8/9/09

aku belum mengerti.
mengapa aku menulis.
mengapa aku mengarang.
mengapa aku mereka.

susunan-susunan perkataan yang tak seindah mana.
ayat-ayat yang belum layak dipanggil karya.
huruf-huruf yang disusun umpama permainan.

namun aku masih tidak fahami.
mengapa aku begini.
inginkan perhatian?
inginkan kasih sayang?
aku tak fahami.

mungkin ini memang aku.
manusia yang hidup dalam dunianya sendiri.
terapung-apung dalam fantasinya sendiri.
terawang-awang dalam pusingannya sendiri.
hilang dalam realiti yang dicipta sendiri.
hanya aku,aku, dan aku.

tidak pernah wujud perkataan kau disini.
tidak pernah wujud perkataan sayang disini.
tidak pernah wujud perkataan kami disini.
tidak pernah.
mengapa?
kerana aku sendiri.
bersendirian.
duduk menyimpuh.
bersandar di tepi.
mendongak langit.
berbahas dengan awan.
tentang dunia.
tentang mereka.
tentang bintang-bintang.
tentang kasih sayang.
tentang perhatian.

tapi mengapa itu yang aku bahaskan
mengapa itu yang aku perdebatkan.
mengapa itu yang aku bualkan.
mengapa?

jawapanya.
aku sendiri belum pasti apa jawapanya.
kerna aku sendiri belum mengetahuinya.
mungkin benar kata mereka.
hanya yang retak mengenali yang retak.

1 orang mengaku gila:

Unknown said...

Sakitnya kata kata ini.
Susunan kata boleh beri impak lebih dari tumbuk dan patah gigi.

:)