denting jam itu
menyedarkan aku.
yang hanyut dalam alam yang aku sendiri ciptakan.
alam yang aku singgahi untuk berhenti memikirkan tentang realiti.
realiti yang tidak pernah berhenti dari membohongi.
realiti yang tidak pernah penat menyembunyikan kebenaran.
realiti yang menjadi alam fantasi kepada yang menciptanya.
denting jam itu.
aku terjaga.
terjaga dari lenaku yang panjang.
terjaga dari mimpiku yang indah.
yang datang hanya sekali sekala
yang pergi tanpa diduga.
dan hilang begitu sahaja.
denting jam itu.
aku terkesima.
terpana.
terpaku.
kerana aku kembali mengerti.
mengapa realiti yang aku hadapi ini begini.
mengapa fantasi aku masih kekal sebagai fantasi.
tidak pernah menjadi realiti.
menggantikan realiti yang sedang aku hadapi ini.
menggantikan realiti yang belum berhenti membohongi ini.
menggantikan realiti yang menyebabkan aku menjadi seorang plastik.
menggantikan realiti yang mengubahku menjadi seorang yang statik.
denting jam itu
aku berhenti.
berhenti dari mengingati realiti dan fantasiku.
berhenti dari menjadikan fantasiku kepada realiti.
kerana.
fantasi ku itu.
hanya aku yang fahami.
fantasi ku itu.
hanya aku yang sedari.
kerana fantasi ku itu.
dibenci mereka yang cintakan realiti.
kerana fantasi ku itu.
lebih abstrak dari pejalnya.
dan kerana fantasi ku itu.
hanya mainan untuk aku melayang tanpa graviti sahaja.
denting jam itu.
aku.
menjadi aku.
yang sentiasa mencuba menjadi kau.
yang sentiasa mencuba menjadi plastik.
yang sentiasa mencuba menjadi statik
yang sentiasa mencuba menolak realiti
yang sentiasa mencuba menghadam fantasi
dan denting jam itu.
aku.
tamat disitu.
0 orang mengaku gila:
Post a Comment