8/27/09

dan anak-anak kecil itu.
duduk di tepi tembok itu.
memandang sayu.
melihat mereka yang lain.
bersorak gempita.

dan anak-anak kecil itu.
sendiri memikirkan.
bagaimana caranya.
agar mereka dapat bersama bergembira.
bergelak ketawa.
riang tanpa perlu memikirkan.
bagaimana caranya untuk terus hidup.
hidup di dunia ini yang penuh dengan hasad dengki
yang penuh dengan cabaran yang amat perit untuk dihadapi.

dan anak-anak kecil itu.
hanya mampu.
berteriak kepada yang dewasa.
mahukan persamaan.
mahukan ghaibnya perbezaan.
agar mereka mampu bersama
mampu bersatu.
dan terus.
bergelak ketawa riang.

dan anak-anak kecil itu.
di perlekehkan.
di hina.
di gelakkan.
kerana meminta.
keadilan.
keadilan yang pada mata si dewasa.
tidak adil.
tidak tepat.
dan hanya angan-angan kosong si kecil.
sampai bila?
yang kecil di ajar untuk menurut?

0 orang mengaku gila: