8/12/09

Ku pegang telefon bimbitku.
ku lihat ke paparanya.
ku dail nombormu.
ku dengar panggilan ku disambungkan.
ku dengar suaramu di corong sana.
helo kau kata.
ku putuskan talian.
dan aku dail kembali nombormu.
dan ku ulangi perbuatan itu kembali.
Berulang-ulang kali.
dan kau masih menjawab panggilanku berulang-ulang kali.
mengapa sayang?
adakah kau sesali perbuatan mu dulu.
adakah kau simpati denganku?

aku.
diam.*
ku tekan butang padam.
Ku letak ditepi.
Senyap*
pejam.
tamat.

1 orang mengaku gila:

rara (; said...

fuhhh penuh makna :)