seriusnya.
aku disini, disana, disitu.
ada bezanya.
lain caranya.
kurang pasti andai ada yang perasan.
tapi aku lebih senang begitu.
bukan bermuka-muka.
cuma meletakkan batasan.
kerana aku tak mahu dilabelkan.
tak mahu diklasifikasikan.
sebagai contohnya.
disini.
aku seperti seorang yang hilang arah.
aku seperti seorang yang hilang punca
aku seperti seorang yang patah hatinya.
tapi disini. hanya disini.
hanya mengambarkan sebahagian sisi aku.
sisi gelapku.
yang aku paling benci.
disana,
aku bagai orang gila.
mencaci. memaki.
itu bukan apa.
hanya satu kepura-puraan.
biar orang sibuk
biar orang jengkel.
biar orang benci.
lalu, lupa memandang sisi yang lemah ini.
penat kau tau.
bila kau terpaksa berpura-pura.
bukan sengaja.
cuma perasaan yang satu ini terlalu tebal.
sehinggakan, andai ada yang perasan.
boleh membuatkan aku jatuh. terduduk.
sebab itu sebolehnya, aku cuba tutup.
aku cuba sorokkan.
biar tiada yang perasan.
realitinya.
aku si dewasa yang terlalu kebudak-budakan.
sering memerlukan perhatian.
sering memerlukan kasih sayang
sering perlu dibanggakan.
macam kanak-kanak kecil.
yang hidupnya perlukan di belai.
yang hidupnya perlukan ditatang.
ah, aku perlu berhenti disini.
sebelum lebih besar dada ini kubukakan.
biar ada lagi rahsianya.
sebab insecurities mengajar aku satu perkara.
tidak semua benda perlu ditunjukkan.
0 orang mengaku gila:
Post a Comment