12/27/09

hei kau.
ya.
kau

kau yang termangu disitu.
berhenti.
usah difikirkan lagi.
teruskan hidupmu.
berhentilah hidup dalam angan-angan mu

hei kau.
mungkin kau lupa.
satu waktu dulu.
kau juga sama seperti insan lain.

yang sering inginkan perhatian
yang sering inginkan kasih sayang
yang sering inginkan kata semangat


tapi jangan kerana ia.
kau berhenti mengharapkan semua itu.
jangan kerana ia
kau mula mengunci ketat pintu hati itu.
jangan kerana ia.
kau mula menyendiri, benci meminta perhatian dari yang lain.


jangan kau lupa.
kau hanya manusia biasa.
yang sering terjatuh.
yang sering dikecewa
yang sering di tinggalkan.
sama saja seperti yang lainnya.

hei kau.
berhentilah menangis.
berhentilah menuding jari kau menyalahkan dunia
berhentilah memarahi mereka hanya kerana kau keseorangan.

bukan salah mereka.
bukan niat mereka.
tapi kau yang menciptanya.
kau kurung diri kau.
kau rantai hati kau.
agar kau tak lagi senang-senang memberikan hati kau kepada mereka yang tak menghargainya.
kau lupa.
kita belajar dari kesilapan.
kita belajar dari kesalahan.
bukannya kita lahir terus menjadi sang dewa.
kita bukan dewa.
ingatlah wahai kau.
kau yang lupa segalanya kerana ia.

1 orang mengaku gila:

izzy. said...

kau yang kau sebut dalam penulisan ini macam aku
aku tau aku perasan je tapi kau ini seolahnya ditujukan pada aku
awwhh, terima kasihh.