1/23/12

nikotin untuk Ramli


Satu
Dua
Tiga
Ok. Ini kali ketiga bilang Ramli dalam hati. Kali ketiga yang sepatutnya menjadi kalau mengikut kira-kira yang Ramli buat selama ini. Tapi kali ketiga ini, Ramli kurang pasti macam mana ianya tak menjadi seperti mana yang Ramli hajati.
Ramli kembali duduk di meja studynya dan mula meneliti segala pelan rancangan yang telah dia hadap dari tiga bulan yang lepas. Pelannya yang ketiga selepas dua kali pelan lamanya gagal. Ini versi terbaru. Versi ketiga yang diubah suai dari versi kedua yang diubah suai dari versi pertama.
Ramli masih belum puas hati dengan apa yang ada di depannya. Dia pasti kekurangan di versi ketiga itu akan dia jumpa. Akan dia perbaiki dan akan dia gantikan dengan kelebihan. Cuma masalahnya kini, kekurangan itu dia belum nampak lagi.
Ramli tak merokok. Bagi dia rokok itu mainan yahudi, dan dia mahu pandai  seperti yahudi. Tapi waktu-waktu kritikal seperti ini, rokok mungkin boleh membantu Ramli memahami. Jadi Ramli berhenti menelek pelan tindakan di tangannya, dia mula bangun dari kerusi dan terus menuju ke pintu lalu menekan interkom yang tersedia di tepi dinding.
“Rosmah, aku nak rokok sekotak. duit masuk bil bulanan macam biasa”
Habis sahaja Ramli berkata-kata di interkom. Loceng berbunyi menandakan ada sesuatu di luar pintu.Bila pintu dibuka, ramli mengambil kotak rokok yang masih berbalut dari atas lantai sambil mengucap terima kasih tanpa ditujukan kepada sesiapa. Ramli tahu perbuatan berterima kasih itu bukan lagi sesuatu yang wajib tapi ajaran dari kecil oleh ibu bapanya membuatkan Ramli masih berterima kasih. Kepada siapa Ramli tidak ambil peduli lagi, asalkan terima kasih diucapkan.
Plastik yang membalut kotak rokok itu Ramli buka, Ramli campakkan ke tepi dan mengeluarkan sebatang rokok lantas diletakkan di bibir. Mata melilau mencari pemetik api yang Ramli pasti ada di atas katil yang penuh dengan segala macam benda itu.
JUMPA!
Dengan sedikit rasa bangga Ramli alihkan buku-buku di atas katil itu sebelum mencapai pemetik api yang sedikit pudar warnanya, mungkin terlalu lama di panah cahaya matahari buatan.  Oh ya, matahari sudah lama mati. Meletup ribuan tahun dahulu. Para saintis telah berjaya mencipta satu lagi matahari untuk mengelakkan bumi dari mati kesejukan. Kiamat berjaya di elakkan.
Sambil menarik nafas dalam-dalam. Ramli menyalakan rokok yang tersepit di bibirnya. Sekali itulah tembakau yang dicucuh rokok itu menyala kemerahan sambil asap nikotin disedut sedalam-dalamnya ke dalam liang pernafasan Ramli. Ramli puas. Perasaan merokok itu umpama orgasm yang hanya di fahami para perokok tegar.
Tiba-tiba, Ramli merasakan ada sesuatu yang tak kena. Kepala Ramli semakin sakit, pandangan Ramli mula berpinar, Jantung Ramli berdegup lebih kencang dari biasa.
SHIT!
Ramli lupa. Dia tidak boleh merokok lagi. Dia terlupa kandungan nikotin dalam badannya hanya perlukan satu lagi sedutan untuk membunuhnya. Dia terlupa apa yang berlaku apa bila pelan kedua dia tidak menjadi. Dia lupa segalanya. Dan akhirnya. Ramli pergi. Sambil memaki diri sendiri kerana tidak berjaya menjayakan segala pelan yang telah Ramli pelankan.
********************************

Beberapa tahun sebelum itu. Ini pelan kedua.
Ramli terbaring di tengah-tengah jalan kotaraya. Orang ramai mula berlari ingin mengetahui apa yang berlaku. Ada yang bising, ada yang menangis ketakutan. Ada juga yang buat tak endah. Tapi ada seorang wanita ini yang senyum sendiri. Mungkin gembira dengan apa yang berlaku. Dia mula berpaling lalu melangkah pergi. Sambil itu tangannya mendail nombor kecemasan, ingin memaklumkan apa yang berlaku.
“helo ambulance? Ada orang pengsan di tengah kotaraya. Pengambilan nikotin yang berlebihan kerana patah hati. Tolong datang secepat mungkin.”
Talian ditamatkan dan wanita itu berlalu pergi.
Ramli? Dia terbaring tak sedarkan diri sambil ada titis-titis air mata yang mengalir di pipi. Dalam hati Ramli berkata.
“tuhan, sampai bila? Aku tak mahu sendiri lagi. Aku mahu ada sang bidadari disisi. Bukan mati seorang diri begini. Tolong. Aku tak mahu sendiri lagi.”

 ps:kepada yang membaca. harap membalasnya. tolong?

2 orang mengaku gila:

Anonymous said...

wah! baru sedar.

arfasyrf said...

baru sedar apa?