12/16/11

sapa buat bahan memang aku maki. serius tak tipu.

hei.
mari.
duduk disini.
bersila didepan ku.
dan ceritakan kepada ku.
kenapa kau buat begitu?
kenapa kau tipu?
kenapa kau pecahkan hatiku?

hei.
mari.
duduk disini.
bersila didepan ku
dan dengar cerita ku.
orang kata kau suka aku.
aku?
aku pun tak tau.
yang aku ada hati pada kau.
aku cuma mengikut.
bila kau mula mengorak langkah.
aku bukan penonton cerita melayu.
aku tonton sebab kau tonton juga.
aku bukan rajin sangat nak keluar malam.
aku kelaur sebab kau yang ajak.
sikit-sikit.
hati ini berbunga.
iyelah.
dah lama dia beku.
takda orang ambil tahu.
mana tak tumbuhnya bunga.
tapi bila kau kata.
kita cuma kawan sahaja.
aku rasa macam ada shotgun dalam mulutku.
dan peluru nya laju menembusi tengkorak ku.
kau tahu macam mana rasanya tu?
aku manusia berego tinggi.
amat tinggi.
tanyalah rakan-rakanku.
mesti mereka tahu.
yang aku tak tipu.
tapi sebab kau.
ego tu aku buang walaupun
aku pasti
tindakan aku itu.
akan buat aku mengaduh.
sakit.
dan bila kau kata.
"aduh, macam mana kau boleh suka aku"
ego tu terbaring gelakkan aku.
aku?
patah seribu hatiku.
macam direntap jantungku.
bukan sebab ditolak.
sebab soalan bodoh yang kau tanya itu.
serius.
aku marah.
aku bengang.
aku tak pernah ada wanita yang baik dengan aku secara realiti.
tak pernah ada wanita yang ajak aku keluar makan.
tak pernah ada wanita yang ajak aku tengok wayang.
kau yang pertama dalam 2 tahun ini.
mana tak cair hati ini.
tapi kau tanya soalan bodoh macam tu.
buat aku nak ambil kapak datang rumah kau.
dan hayun tepat keleher kau tahu.
serius tak tipu.


hei.
mari sini.
jangan lari.
aku dah kembali steady.
tiada perasaan marah lagi.
cuma terkilan.
tak apalah.
aku faham.
selamat tinggal.
oh ya.
dengarnya kau sakit.
moga cepat sembuh,
dan ini yang terakhir untuk kau.
sebab lepas ni.
aku nak terus melangkah kaki.
kehadapan.
tanpa memandang ke belakang lagi.

8 orang mengaku gila:

Era said...

fuyoo. entah benar entah kan tidak. hesh. "ini semua sampah. jangan kau percaya" bahaya. bahaya.
eh, jangan salah sangka. ni tetap luahan awak. saya cuma membaca, terkedu di akhir nya. tapi yang pasti bukan saya si dia. terus kan. maaf, terlanjur bicara lagi di ruang anda.

Anonymous said...

aik? tak nak bagi respons pada komen saya?

arfasyrf said...

nak respon macam mana.
tak paham langsung apa yang awak kata. =.='

Anonymous said...

kau kuat aku tahu. sabar lah.

arfasyrf said...

=)

Anonymous said...

memang macam ni perasaan bagi semua orang yang dituju soalan sama,

" *gelak2* macam mana awak boleh suka saya? *gelak terbahak lagi* "

sakit ya sebenarnya?

Anonymous said...

aku baru ternampak nota kau yang ini :
kalau boleh yang anonymous tu. letaklah nama. baru aku tak rasa macam cakap dengan dinding. boleh ya?

jadi aku perkenalkan, nama aku jalila.

arfasyrf said...

terima kasih jalila. =)