10/13/13

Helo.
Sudah lama kita tidak bertemu
Apa masih lagi rindu?
Atau sudah punya teman peneman rindu?

Jangan risau.
Aku masih disini
Masih sendiri.
Masih mengubat hati sendiri.

Bila nanti ku jumpa kuncinya.
Akan ku bilang sama kamu ya?
Wahai bakal pemilik kunci kedua.

7/2/13

Pemilik converse merah.

Aku memerhati dari jauh.
Sambil-sambil menghirup kopi di depan ku.
Ku perhati atas bawah.
Tersenyum sendiri.

Amat menarik hati.
Converse merah hati tersarung di kaki.
Di padan jeans lusuh
Dan tshirt kiss di dada.
Sungguh menawan sekali.
Aku terpana lagi.
Di tangannya tersisip buku puisi.
Aku kembali mengeluh terpegun.

Kopi dihirup lagi.
Buat penguat hati.
Nafas ditarik lagi.
Hembus

Aku tekad.
Nekad.
Bangun dan melangkah dekat.

"Lawa kasut bang. Berapa abang nak tolak dekat saya?"

3/19/13

puas sudah.
aku mencari
sang pelangi
buat terangi
jiwa yang sepi.

selain tuhan
aku perlu lagi
mencari pemilik kunci
hati yang kosong
dari cinta
dari kasih
dari dunia.

mungkin lebih elok begini.
mati dalam mencari.
sesuatu yang tak pasti.

2/20/13

Muak sendiri
Mencari teman hati
Berjumpa pemusnah jiwa.
Mati. Lagi.
Sendiri.

2/12/13

Sayang.
Selamat tinggal.
Aku perlu pergi.
Meninggalkan fantasi.
Kembali mengapai realiti.
Terbang tinggi
Ke awan.
Menjadi juara untuk diri sendiri.

1/19/13

Hai. Saya benci awak.

helo cinta.
selamat bertemu kembali.
lama benar kau menyepi
tinggalkan aku sendiri.
sampai aki, hAmpor mati.

mana kau pergi?
apa sayangmu itu, dah tiada lagi?
atau kasihmu itu, dah tak berbaki.

tak mengapa.
jangan kau gundah.
jangan kau resah.

kerna selepas bertahun kau pergi.
aku boleh bilang padamun dgn senang hati.
kau cinta.
boleh pergi mati.
dan aku.
mampu hidup sendiri.

1/9/13

hai
tahun baru.

apa azam baru?
apa resolusi baru?
apa cita-cita baru?

apa gunanya semua itu baru.

andai diri masih seperti dulu.
kosong
sepi.
tanpa teman.
tanpa rakan
tanpa jiwa
tanpa bidadari.

baik mati ye dak?