Satu
Dua
Tiga
Ok. Ini kali ketiga bilang Ramli dalam hati. Kali ketiga
yang sepatutnya menjadi kalau mengikut kira-kira yang Ramli buat selama ini. Tapi
kali ketiga ini, Ramli kurang pasti macam mana ianya tak menjadi seperti mana
yang Ramli hajati.
Ramli kembali duduk di meja studynya dan mula meneliti
segala pelan rancangan yang telah dia hadap dari tiga bulan yang lepas. Pelannya
yang ketiga selepas dua kali pelan lamanya gagal. Ini versi terbaru. Versi ketiga
yang diubah suai dari versi kedua yang diubah suai dari versi pertama.
Ramli masih belum puas hati dengan apa yang ada di depannya.
Dia pasti kekurangan di versi ketiga itu akan dia jumpa. Akan dia perbaiki dan
akan dia gantikan dengan kelebihan. Cuma masalahnya kini, kekurangan itu dia belum
nampak lagi.
Ramli tak merokok. Bagi dia rokok itu mainan yahudi, dan dia
mahu pandai seperti yahudi. Tapi waktu-waktu
kritikal seperti ini, rokok mungkin boleh membantu Ramli memahami. Jadi Ramli
berhenti menelek pelan tindakan di tangannya, dia mula bangun dari kerusi dan
terus menuju ke pintu lalu menekan interkom yang tersedia di tepi dinding.
“Rosmah, aku nak rokok sekotak. duit masuk bil bulanan macam
biasa”
Habis sahaja Ramli berkata-kata di interkom. Loceng berbunyi
menandakan ada sesuatu di luar pintu.Bila pintu dibuka, ramli mengambil kotak
rokok yang masih berbalut dari atas lantai sambil mengucap terima kasih tanpa
ditujukan kepada sesiapa. Ramli tahu perbuatan berterima kasih itu bukan lagi
sesuatu yang wajib tapi ajaran dari kecil oleh ibu bapanya membuatkan Ramli
masih berterima kasih. Kepada siapa Ramli tidak ambil peduli lagi, asalkan
terima kasih diucapkan.
Plastik yang membalut kotak rokok itu Ramli buka, Ramli
campakkan ke tepi dan mengeluarkan sebatang rokok lantas diletakkan di bibir. Mata
melilau mencari pemetik api yang Ramli pasti ada di atas katil yang penuh
dengan segala macam benda itu.
JUMPA!
Dengan sedikit rasa bangga Ramli alihkan buku-buku di atas
katil itu sebelum mencapai pemetik api yang sedikit pudar warnanya, mungkin
terlalu lama di panah cahaya matahari buatan.
Oh ya, matahari sudah lama mati. Meletup ribuan tahun dahulu. Para
saintis telah berjaya mencipta satu lagi matahari untuk mengelakkan bumi dari
mati kesejukan. Kiamat berjaya di elakkan.
Sambil menarik nafas dalam-dalam. Ramli menyalakan rokok
yang tersepit di bibirnya. Sekali itulah tembakau yang dicucuh rokok itu
menyala kemerahan sambil asap nikotin disedut sedalam-dalamnya ke dalam liang
pernafasan Ramli. Ramli puas. Perasaan merokok itu umpama orgasm yang hanya di
fahami para perokok tegar.
Tiba-tiba, Ramli merasakan ada sesuatu yang tak kena. Kepala
Ramli semakin sakit, pandangan Ramli mula berpinar, Jantung Ramli berdegup
lebih kencang dari biasa.
SHIT!
Ramli lupa. Dia tidak boleh merokok lagi. Dia terlupa
kandungan nikotin dalam badannya hanya perlukan satu lagi sedutan untuk
membunuhnya. Dia terlupa apa yang berlaku apa bila pelan kedua dia tidak
menjadi. Dia lupa segalanya. Dan akhirnya. Ramli pergi. Sambil memaki diri
sendiri kerana tidak berjaya menjayakan segala pelan yang telah Ramli pelankan.
********************************
Beberapa tahun sebelum itu. Ini pelan kedua.
Ramli terbaring di tengah-tengah jalan kotaraya. Orang ramai
mula berlari ingin mengetahui apa yang berlaku. Ada yang bising, ada yang menangis
ketakutan. Ada juga yang buat tak endah. Tapi ada seorang wanita ini yang
senyum sendiri. Mungkin gembira dengan apa yang berlaku. Dia mula berpaling
lalu melangkah pergi. Sambil itu tangannya mendail nombor kecemasan, ingin
memaklumkan apa yang berlaku.
“helo ambulance? Ada orang pengsan di tengah kotaraya. Pengambilan
nikotin yang berlebihan kerana patah hati. Tolong datang secepat mungkin.”
Talian ditamatkan dan wanita itu berlalu pergi.
Ramli? Dia terbaring tak sedarkan diri sambil ada
titis-titis air mata yang mengalir di pipi. Dalam hati Ramli berkata.
“tuhan, sampai bila? Aku tak mahu sendiri lagi. Aku mahu ada
sang bidadari disisi. Bukan mati seorang diri begini. Tolong. Aku tak mahu
sendiri lagi.”
ps:kepada yang membaca. harap membalasnya. tolong?
2 orang mengaku gila:
wah! baru sedar.
baru sedar apa?
Post a Comment