Selamat.
Apa khabar ya?
Moga sihat-sihat saja.
Maaf.
Itu saja tujuannya.
Aku menulis.
Kerna aku ingin kau tahu.
Aku biasa-biasa saja disini.
Sejak kau pergi.
Aku ambil masa yang lama
Untuk kembali sediakala.
Tapi.
Aku belum lagi pulih.
Jadi tolong ya?
Jangan dekati lagi.
Aku takut aku kembali terjatuh.
Oh ya.
Cepat sunggu kau jumpa pengantiku.
Apa kau memang tak punya apa-apa lagi perasaan terhadapku?
Atau semua yang berlaku,
Bagimu hanya ceritera klasik semata?
Terpulang bagi kau untuk menjawab soalanku itu.
Sejak kau pergi.
Aku kembali sendiri.
Ya, sendiri.
Mungkin kau tertanya.
Kenapa?
Tidak mencari penganti seperti mana yang kau lakukan?
Jawapannya.
Aku sendiri tidak tahu.
Aku cuba.
Tapi. Tak berjaya.
Kau pun tahu aku bagaimana gayanya.
Bodoh.
Ego.
Dan loner.
Ingat lagi?
Owh maaf.
Mungkin kau sudah lupa segala-galanya.
Tidak mengapa.
Aku faham.
Aku tidak seistimewa mana.
Cuma sampah yang terbang ditiup angin.
Jangan risau.
Aku tidak berdendam.
Aku cuma mahu meluahkan.
Supaya beban yang telah lama aku simpan dihati.
Hilang.
Supaya resah yang ku alami selama ini.
Terbang. Melayang.
Terima kasih ya.
Kerna masih membaca.
Terima kasih ya.
Untuk segala-galanya.
Bagiku.
Kau yang terindah.
Baiklah.
Sampai disini saja surat aku buat kau.
Orang kata, tak semuanya boleh kita katakan.
Adakalanya elok disimpan.
Jadi.
Itu yang aku lakukan kali ini.
Akhir kata.
Moga bergembira disana.
Selamat.
Yang benar,
Aku.
0 orang mengaku gila:
Post a Comment