12/10/11

aku tahu aku bukan sesiapa.
aku cuma manusia yang gila
hidupnya sendiri.
fikirannya sendiri.
jalannya sendiri.
hatinya sendiri.

aku tahu aku tiada apa.
hanya diri ini.
yang penuh lompong.
yang kosong.
tiada isinya.
cuma kelongsong.
tanpa dalamnya.

maafkan aku ya?
aku tak tahu berbicara.
aku tak tahu berkata-kata.
aku cuma mampu bermadah.
aku cuma mampu membuat helah.

maaf sekali lagi ya?
berkali-kali ku cuba.
beranikan diri.
gagahkan kaki.
kuatkan hati.
tapi malang sekali.
semua terhenti sendiri.
seperti ada kuasa yang menghalang.
menghalang aku untuk buat kau mengerti.

kali ini aku bingung.
apa yang sepatutnya aku lakukan
kau seperti semakin benci.
kau seperti semakin menjauhi.
sedangkan aku.
sedikit demi sedikit.
cuba mendekati.
kerna hati ini makin menarik.

apa kau cuma mahu kawan biasa?
atau insan teristimewa?
aku bingung.
dan puisi ini.
buat kamu.
yang sedang buat aku bingung.

0 orang mengaku gila: