10/27/11

rasa rendah diri dengan merendah diri lain.

bila kau merendah diri.

kau tak membongkak.

kau diam tapi berisi.

kau tak meninggi.

kau tak berbunyi.

tapi bila kau rasa rendah diri.

boleh hancur kau tahu.

semua benda kau lakukan.

kau akan nampak celanya.

semua perbuatan yang kau mulakan.

semuanya tak menjadi belaka.

selalunya orang yang rasa rendah diri.

akan ada perkara yang dia gunakan untuk sembunyikan rasa itu.

ada yang membongkak.

ada yang memekak.

tapi ada juga yang menunduk. diam.

tak mahu bersuara.

kenapa?

kerana dia takut apa yang dia lakukan salah.

kerana dia takut apa yang dia lakukan. tak patut untuk dia lakukan.

kerana dia paranoid. takut jadi bahan bualan.

takut jadi bahan kutukan.

takut.

takut untuk bertindak.

sakit tahu tak rasa rendah diri.

kalau jumpa.

janganlah marah.

tolong dia.

bangunkan dia.

jangan engkau gelakkan.

kasihan dia.

hari-hari memendam rasa.

hari-hari diam seribu bahasa.

menyimpan semuanya

menyorokkan segalanya.

sakit.

sakit sangat.

tolonglah faham.

boleh?

2 orang mengaku gila:

Unknown said...

akhirnya ada orang yang juga sedar bezanya.

arfasyrf said...

:)