“nak satu?”
Ayat pertama yang
keluar dari mulut si gadis genit yang comel itu. Aku terpana. Entah mengapa
tiba-tiba dia ingin berkongsi gula-gula hacks yang baru dibelinya sebentar tadi
kepada ku. Mungkin dia kasihan melihat aku terbatuk-batuk. Aku tersenyum dan
mengambil gula-gula hacks itu dari tangannya. Dia senyum kembali seraya
menghulurkan tangan ingin bersalaman.
“saya syafinas.”
Sambil membalas
salaman yang diberikan. Aku kembali menyapa. Gadis secantik ini yang ingin
berkawan denganku umpama bulan jatuh keriba. Tak patut aku lepaskan begitu
saja.
Perkenalan dari sebiji
gula-gula hacks yang berperisa pudina itu membawa kepada perhubungan yang lebih
rapat dalam masa dua bulan sahaja. Aku sendiri keliru bagaimana anak kepada
seorang yang mempunyai pangkat dato’ boleh berkawan rapat dengan lelaki
gelandangan seperti aku. Mungkin betul kata orang. Cinta tak mengenal darjat.
Syafinas tidak
pernah tahu apa pekerjaan ku. Yang dia tahu, pabila dia mencariku, aku sentiasa
berada disisinya. Namun dalam kepahitan hidup yang aku lalui. Sebenarnya, aku
punya sisi gelap sendiri. Kala malam, aku dikenali sebagai X, sang pembunuh
upahan dan dari membunuhlah aku punya wang untuk meneruskan hidup di ibu kota
dosa ini. Malangnya, aku perlu bersederhana untuk mengelakkan syak wasangkan
dari masyarakat. Normallah, anak muda berumur 21 tahun, mana mungkin punyai
wang banyak.
Sudah tiga minggu
aku tidak berjumpa sama si dia, misi yang terbaru ini menyulitkan lagi keadaan.
Kali ini aku nekad, biar apa pun terjadi. Aku tak peduli lagi. Jadi sebelum
apa-apa terjadi. Aku ingin menghabiskan masa bersama si dia sepuas hatiku.
Masuk hari ini,
sudah seminggu aku lari dari majikanku, masaku banyak dihabiskan bersama
syafinas. Misi yang diberikan sudah tamat tempoh masanya. Kini aku pasrah. Aku
tahu masa aku di dunia sudah semakin singkat. Bila-bila masa saja majikanku
akan mengambil nyawaku kerana aku ingkar dengan arahannya. Aku tidak mahu lari.
Aku tidak mahu hidup dalam buangan. Aku tidak mahu hidup dalam ketakutan. Aku
mahu mati di sisi yang aku sayang. Dan kini, aku bersama dia sambil menunggu
masa, malaikat maut datang.
0 orang mengaku gila:
Post a Comment