12/11/11

*monolog*

Helo. *senyum*

Siapa kau? Kenapa kau disini?

Kau tak kenal aku? Kau lupa siapa aku? *senyum*

Tak. Siapa kau! Apa kau mahu?

Aku adalah kau. Kau yang dulunya kau junjung. Yang sekarang ini kau buang. Dan kau gantikan aku dengan kau yang lemah ini. *senyum*

Huh?

Aku adalah kau. Dan kau adalah aku. Mengerti?  *senyum*

Tapi, bagaimana kita boleh berbicara seperti ini? Dan mengapa kau mencariku?

Ah, bagaimana itu, kau tak perlu tau. Mengapa? Sebab aku semakin benci, semakin muak dengan kau ini. *bengis*

Tapi, kenapa? Seingat aku tiada apa yang berubah.

Itulah masalahnya! Kau tidak pernah berubah. Aku dan kau sama. Bezanya cuma kau sudah tidak sekeras aku lagi! Kenapa!

Aku. Aku bosan. Aku sunyi. Aku mahu rakan. Rakan bergelak tawa, rakan peneman bila aku runsing,

Aku kan ada. Apa lagi kau mahukan? Kau sudah lupa?  Tembok yang kita bina sejak dari kita kecil lagi? Tembok yang menghalang dunia luar dari menjatuhkan kita. 20 tahun kita sendiri dalam tembok itu? Kenapa tiba-tiba sahaja kau mahu runtuhkannya? Kau gila! *bengis*

Bukan, aku bukan mahu runtuhkan. Aku cuma mahu bina satu pintu. Agar ada orang boleh sama-sama menemaniku disebelah sini. Itu sahaja.

Kau gila! Jika kau bina pintu itu! Tembok ini akan runtuh! Dan semua orang akan mengetawakan kau! Kau mahu begitu? Kau mahu jadi bahan tawa orang lagi? Kau mahu orang pandang hina lagi? *bengis*

Tak! Bukan itu maksud ku. Aku cuma.

Cuma apa! Kau semakin lemah. Kau semakin berlembut. Tak sepatutnya begitu! Sedangkan keluarga kau sendiri kau letakkan di sebalik tembok ini. Kenapa tiba-tiba sahaja! *bengis*

Aku tahu itu, tapi. Sudah 20 tahun aku begini. Kau tak rasa sudah tiba masanya kita bukakan untuk semua. Berhenti mengunci rapat segalanya? Aku sudah jelak begini!

Kau gila! Itu saja yang aku mahu katakan. Kalau benar kau mahu lakukan. Silakan. Tapi, jangan kau cari aku jika kau jatuh, jika kau diketawakan. Aku sudah bagi kau amaran dan kau sendiri yang tak mahu menerimanya. Selamat tinggal.


Dan saat itu, aku semakin jatuh.

Jatuh terus ke gaung yang dalam.

Tanpa ada sesiapa cuba membantu.

Kali ini, aku mengerti apa maksud aku yang dulu.

Aku perlukan tembok ini.

Amat memerlukannya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

2 orang mengaku gila:

Anonymous said...

warnakan tembok biar indah.

arfasyrf said...

sudah.