Semalam, sedang
aku duduk di buaian melihat bintang. Kelihatan satu kilauan terang meluncur
laju. Terus ke sebelah ku. Aku menutup mata menjangkakan akan berlaku letupan.
“kenapa kamu
menutup mata? Bukalah, dan lihatlah aku. Mari. Berbual bersamaku”
Perlahan-lahan
kubukakan mata, di depan ku sedang duduk merenung ku kembali. Seorang gadis
cantik. Berpakaian serba putih, dengan sayap di belakangnya.
“kalau kamu
hantu, jangan makan aku. Tolong”
“ah, kamu manusia
dengan mentaliti lapuk kamu, aku bukan hantu, aku Cuma sang bintang. Lelah
bergantung di awan, datang melihat bumi sebentar”
Jadi malam itu,
aku berbual bersama bintang. Tentang dunia, tentang galaksi, tentang dosa,
tentang semua. Sampai satu masa bintang bingkas bangun sambil melihat jam di
tangan kanannya.
“ah, sudah pagi,
aku mahu pulang ke tempat asal ku. Kamu mahu ikut? Melawat dunia baru”
Aku mengangguk
laju. Bintang tersenyum lalu menghulurkan tangannya ke arah ku. aku memandang
buat kali terakhir kawasan sekeliling. Aku nekad, mahu meninggalkan bumi dan
menjadi bintang di langit. Bersinar.
**************************************************
“jadi anakku,
macam tulah wujudnya bintang paling terang di alam semesta”
Arif mengangguk
tanda faham.
“dah, masa untuk
tidur. esok papa ceritakan tentang bulan pula ya”
**************************************************
“mama, mama,
semalamkan papa cerita kan ke arif tentang macam mana ada bintang paling terang
di alam semesta sebelum arif tidur!!!!”
Mamanya tergamam.
Dia tersenyum sambil mengusap kepala arif. Dia tahu anak kecil itu masih belum
mengerti yang bapanya sudah pergi mengadap ilahi.
0 orang mengaku gila:
Post a Comment