibualkan dari kemenangan peperangan nafsu.

Raya. Apa makna?
Ya rakan-rakan.

8/25/10

kalaulah

kalau kalau.
semua benda boleh jadi.

kalau kalau
kapal terbang boleh menyelam

kalau kalau
kambing boleh terbang

kalau kalau
kelip mata boleh kaya

tapi kalau tak kalau
semua benda macam babi
semua benda takkan jadi
semua benda tak boleh pergi
semua benda pasti mati

kalau kalau di kalaukan
kita pasti mati.
lalai dalam mimpi
hampas semuanya nanti

jadi, jangan kalau kan sangat kalau kau tu.
belum tentu ada hujungnya nanti.
sebab kalau la kalau,
kau pun boleh sasau.

7/16/10

hei kau.
ya.
kau

berhenti menangis sayang.
berhenti bersedih.
ini bukan masanya.
bangun kembali.
persetankan semua.
teruskan melangkah.
hingga ke akhirnya

7/15/10

ingat lagi malam itu.
saat bintang bintang itu berkelipan di atas sana.
aku diam.
kau diam.
menikmati terangnya ia.

ingat lagi malam itu?
saat hujan turun dengan lebatnya
aku diam
kau senyum
menikmati dinginnya udara malam itu

ingat lagi malam itu?
saat kau senyap membisu.
dan aku diam keliru.

ingat lagi malam itu?
kau pergi dariku.
tanpa memberi alasan walaupun satu.

sudahlah.
tidak ingin lagi aku mengingati mu
yang hanya umpama angin lalu.

6/30/10

because i want you too
because i want you too
because i want you too
because i want you too

stumble into you
is all that i ever do.
my memory hazy and i'm afraid to be alone
tear us in two.

5/31/10

kau!
kau!
kau!
semua sebab kau!
jika bukan kerana kau!
pasti tiada perpecahan ini!
jika bukan kerana kau!
pasti perbalahan ini tak wujud!
dan jika bukan kerana kau!
pasti kami masih lagi satu.
semuanya kerna kau!

kau sial!
kau anjing!
kau babi!
kau setan!
kau iblis!
semuanya kau!

dan bila semuanya tersebar
mula kekecohan
kau.



maaf.
maaf
maaf

dan kau?
memaafkan?
oi bodoh.
kalau senang macam tu.
tak perlulah dibuat penjara
tak perlulah dibuat mahkamah.
hanya perlu minta maaf.
ini kononnya yang pimpin kami?

ah
bodoh namanya.
teruskan lagi dengan angan-angan satu kau itu.
teruskan.
sibodoh yang malang.
maaf.

5/6/10

hidup bukan ditentukan dengan berapa banyak A kau dapat.
hidup bukan ditentukan dengan berapa tinggi  pointer kau dapat.
hidup bukan ditentuka dengan berapa jauh kau belajar.
hidup bukan ditentukan dengan berapa juta gaji kau dapat.
hidup bukan ditentukan dengan berapa banyak harta kau kumpul.
tak.
hidup tak ditentukan sebegitu rupa.
hidup bagaikan arca yang kau dari mula kau mula melihat.
sebuah arca yang kosong.
tanpa sebarang ukiran.
tanpa sebarang cela.
tanpa sebarang cacat.
ok.
mungkin ada sedikit yang cacat.
tapi tak semua.
jadi apa guna kita sibuk mengejar harta
apa guna kita sibuk mengejar bilangan A
apa guna kita sibuk mengejar gaji berjuta
apa guna kita sibuk mengejar pointer tertinggi.
tak.
takda guna
hanya untuk puaskan hati mereka.
siapa mereka?
mereka.
agar kononnya nanti kita mampu hidup mudah.
senang lenang kononnya.
walaupun akhirnya kita terperangkap.
terduduk.
terkunci.
sendiri.
dalam dunia yang diprogramkan.
tanpa perasaan.
tanpa apa-apa.

jangan ditanya apa maksudnya semua ini.
jangan difahami apa maksud picisan ini.
kerna ia hanya picisan semata-mata
sekadar meluahkan apa yanng tersimpan di hati ini.
sekadar memuntahkan segala apa yang dirasa dalam jiwa ini.
sekadar memcatatkan segala apa yang difikirkan dalam akal ini.
jangan.
jangan sekadar mencerna tanpa rasa apa-apa.
kerna nanti ianya hanya menjadi tahi yang akan kita buang kan bila tiba waktunya.

.arif asyraf.
6/5/2010/3.14am.

4/27/10

sudah.
hentikan terus tenggelam dalam dunia hitam mu itu
hentikan terus terbang dalam kawanan gagal mu itu
hentikan terus menerus melayari bahtera kecil mu itu
hentikan terus tenggelam dalam lautan nafsu mu itu

hentikan
tak kemana akhirnya dunia mu itu
tak kemana akhirnya kawanan mu itu
tak kemana akhirnya bahtera mu itu
tak kemana akhirnya nafsu mu itu

mungkin
mungkin kau rasakan kau yang hebat
mungkin kau rasakan kau yang gagah
mungkin kau rasakan kau yang jaguh
mungkin kau rasakan kau yang hero

tapi
buka mata
lihat dunia
benarkah apa yang kau rasakan itu?

mari
pegang tangan ku
biar ku bawa kau ke dunia sebenarnya
lihat semuanya
lihat segalanya

berhentilah
duduk
lihat lah dunia
kau si gagal
sudah.

4/23/10

apa motif diikutnya picisan ini.
hanya memenatkan diri membacanya sampahnya.
hanya menyemakkan kepala melawatinya
hanya menyusahkan diri menantikan kata-kata dustanya.

tapi apa apa pun.
terima kasih sudi mengikutinya..
=)

4/22/10

I know I said I loved you but I'm thinking I was wrong,
I'm the first to admit that I'm still pretty young,
and I never meant to hurt you when I wrote you ten love songs.
but a guy that I could never get 'cause his girlfriend was pretty fit
and everyone who knew her loved her so.
and I made you leave her for me and now I'm feeling pretty mean,
but my mind has fucked me over more times than any man could ever know.

Maybe I should give up, give in,
give up trying to be thin,
give up and turn into my mother,
god knows I love her.

and I'm sorry to which ever man should meet my sorry state,
watch my steady lonesome gait and beware.
I would never love a man 'cause love and pain go hand in hand
and I can't do it again.

So we stayed up late one night to try and get our problems right,
but I couldn't get into his head just what was going through my mind,
and I think he knew where I was going
he put Ryan Adams on
I think he thinks it makes me weak
it only ever makes me strong.
I've got this friend who sounds just like him,
now he's the man I'd leave you for, the man that I just adore like you.
The same man, he turns to me he said I've got to tell you how i feel,
if god could make the perfect girl for me it would be you
and my god told me not tell about how much do you love your fella?"
I don't know more everyday
not in this new romantic way.

I'll always be your first love, you'll always be my first love.

And I'm sorry to which ever man should meet my sorry state
watch my steady lonesome gait and beware,
I will never love a man 'cause I could never hurt a man in this way.
I will never love a man cause I could never hurt a man, not in this new romantic way.

laura marling.
new romantic.

4/20/10

ikut hati.
mati
ikut rasa
 binasa
ikut kaki
sesat sudah pasti
ikut dada
rasa-rasa tak kemana
macam mana ya?

sudah lah
kalau terus ikot sahaja macam ini semuanya.
binasa lah kita.

4/15/10

dah.
puas kau disana?
mari pulang
kembali ke asalnya.

4/12/10

diam.
diam
diam.
malam ini.
kita berhenti berdiam
mulakan sengketa
mulakan angkara
mulakan ragamnya

diam
diam
diam
malam ini juga
kita mula bertindak
hentikan yang gagah
hentikan yang marah
hentikan yang lemah
hentikan yang payah

diam
diam
diam
malam ini juga
mereka semua mula sedar
mereka semua mula merasa
mereka semua mula terasa

dan malam ini juga
apa yang kita bincangkan
apa yang kita rancangkan
apa yang kita inginkan
semuanya kita hentikan
semuanya kita matikan
semuanya kita lanyakkan
semuanya!

4/7/10

mari.
aku maki kau.
kau maki aku
dia maki kau
kau maki dia
aku maki dia
kau maki aku
aku maki-maki
kau maki-maki
dia maki-maki
mereka maki-maki
semua maki-maki

yang mati?
sama terkubur sepi.
kita? sia-sia mendapat daging free
daging sedara seagama kita sendiri.
haha
sungguh geli hati.
tak paham lagi?
berhenti di sini.

=)

3/22/10

tolong part 1

tolong
lagukan senandung itu
lafazkan bait-bait lirik itu ke telingaku
agar mampu ku pejamkan mata ini
agar dapat ku tenangkan jiwa ini
agar hilang kekusutan di fikiran ini

tolong
perdengarkan muzik-muzik indah itu
dendangkannya
agar menjadi halwa telingaku
agar lerai segala kekusutanku
agar langsai segala masalahku.
agar..

3/11/10

apa benda?

2/26/10

kau tahu.
bila apa yang kau hajati telah kau perolehi.
kau tidak akan menghargainya walau untuk sebentar.
mengapa ya?

2/17/10

tutup mata mu!
pekak telinga mu!
tahan nafas mu!
pekup mulut mu!

gelap
senyap
sepi

apa rasa?
bosan kan?
dan jika itu yang kau rasa.
kau patut tahu
itulah yang aku juga rasakan.
itulah yang mereka juga rasakan.

apa maksudnya?
berhentilah
berhentilah mengata mereka
berhentilah menjadi si hebat memperlekehkan yang lain.
ada benar kau yang paling sempurna?
ada benar kau yang maha segalanya?
tidak bukan?
jadi.
berhentilah.

1/22/10

apa kata.
kita buka kembali hati kita.
keluarkan semua apa yang ada
bersihkan.
kosongkan.
putihkan.
dan isikan dengan kegembiraan.
tutup.
simpan kembali.

apa yang kau rasa?

1/18/10

ah.
kau
berselindung dibalik nama itu.
mengutuk
mencerca
memaki
bagaikan hanya kau yang benar
bagaikan hanya kau yang betul

tapi benarkah begitu?
andai benar begitu?
mengapa tidak kau katakan kebenaran kau secara terbuka?
mengapa tidak kau katakan kebenaran kau tanpa berselindung?

usahlah.
teruskan membaling batu, tangan disembunyi.
hentikanlah.

1/12/10

ah kau,
tanpa adabnya kau berbicara
terus mencanang yang tiada benarnya
terus memekik bercerita bohongnya.
bila sudahnya?
bila hentinya?

ah kau.
tak penat kah kau begitu?
tak lenguh kah kau disitu?
tak perit kah kau berburu?
berburu yang tipu
berburu yang palsu..

ah kau.
kau kata kau gembira.
tapi muka mu tiadanya gembira.
hanya muram dan sepi peneman bicara.
apa guna kau beri dusta?

1/6/10

shhhhhhhhhhhhhhhhh..
stop whispering.
stop talking.
stop shouting.

sit down.
lean back.
relax.

close your eyes.
clear your ear.
and start listening..

dont you hear it?
dont you feel it?

stop.
dont open your eyes.
dont say a word.
cause it would stop you feels it
it would stop you hear it.

stay there,
enjoy it.
cause it will not last forever.
enjoy it.

satisfy?
open your eyes.
and look back in front.
did you are talking the right path?
or are you are walking to hell?

it's okay.
the clock isnt stop yet.
still.
save your life.
turn back and start new.
it wont miss a thing.
believe me..

-ar,AR-

1/3/10

hei kau.
mana mungkin kau ingat
yang waktu dulu itu
tidak pernah terang
tidak pernah bersinar
hanya sepi.
hanya kelam

hei kau
pernahkah kau lupa.
apa itu yang kau cari
apa itu yang kau puja
apa itu yang kau kejar
tak.
kau tak pernah lupa
kerana ia kau tak pernah jumpa

ah.
sudah
lupakan saja.
biarkan ia musnah
biarkan ia hilang
hilang tanpa pegangan
hilang tanpa arah tuju.
apa gunanya ia.
andai hidup kau
langsung tiada makna..

1/1/10

datang lagi tahun baru.
bagus.
mari ramai-ramai bikin azam baru.
konon hidup baru
konon buku baru.

tapi
sebelum itu.
ingat kembali.
sudah langsaikah azam lama dulu?
sudah lengkapkah hidup kamu yang dulu?
sudah tamatkah buku yang kamu buka dulu?

andai belum
berhentilah memikirkan langkah baru.
selesaikan dahulu yang lama itu.
agar kau tak menyesal meninggalkan yang dulu.
agar kau tak meratap kehilangan yang dulu
agar kau gembira menyempurnakan yang dulu itu.

persetankan yang baru.
andai yang lama belum kau tamatkan.
persetankan mereka yang terus memuja yang baru.
bak kata orang tua dulu.
yang lama dibuang, yang baru terbuang.
apa guna?
terus dibaziri tahun baru itu.
dan akan terus terhenti ditakuk itu.
teruk.
berhentilah bodoh.