11/3/09

Dan apabila
terucapnya apa yang kau bukukan di hati kau
kau terlupa
betapa terhirisnya hati ini
kau terlupa
betapa hati ini masih memiliki perasaanya
kau terlupa
sekeras mana pun hati ini, masih lagi ada lembutnya

Dan apabila
kau melabelkan hati ini
kau terlupa
betapa hati ini bukan hanya satu kertas kosong
kau terlupa
bahawa hati ini bukan seperti sungai yang mengalir
kau terlupa
yang hati ini umpama tasik.

dan apabila
kau mencarik ranapkan hati ini
kau terlupa
hati ini takkan mampu di sambung kembali
kau terlupa
hati ini bukannya satu permainan susun suai
kau terlupa
hati ini belum lagi merasakan kasih sayang nya.


dan apabila
kau tersedar dari perbuatan mu
kau tersedar yang apa yang kau lakukan sebelum ini
membuatkan hati ini menangis
menangis umpama anak kecil yang hilang ibu bapanya

dan apabila
kau cuba memujuk kembali hati ini
baru kau fahami
'hatikurang' ini masih punya perasaan


-tamat-

1 orang mengaku gila:

rasyifah rushda said...

wehh., aku suka ni<33